omniture

Atlet-atlet Muaythai Wanita Sedang Meningkat Naik dari Singapura dan Malaysia Bakal Sertai World Muaythai Championships

World Muaythai Championship
2023-05-15 15:12 31

Siri Kejohanan yang dirasmikan baru-baru ini menampilkan atlet-atlet Muaythai elit lelaki dan wanita serta memupuk generasi juara dan jaguh Sukan Olimpik yang akan datang.

SINGAPURA, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Bintang-bintang Singapura dan Malaysia yang semakin meningkat naik dalam Muaythai bersedia untuk beradu tenaga di World Muaythai Championship Pro Series 2 pada 20 Mei 2023, diadakan di Singapura.

 

World Muaythai Championship Pro Series 2
World Muaythai Championship Pro Series 2

Dipersembahkan dengan bangganya oleh Wide Asia Network, World Muaythai Championship Pro Series 2 ialah acara Muaythai global amat dinanti-nantikan yang wajib ditontoni. Dengan sokongan daripada rakan kongsi dan penaja terkemuka, siri kejohanan ini akan diketuai oleh juruacara, pengulas dan juruhebah yang terkenal dan menawan. 

World Muaythai Championship Pro Series 2 akan menampilkan 18 atlet, dengan sembilan atlet dari setiap negara. Empat atlet adalah wanita, termasuk seorang Pemenang Pingat Emas Elit Pertama dalam Sukan Asia IFMA. Atlet-atlet ini dipilih kerana mereka merupakan pemain-pemain terbaik dalam kategori masing-masing dan bersedia untuk mengujakan peminat perlawanan dengan kemahiran dan persembahan mereka.

Edisi suku tahunan World Muaythai Championship Pro Series ini, yang dirasmikan pada Mac tahun ini, dianjurkan oleh World Muaythai Council (WMC) Singapore dan diluluskan oleh International Federation of Muaythai Association (IFMA).

"Pro Series menyediakan platform untuk atlet-atlet Muaythai yang berbakat menunjukkan kemahiran mereka, memperoleh pengalaman berharga dan akhirnya, membanggakan negara-negara masing-masing. Tatkala kami terus menantikan pengenalan rasmi Muaythai sebagai sukan Olimpik, acara-acara seperti ini memainkan peranan penting dalam membangunkan baik atlet-atlet lelaki mahupun wanita serta mempromosikan sukan ini kepada khalayak yang lebih luas," kata Wong Lei Biao Chris, Ketua Pegawai Eksekutif World Muaythai Championship Pro Series.

Fokus penting WMC adalah untuk membangunkan penyertaan wanita dalam arena Muaythai, jelas terlihat melalui penglibatan empat atlet wanita Muaythai yang semakin meningkat naik di acara ini. Singapura dan Malaysia aktif memupuk kehadiran wanita yang mantap dalam Muaythai. Siri kejohanan ini menyediakan asas yang cemerlang untuk atlet-atlet wanita yang berbakat menempa nama mereka di peringkat global.

"Dijemput menyertai WMC Pro Series 2 merupakan satu penghormatan yang besar. Ia merupakan platform untuk atlet-atlet berprestasi terbaik kami di Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dan mewakili negara kami. Misi kami adalah untuk mempromosikan sukan yang kami suka dan kami berharap agar atlet-atlet kami dapat menunjukkan tahap kemahiran yang sama seperti bintang-bintang handalan antarabangsa lain dari Thailand, Singapura, Australia dan lebih jauh lagi," kata Edee Noor Iskandar Jumaat, Naib Presiden Persatuan Muaythai Negeri Johor.

Matlamat akhir World Muaythai Championship Pro Series adalah bertujuan untuk menggalakkan kebangkitan juara-juara Muaythai dari Asia. Di samping itu, siri berkenaan juga bermatlamat untuk memupuk jaguh Sukan Olimpik masa depan yang bersedia untuk mewakili negara-negara masing-masing apabila sukan ini dapat diperkenalkan secara rasmi sebagai sukan Olimpik, yang bakal menjadi satu pencapaian penting.

Walau bagaimanpun, biarpun dengan pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa sebagai sukan Olimpik, terdapat sedikit halangan yang dihadapi oleh pengkritik dan tradisionalis. Satu kebimbangan berkenaan ialah kekhuatiran paling utama adalah pendedahan antarabangsa akan melemahkan warisan budaya dan tradisi sukan, dengan ritual seperti "wai kru" (menyapa guru) dan "ram muay" (tarian tinju) dibimbangi akan ditinggalkan apabila Muaythai berkembang ke peringkat global.

Atas sebab ini, siri kejohanan yang dianjurkan oleh WMC Singapore benar-benar percaya dengan usaha untuk menyemai tradisi dan warisan dalam acara ini agar khalayak dapat menikmati dan dalam masa yang sama menghormati tradisi Muaythai. Melalui Pro Series, WMC Singapore berharap dapat mempromosikan Muaythai sebagai cara hidup sambil melindungi nilai dan amalannya, memastikan agar Muaythai kekal menjadi sukan yang dihormati di Asia dan selanjutnya.

World Muaythai Championship Pro Series 2 berjanji untuk menjadi sebuah acara kejohanan mendebarkan yang tidak boleh dilepaskan oleh semua peminat Muaythai. Tiket boleh didapati di sini.

Latar Belakang World Muaythai Council

World Muaythai Council (WMC) Singapore komited secara bersungguh-sungguh untuk melatih dan membangunkan atlet Muaythai agar cemerlang dalam domain masing-masing. WMC Singapore komited untuk menyediakan asas kukuh untuk para atlet dan mengutamakan kesejahteraan hidup mereka. Majlis ini berusaha mencapai kecemerlangan melalui program latihan, seminar serta pertandingan antarabangsa dan menganjurkan acara Muaythai baik di peringkat amatur mahupun profesional, termasuk World Muaythai Championship Pro Series 2 yang akan datang.

Latar Belakang International Federation of Muaythai Associations (IFMA)

IFMA ialah International Federation of Muaythai Associations (Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muaythai). Ia telahpun berkembang dengan melibatkan 130 negara anggota dan lima persekutuan benua. IFMA telah menjadi badan kawal selia bersatu yang mengiktiraf dan mematuhi misi serta peranan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Objektif untuk mempromosikan Muaythai tanpa berat sebelah dan mendukung nilai-nilai pergerakan Olimpik merupakan dorongan utama IFMA.

Source: World Muaythai Championship
Keywords: Sporting Events Sports Future Events