omniture

Strand Lancarkan Edisi Pelayan Syarikat untuk Avadis-NGS, Sediakan Penyelesaian Pembacaan-Pelaporan untuk Genomik Klinikal

Strand Life Sciences
2014-04-02 20:19 96

NASHVILLE, Tennessee dan BANGALORE, India, 2 April 2014 /PRNewswire/ -- Pada mesyuarat Genetik Klinikal Tahunan ACMG pada minggu ini, Strand Life Sciences mengumumkan pelancaran Edisi Pelayan Avadis-NGS, penyelesaian syarikat untuk platform analisis Jujukan Generasi Seterusnya yang telah digunakan secara meluas. Edisi Pelayan Avadis-NGS telah direka untuk membantu analisis kolaboratif menerusi penyimpanan data dan keputusan analisis secara berpusat. "Memandangkan lebih ramai penyelidik menggunakan NGS, terdapat keperluan untuk pengoptimuman bagi perkongsian, penskalaan dan juga kecekapan," kata Dr. Vamsi Veeramachaneni, Naib Presiden Pembangunan Perisian di Strand. "Edisi Pelayan Avadis-NGS menyediakan repositori berpusat untuk data dan talian paip yang memudahkan penambahan sumber pengkomputeran kepada pelayan pada bila-bila masa bagi mengendalikan jumlah sampel yang lebih besar."

Edisi Pelayan Avadis-NGS dapat berfungsi pada semua platform perkakasan dan boleh dikonfigurasi bagi menampung keperluan pelbagai makmal dengan saiz dan bidang fokus yang berbeza – termasuk penyelidikan sehinggalah kepada diagnostik klinikal. Antara muka berasaskan web untuk pengurusan sistem membolehkan pengurus sistem mengendalikan tugasan, menjadualkan sandaran serta memantau penggunaan sistem.

Di samping pengenalan kepada Edisi Pelayan ini, Avadis-NGS kini dapat menyokong integrasi yang diselaraskan kepada StrandOmics, platform interpretasi klinikal dan pelaporan Strand yang menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi menampung keperluan makmal genomik klinikal. "Kami mula menggunakan talian paip Avadis-NGS – StrandOmics bersepadu dan mendapati peningkatan hasil pelaporan klinikal kami berlaku secara dramatik," ujar Dr. Preveen Ramamoorthy, Pengarah Makmal, Pusat Genomik dan Perubatan Khusus Strand serta Ketua Bahagian Diagnostik Klinikal, Strand Life Sciences. "Kami dapat beralih daripada talian paip analisis yang telah dihasilkan menerusi Avadis-NGS kepada StrandOmics yang menyediakan kesemua maklumat saintifik dan perubatan yang diperlukan oleh pakar genetik perubatan kami bagi mengelaskan varian pesakit serta membuat diagnosis yang tepat. StrandOmics turut menyediakan kesemua sokongan bukti penulisan serta melakukan format rujukan dalam laporan secara automatik, dan seterusnya meningkatkan produktiviti pasukan genetik perubatan kami."

StrandOmics sedang memasuki fasa kedua Program Akses Awal dan merekrut para peserta baharu. Maklumat lanjut, http://www.strandomics.com

Latar Belakang Strand Life Sciences

Strand telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh fakulti di Institut Sains India yang berprestij. Lebih 2000 makmal penyelidikan di seluruh dunia ialah pemegang lesen produk perisian genomik Strand. Dengan pelaburan oleh Biomark-Capital baru-baru ini, Strand kini beroperasi di makmal jujukan terkini dengan keluasan lebih 25,000 kaki persegi di Bangalore serta telah menubuhkan Pusat Genomik dan Perubatan Khusus Strand, yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 50 hospital di seluruh India dan turut memantapkan kedudukannya di A.S. Laman web: http://www.strandls.com

Sumber: Strand Life Sciences

Source: Strand Life Sciences
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services