omniture

Coway Umumkan Keputusan Kewangan bagi S1 TF2023

Coway Co., Ltd.
2023-05-15 12:12 19

SEOUL, Korea Selatan, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," hari ini melaporkan keputusan kewangan bagi suku pertama tahun 2023.

Keputusan Kewangan Coway
Keputusan Kewangan Coway

"Coway mengekalkan hasil jualan dan keuntungan kendalian yang stabil sepanjang suku pertama," kata Soon Tae Kim, Ketua Pegawai Kewangan Coway. "Meskipun dengan cabaran yang ditimbulkan oleh kemelesetan ekonomi global, kami tetap komited untuk mencapai pertumbuhan yang stabil melalui pengembangan bahagian pasaran dalam pasaran global, pelancaran produk yang inovatif serta usaha pemasaran yang strategik."

Pendapatan Coway yang dilaporkan adalah seperti berikut:

- Hasil suku pertama: KRW 948.3 bilion (+2.2% YoY)
- Keuntungan kendalian suku pertama: KRW 175.6 bilion (+1.7% YoY)

* Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (International Financial Reporting Standards) disatukan.  

Hasil jualan perkakas rumah domestik meningkat kepada KRW 580.4 bilion (+3.7% YoY) dikaitkan terutamanya kepada produk baharu yang berjaya seperti penulen air dan barisan BEREX (Bed & Relax), dengan Tilam Pintar mendahului.

Hasil subsidiari luar negara keseluruhan bagi S1 mencecah KRW 336.4 bilion, mewakili peningkatan 1.2% berbanding tahun sebelumnya. Subsidiari-subsidiari penting yang memacu pertumbuhan terutamanya, Malaysia dan Thailand, menunjukkan pertumbuhan hasil yang ketara, dengan Malaysia mencecah KRW 268.2 bilion (+2.1% YoY) dan Thailand mencecah KRW 21.9 bilion (+29.8% YoY).

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan yang intensif, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kepada kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings