omniture

Mandarin Orchard Singapore Memperkenalkan Ruang Istirahat Kelab Serba Baharu di Tingkat Atas Hotel

Meritus Hotels & Resorts
2014-04-02 17:00 133

Meritus Club Lounge at Top of the M, Mandarin Orchard Singapore

SINGAPURA, 28 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore, hotel ternama rantaian hospitaliti Asia yang memenangi anugerah, Meritus Hotels & Resorts, baru-baru ini telah melancarkan kemudahan ruang istirahat kelab eksekutif baharu di tingkat 38 dan 39 bahagian Orchard Wing di hotel tersebut. Bertempat di suatu bahagian yang sebelum ini merupakan restoran atas bumbung hotel itu yang berputar dan ikonik, Meritus Club Lounge at Top of the M menyediakan panorama latar langit bandar Singapura dengan darjah penglihatan sebanyak 360 darjah yang boleh dilihat dari tingkap kaca seluas lantai ke siling ruang istirahat berkenaan.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140327/8521401783 )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg )

Sebagai pelengkap kepada latar tersendiri yang hebat itu ialah perkhidmatan khas yang membolehkan para tetamu Meritus Club untuk menikmati keseronokan melancong -- bermula dengan perkhidmatan peribadi oleh Duta Meritus yang bersopan santun, sehinggalah kepada hidangan masakan sepanjang hari yang disediakan dengan penuh gaya oleh sepasukan tukang masak yang berdedikasi.

Meritus Club Lounge at Top of the M dibuka dari pukul 6:30 pagi ke 11 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat manakala dari pukul 7 pagi ke 11 malam pula pada hujung minggu dan cuti umum. Ruang istirahat kelab seluas dua tingkat bangunan ini turut menyediakan ruang menyambut tetamu dan bilik mesyuarat di tingkat bawah, manakala di tingkat atas pula terdapat ruang makan utama yang mampu menempatkan sehingga 92 tetamu. Sarapan bufet, minuman petang tradisional, koktel malam dan juga pembuka selera (hors d'oeuvres) turut disediakan pada setiap hari. Bagi memenuhi keperluan mesyuarat perniagaan dan persidangan, bilik lembaga pengarah turut disediakan di ruang istirahat ini. Dengan ruang yang mampu menempatkan sehingga 8 tetamu, bilik lembaga pengarah ini dilengkapi dengan kemudahan audio visual terkini, sambungan Internet berkelajuan tinggi serta projektor overhed.

Kelebihan dan keistimewaan untuk tetamu Meritus Club termasuk:

  • Sarapan pagi, minuman petang dan koktel percuma
  • Akses Internet percuma
  • Surat khabar tempatan percuma
  • Daftar masuk dan daftar keluar eksklusif
  • Panggilan telefon tempatan percuma
  • Penggunaan bilik mesyuarat percuma selama 1 jam bagi setiap penginapan
  • Dobi menekan atau normal bagi 2 pakaian setiap hari secara percuma

Bagi membuat tempahan, sila hubungi +65-6737-2200 atau hantarkan e-mel kepada resvn.orchard@meritushotels.com.

Bagi maklumat akhbar lanjut, sila hubungi:

Crystal Lim
Penolong Pengurus, Bahagian Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, oleh Meritus
T: +65-6831-6051
M: +65-9168-2740
E: crystal.lim@meritushotels.com

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services