omniture

Medit terus menyaksikan penerimaan pengimbas yang kukuh dalam S1 2023

Medit
2023-05-16 08:00 127
  • Pemasangan pengimbas intraoral Medit meningkat hampir 50% berbanding tahun sebelumnya (PY)
  • Medit Link berfungsi sebagai pembeza utama yang berpotensi menjadi asas kepada pergigian digital

SEOUL, Korea Selatan dan LONG BEACH, California, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Medit (www.medit.com), penyedia yang terkemuka bagi pengimbas intraoral 3D dan penyelesaian pergigian digital, hari ini mengumumkan bahawa bilangan pemasangan pengimbas intraoral telahpun meningkat sebanyak 46% dalam S1 2023 berbanding suku yang sama tahun lalu.

MEDIT
MEDIT

Medit mula memperkenalkan pengimbas intraoralnya ke pasaran dalam tahun 2018 menerusi Medit i500 dan sejak itu memecahkan halangan harga dengan menawarkan pengimbas pada harga kurang daripada separuh harga pesaing. Walaupun dengan harganya yang berpatutan, pengimbas berkenaan mendapat hebahan lisan yang positif atas kejituan tingginya dan ciri-ciri mesra pengguna. Pengganti untuk Medit i500, Medit i700, dilancarkan pada tahun 2021 dan serta-merta menjadi pengimbas paling laris terjual ekoran kejituan dan kelajuannya.

Menurut GB Ko, Ketua Pegawai Eksekutif Medit, "Di Medit, kami berbangga dengan pengimbas kami yang mudah digunakan dan tepat, yang terus membantu doktor gigi dalam perjalanan mereka menuju praktis digital. Pengimbas kami dilengkapi dengan Medit Apps, yang membantu menjadikan pergigian digital lebih diperkemas dan boleh dicapai baik untuk pembelajaran mahupun praktis."

Perisian Medit merupakan kelebihan kompetitif yang penting untuk penyelesaian pengimbasan intraoralnya. Platform Medit Link syarikat ini, yang menjadi standard untuk golongan profesional pergigian dan makmal, menawarkan pelbagai jenis aplikasi pergigian percuma yang dapat meningkatkan produktiviti dan memperkemas aliran kerja. Medit Link juga amat bersepadu dengan platform, perkhidmatan, perisian dan perkakasan lain, lalu menyediakan penyelesaian komprehensif untuk pergigian digital. Medit turut mengalami pertumbuhan sebanyak 44% dalam bilangan pengguna Medit Link dalam S1 2023 berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Michael Lee, Ketua Pegawai Teknologi Medit, menambah, "Perisian Medit merupakan pembeza penting untuk penyelesaian pengimbasan intraoral kami. Platform kami juga dibuka untuk pembangun bagi mencipta aplikasi yang dapat bertukar-tukar data dengan Medit Link. Beginilah caranya Medit mencipta platform pergigian digital yang mengubah industri ini dan menyediakan penyelesaian yang inovatif kepada pelanggan kami."

Penyelesaian pergigian digital Medit yang berpatutan dan berkualiti tinggi membawa kepada peningkatan yang ketara dalam penerimaan pengimbas intraoralnya dan platform Medit Link. Tatkala industri ini berkembang, Medit akan terus memperkasa golongan profesional pergigian menerusi penyelesaian yang dapat meningkatkan produktiviti, memperkemas aliran kerja dan memberikan penjagaan pesakit yang luar biasa.

 

 

 

 

Source: Medit
Related Stocks:
Korea:261200
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Dentistry Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals