omniture

Hisense Lancar Produk TV Baharu di Timur Tengah

Hisense
2023-05-15 11:03 65

TV U8 dan ULED X serba baharu kini tersedia di seluruh wilayah ini

QINGDAO, China, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama teknologi pengguna mengumumkan pelancaran produk TV ULED X serba baharu dan U8 hero di wilayah Emiriah Arab Bersatu semalam.

Pada tahun 2022, TV Hisense menduduki kedudukan No.2 bagi penghantaran TV global dan dalam tahun yang sama, turut memenangi 'Dubai Quality Global Award' kerana melancarkan siri produk dan servis berkualiti tinggi yang menyasarkan khususnya pasaran Dubai tempatan.

Hisense melancarkan ULED X ke Pasaran UAE
Hisense melancarkan ULED X ke Pasaran UAE

Mula diperkenalkan di CES tahun ini, ULED X 110-inci Hisense dianugerahkan CES 2023 Innovation Award untuk sistem optiknya yang canggih, pemprosesan imej luar biasa dan teknologi paparan yang terkemuka dalam industri. Ia menakrifkan semula standard kualiti gambar TV LCD terbaik dengan meningkatkan kecerahan, kontras dan imej skrin membawanya ke tahap serba baharu.

Hisense mempamerkan produk paparan terkininya kepada pengguna
Hisense mempamerkan produk paparan terkininya kepada pengguna

Komitmen Hisense untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi disokong dengan mengendalikan 23 pusat R&D global di seluruh dunia. Apabila melibatkan penyediaan perkakas teknologi yang berkualiti, menggaji dan mengekalkan bakat tempatan terbaik yang menambah baik seluruh organisasi juga amat penting. Selama bertahun-tahun, syarikat ini melabur secara berterusan dalam eksekutif tempatan, pakar dalam jualan, pemasaran, rantaian bekalan dan banyak lagi peranan lain bagi membantu membina pasukan operasi profesional yang amat setempat.

Berucap di majlis pelancaran produk di Dubai, Jerry Liu Naib Presiden Hisense International mengulas: "Syarikat Dubai kami telah menjadi salah sebuah syarikat luar negara Hisense yang berkembang paling pantas. Dari tahun 2018 hingga 2022, kesedaran terhadap jenama Hisense dalam pasaran UAE meningkat dari 48% kepada 73%, mewakili pertumbuhan sebanyak 25 mata peratusan. Ekuiti jenama ini turut meningkat daripada 57 kepada 145, satu pertumbuhan sebanyak lebih 154%. Pengaruh jenama Hisense telah berkembang tahun demi tahun, beransur-ansur menjadi pasaran utama untuk jenama-jenama luar negara Hisense dan benar-benar meluaskan kawasan liputannya. Misi utama Hisense adalah untuk meneruskan inovasi saintifik dan teknologi, menjadi peneraju dalam pembuatan termaju dengan kecerdasan sebagai teras serta membawakan kegembiraan kepada berjuta-juta keluarga menerusi produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi."

Latar Belakang Hisense

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan fokus pada TV Pintar), perkakas rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Internet Technology Telecommunications