omniture

CCTV+: Kisah Xi dan ibu beliau: pengaruh sepanjang hayat seorang ibu ke atas anaknya

CCTV+
2023-05-15 13:37 31

BEIJING, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Bagi Presiden Cina Xi Jinping, ibu beliau Qi Xin telah menunjukkan contoh teladan yang sangat baik dalam banyak cara untuk anak lelakinya dan memainkan peranan penting dalam membentuk nilai serta keutamaan seorang pemimpin masa depan negara ini.

Qi, yang dilahirkan pada tahun 1926, menyertai Parti Komunis China (CPC) pada tahun 1943 semasa berumur 17 tahun, menjadi penyokong tegar nilai dan kepercayaan Parti ini.

"Ibu bapa dan orang tua harus mewariskan akhlak yang baik kepada anak-anak mereka semasa mereka kecil, membantu mereka membina integriti moral dan rasa muhibah, agar mereka dapat membesar menjadi seorang yang dapat menyumbang kepada negara ini dan orang awam," kata beliau suatu ketika dahulu.

Qi menjalani kehidupan sederhana yang menjadi tradisi keluarga tersebut. Biarpun mengalami banyak kepayahan, beliau berupaya mencari keseimbangan untuk menjaga keluarga dan menjalankan tugas beliau.

Xi menghargai sepenuh hati matlamat jangka panjang beliau berdasarkan ingatan beliau terhadap buku-buku cerita bergambar yang dibeli oleh ibu beliau tentang Yue Fei, seorang jeneral lagenda Cina yang menentang penceroboh demi melindungi rakyatnya semasa Dinasti Song Selatan (1127-1279).

Qi memberitahu Xi, yang ketika itu berumur sekitar lima tahun, bagaimana ibu Yue Fei mencacah tatu pada bahagian belakang badan anaknya dengan empat aksara Cina iaitu "jing zhong bao guo", yang secara literalnya diterjemahkan sebagai "berkhidmat kepada negara dengan penuh taat setia", agar Yue tidak akan melupakan tanggungjawab yang terpikul di bahunya.

Sebagai seorang anak yang taat dan penyayang, Xi pernah berbual-bual dan berjalan-jalan bersama ibu beliau setiap kali beliau berkelapangan. Namun begitu, bagi Qi, paparan kasih sayang terhadap ibu yang paling hebat ialah Xi melakukan yang terbaik dalam tugas beliau dan berkhidmat kepada rakyat sepenuh hati.

Selama bertahun-tahun kerjaya politik Xi telah membawa beliau dari Shaanxi di barat laut negara ini, ke Wilayah Hebei di utara, Fujian, Zhejiang dan Shanghai di timur dan akhirnya Beijing. Di kesemua tempat berkenaan, tugas dan sumbangan beliau telah dikenang dan disanjung dengan penuh kasih sayang oleh penduduk setempat.

Bagi Xi, keluarga dan tradisi keluarga menjadi asas yang kukuh dalam proses pentadbiran negara. Bertahun-tahun kemudian, beliau masih ingat akan kebijaksanaan ibu beliau dan mengikuti dengan teguh aspirasi asal beliau yang dibentuk oleh ibu beliau.

Pautan: https://youtu.be/-akHTtQ25Ew

 

Source: CCTV+
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications