omniture

GAC MOTOR Umum Projek CKD RM 60 juta di Malaysia

GAC MOTOR
2023-05-18 09:07 41

GUANGZHOU, China, 18 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 11 Mei, GAC MOTOR mengumumkan pelancaran projek CKD dengan kerjasama WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan GAC di Malaysia.


Projek berkenaan, yang akan menerima pelaburan sebanyak lebih RM60 juta, merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang GAC MOTOR dan WTCA bagi menyokong dan memperluaskan kehadirannya dalam pasaran Malaysia.

Sebahagian daripada pelaburan berkenaan akan digunakan untuk menaik taraf barisan pengeluaran dan kemudahan untuk memulakan pemasangan kenderaan GAC di Malaysia – termasuk GS3 EMZOOM Serba Baharu yang dijadualkan untuk dikeluarkan daripada barisan pengeluaran sebagai model GAC MOTOR pertama dipasang di kawasan setempat pada April 2024.

Memperdalam Penglibatan dalam Pasaran Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara yang penting kepada susun atur strategik GAC MOTOR dalam pasaran ASEAN.

Pada Disember 2021, Malaysia menjadi negara pertama melancarkan GS3, model pemanduan sebelah kanan pertama daripada GAC MOTOR.

Sepanjang lima tahun yang akan datang, GAC MOTOR merancang untuk melengkapkan matriks produk model pemanduan sebelah kanannya di negara berkenaan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna Malaysia dengan sokongan daripada WTCA. Jenama auto ini turut merancang untuk membuka kedai utama Malaysianya yang pertama dalam suku ketiga tahun 2023.

"Kejayaan pelancaran projek CKD akan menjadi satu pencapaian yang penting dalam proses pengantarabangsaan GAC MOTOR," kata Yu Jun, Naib Presiden GAC Group dan Pengerusi GAC International. "Bagi menyokong pencapaian matlamat ini, GAC akan turut berusaha untuk menyelaraskan sumber-sumber dalaman dan luaran kumpulan ini, meningkatkan sokongan untuk pasaran Malaysia, mempercepatkan pelancaran model-model penting dan menambah baik barisan produk," tambah beliau.

Meninjau Penyelesaian Penyewaan Kereta

Pada hari itu juga menyaksikan WTCA menyerahkan lebih 25 unit model GS3 kepada Mayflower Car Rental untuk Program GS3 GAC MOTOR Pengembaraan Serba-Baharu (All-New Adventure GAC MOTOR GS3 Program) yang disebut kemudiannya – program pajakan kereta kompetitif yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian yang pelbagai, mudah dan andal baik untuk penduduk tempatan mahupun pelawat. Kumpulan pengangkutan ini merupakan kelompok pertama daripada pesanan 50 kenderaan GS3 yang diserahkan kepada Mayflower Car Rental.

"Kami komited untuk membawakan produk yang terbaik dan paling kompetitif kepada rakyat Malaysia dan untuk mengukuhkan kedudukan GAC MOTOR Malaysia sebagai pengusaha yang tersohor dalam industri automotif," kata Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Berhad, syarikat induk WTCA.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation New products/services