CHANGSHA, China, 15 Mei 2023 PRNewswire/-- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") menganjurkan sebuah pameran pencapaian teknologi yang bertema "Penghormatan Teknologi kepada Era Baharu" ("Technology Salute to the New Era") mulai 11 hingga 14 Mei di Bandar Perindustrian Pintar Zoomlion ("Bandar") di Changsha, Wilayah Hunan, memaparkan pencapaiannya dalam pembuatan pintar, pembangunan produk pintar dan transformasi digital. Acara berkenaan juga merupakan kali pertama Bandar tersebut membuka pintunya kepada orang awam.
Inovasi Teknologi Memacu Penemuan Produk
Pameran tersebut memaparkan kejayaan dan pencapaian Zoomlion dalam pembangunan produk merentas pelbagai sektor. Zoomlion mematuhi prinsip "Berakar Umbi dalam Teknologi dengan Produk sebagai Tumpuan" ("Deep Root in Technology with Product as the Center") untuk mencipta produk yang membawa ke hadapan inovasi teknologi dalam jentera pembinaan, peralatan pertanian dan bahan binaan baharu. Zoomlion memanfaatkan teknologi canggih termasuk 5G, data raya, internet perindustrian, AI dan blok rantai untuk menangani kesesakan teknologi dalam pembuatan pintar jentera pembinaan.
Zoomlion telah mencapai kejayaan yang berterusan dengan produk memecah rekod. Ia melancarkan kren menara 20,000 tan-meter yang terbesar di dunia, kren semua-rupa-bumi 2,400-tan dengan keupayaan mengangkat terbesar di dunia, platform kerja udara 68-meter tertinggi dan mesin pengorek serta kren yang pertama di dunia dengan alat jawalan jauh 5G.
Sebuah Bandar pintar yang mempunyai keupayaan pembuatan pintar bertaraf dunia
Bandar tersebut, pangkalan industri jentera pembinaan yang terbesar di dunia baik dari segi skala mahupun barisan produk, menempatkan lapan kilang rumah api yang terkemuka di dunia, 300 barisan pengeluaran pintar dan lapan platform inovasi teknologi negara, mempunyai lebih daripada 150 teknologi yang utama dalam industri dan lebih 600 teknologi pengeluaran berpaten.
Taman Pintar Jentera Tolak Tanah mempunyai kilang pintar yang paling pintar dalam industri ini dengan 61 barisan pengeluaran pintar, empat daripadanya merupakan barisan "lampu-padam" (bererti tiada penglibatan manusia). Setelah siap, taman pintar itu akan mengurangkan kitaran R&D sebanyak 30 peratus, meningkatkan kecekapan pengeluaran sebanyak 25 peratus dan mengurangkan pengguna tenaga per-unit sebanyak 12 peratus. Ia akan dapat mengeluarkan sebuah mesin pengorek setiap enam minit secara purata, mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 50,000 unit.
Bandar tersebut turut mewujudkan sebuah taman jentera pengangkat bertaraf dunia yang bertujuan untuk mencapai 100 peratus pengumpulan data waktu sebenar peralatan pintar dan barisan pengeluaran rangkaian IT, mengeluarkan sebuah kren dalam 18 minit dan mengurangkan tempoh penghantaran sebanyak 32 peratus. Ia juga akan menghasilkan pangkalan pembuatan platform kerja udara yang paling pintar di dunia yang memanfaatkan lebih daripada 60 barisan pengeluaran berpaten dan 12 teknologi inovatif bagi memendekkan masa penghantaran produk sebanyak 55 peratus, mengeluarkan produk jenis gunting setiap 7.5 minit dan produk jenis-bum setiap 20 minit. Di samping itu, terdapat sebuah taman pintar jentera pam konkrit yang terkemuka dalam industri ini yang menerima pakai identiti visual, pembuatan keputusan AI, pengimbasan laser dan teknologi pemodelan 3D bagi mencapai 90 peratus kadar automasi proses pengeluaran teras, seterusnye menghasilkan sebuah trak pam setiap 30 minit.
Zoomlion menandatangani pesanan yang berjumlah 4.691 bilion yuan ($675.33 juta) pada hari pembukaan Pameran.
"Kami bersyukur atas inovasi yang luar biasa dalam sains dan teknologi pada era baharu ini serta sokongan dan galakan menerusi kepimpinan, kepercayaan dan keterangkuman kami daripada pelanggan global, pembekal serta pesaing kami dari dalam dan luar negara. Kami menghargai sokongan dan perhatian yang diberikan kepada inovasi daripada pemegang saham kami, pelabur serta rakan media. Kami turut mengiktiraf sumbangan daripada kakitangan kami terhadap inovasi ini. Dengan yakin, Zoomlion akan terus memimpin revolusi teknologi yang baharu, mencapai paras tinggi yang baharu dan meluaskan lingkungan kami untuk memacu inovasi dan transformasi dalam industri jentera pembinaan," kata Zhan Chunxin, Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion.