omniture

Momentum Pertumbuhan Mantap Changan Auto Kukuh Mempercepatkan Pengembangan Antarabangsa

Changan Automobile
2023-05-15 16:35 108

CHONGQING, China, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada petang 8 Mei, Taklimat Prestasi Tahunan Changan Auto telahpun diadakan. Di taklimat tersebut, Changan Auto membentangkan prestasi tahunan 2022, menyediakan perancangan dan tafsiran strategik pembangunan masa depan syarikat ini.

Jumlah jualan Changan Auto pada tahun 2022 mencecah 2.346 juta kenderaan, satu peningkatan 2% berbanding tahun sebelumnya, mencapai paras tinggi yang baharu dalam lima tahun. Antaranya, jualan NEV meningkat 160.5% berbanding tahun sebelumnya kepada 284,000 unit. Changan Auto mencapai keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham sebanyak RMB 7.798 bilion pada tahun 2022, satu peningkatan 119.52% berbanding tahun sebelumnya, dengan momentum pertumbuhan yang berterusan dalam kualiti operasi dan trend menaik dari segi keupayaan penciptaan nilai. Changan Auto berjaya menghasilkan keputusan yang cemerlang baik dari segi jumlah jualan mahupun keuntungan.


Memandang ke hadapan, Changan Auto akan mempercepatkan pembangunan kenderaan tenaga baharu, berkembang ke peringkat antarabangsa dan berubah dengan mantap menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan rendah karbon pintar. Ketika ini, Changan Auto memperkenalkan strategi luar negaranya Vast Ocean Plan yang akan menggalakkan pembangunan luar negara dengan mempercepatkan "Five Major Layouts". Ini termasuk mempercepatkan susun atur di Eropah, benua Amerika, Timur Tengah dan Afrika, rantau Asia-Pasifik dan Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS), mencapai "satu dasar untuk satu wilayah, satu dasar untuk sebuah negara," dan melancarkan tidak kurang daripada 30 produk global menjelang tahun 2025. Rancangannya adalah untuk menembusi 3,000 outlet pasaran luar negara. Menjelang tahun 2030, Changan Auto menyasarkan unutk mencapai matlamat "Four Ones": pelaburan luar negara melepasi $10 bilion, jumlah jualan luar negara tahunan melebihi 1.2 juta unit, pekerja perniagaan luar negara melebihi 10,000 orang dan menjadi jenama automobil yang bertaraf dunia.

Source: Changan Automobile
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Corporate Expansion Sales reports