SHANGHAI, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Edisi ke-87 Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF) membuka pintunya kepada dunia di Shanghai. Dianjurkan mulai 14 – 17 Mei, pameran tersebut sekali lagi menghimpunkan penyelesaian terkini dan hebat yang dicipta untuk memacu inovasi dan menerobos sempadan bidang penjagaan kesihatan demi menangani cabaran perubatan pada hari ini dan pada masa depan.
Dengan sekitar 5,000 pengeluar global yang merangkumi rantaian bekalan penjagaan kesihatan, CMEF yang dianjurkan oleh Reed Sinopharm Exhibitions tiada tandingan dari segi skalanya, mempunyai dewan pameran yang mencakupi kawasan seluas lebih 320,000 meter persegi dan menarik minat seramai 200,000 pengunjung dari serata dunia.
CMEF pada tahun ini menyediakan produk kepada pengunjung merentas beberapa kategori, termasuk pengimejan perubatan, peralatan perubatan elektronik, pembinaan hospital, bahan guna habis perubatan, ortopedik, rehabilitasi, bantuan kecemasan dan penjagaan haiwan.
Penyelesaian pengimejan perubatan yang terkenal dipamerkan oleh syarikat-syarikat seperti United Image dan SIEMENS. GE mempamerkan 23 peranti pengimejan baharu, manakala Mindray mempamerkan ventilator pengangkut dan penyelesaian berbilang senario untuk hospital. PHILIPS mempamerkan peralatan pengimejan perubatan, bilik pembedahan, kecemasan, pernafasan dan anastesia. OLYMPUS mempamerkan peralatan endoskopi terkini mereka, manakala Stryker mempamerkan sistem pembedahan ortopedik terbantu robot mereka. Illumina mempamerkan Sistem Penjujukan Genetik mereka untuk ujian diagnostik, EDAN mempamerkan peranti pengimejan ultrabunyi mereka manakala Yuwell mempamerkan sistem pemantauan glukosa Anytime mereka.
Industri perubatan China bersedia memasuki peringkat kolaborasi terbuka komprehensif yang seterusnya
Lebih 30 kerajaan wilayah di China mengeluarkan laporan yang menonjolkan inisiatif untuk membaik pulih sektor perubatan dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan baik untuk penduduk bandar mahupun luar bandar. Langkah-langkah baharu itu akan memfokuskan untuk mencegah penyakit teruk, mengurus penyakit kronik, membina pusat perubatan nasional dan wilayah, melaksanakan perolehan berasaskan volum untuk ubat-ubatan dan bahan guna habis perubatan serta menaik taraf hospital daerah yang dijangka mendorong pembangunan industri perubatan China pada tahun 2023.
Pada S1 2023, hasil pasaran peranti perubatan China mencapai RMB 236.83 bilion yang mengagumkan, menunjukkan peningkatan 18.7% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022, lalu mengukuhkan kedudukan China sebagai pasaran peranti perubatan kedua terbesar di dunia. Di samping itu, hasil yang dijana oleh pembuatan peranti perubatan Cina meningkat kepada RMB 127.95 bilion, yang merupakan satu peningkatan hampir 25% berbanding tahun sebelumnya.
Pasaran peranti perubatan global diunjurkan mencapai nilai USD 600 bilion menjelang tahun 2024, dipacu untuk kesedaran yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat serta syarikat-syarikat Cina yang mengintai peluang pengembangan global. Nilai produk perubatan yang dieksport dari China mencecah RMB 444.179 bilion dari Januari hingga November 2022, yang menunjukkan peningkatan 21.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Golongan profesional industri boleh menantikan edisi CMEF seterusnya yang dijadualkan untuk diadakan di Shenzhen pada Oktober ini. CMEF ke-88 sekali lagi akan menyatukan pengusaha-pengusaha utama dalam bidang peralatan perubatan global di bawah bumbung yang sama, menawarkan platform tiada tandingan yang membolehkan hadirin mempelajari ciptaan beberapa teknologi berpandangan jauh yang bertujuan untuk membawa perubahan yang bermakna kepada kehidupan pesakit seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.cmef.com.cn/en