omniture

IPC Shopping Centre Melancarkan Kempen Kitar Semula Bahan Buangan 'Gavå with Your Recyclables'

IPC Shopping Centre
2023-05-18 17:54 34

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Mei 2023 /PRNewswire/ -- IPC Shopping Centre kembali dengan kempen kitar semula bahan buangan yang dianjurkan olehnya pada setiap tahun. Tahun ini, pusat itu memperkenalkan 'Gavå with Your Recyclables' bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian di samping turut meningkatkan usaha kitar semula dalam kalangan para pembeli. Bermula dari hari ini hingga 31 Julai, para pembeli boleh menikmati dua kali ganda 'Gåva' – yang bermaksud ganjaran dalam bahasa Sweden; apabila mereka mengitar semula kertas, plastik, dan aluminium di Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) IPC yang terletak di aras tempat letak kereta P1.

IPC Shopping Centre Melancarkan Kempen Kitar Semula Bahan Buangan ‘Gavå with Your Recyclables’
IPC Shopping Centre Melancarkan Kempen Kitar Semula Bahan Buangan ‘Gavå with Your Recyclables’

Gåva with Your Recyclables

Di sepanjang tempoh kempen selama 10 minggu ini, ahli IPC Tack Club boleh mengitar semula sekerap yang mungkin mencapai jumlah berat terkumpul yang diperlukan untuk tiga (3) kategori bahan buangan kitar semula (kertas, plastik, atau aluminium) dan menebus ganjaran eksklusif. Walau bagaimanapun, bahan kitar semula berkenaan tidak boleh dicampuradukkan dengan kategori lain bagi memenuhi jumlah berat terkumpul yang diperlukan.

  • Ganjaran Tahap 1: Setiap 6kg bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan akan menerima e-baucar bernilai RM10 + mata Tack
  • Ganjaran Tahap 2: Setiap 10kg bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan akan menerima e-baucar bernilai RM10 + mata Tack + kain pengelap pinggan mangkuk buatan Sweden (100% boleh biodegradasi)

Sejarah kitar semula para pembeli akan direkodkan dan boleh dijejaki kembali melalui profil aktiviti ahli Tack Club, dan penembusan ganjaran boleh dilakukan di i-Kaunter.

Sempena dengan kempen kitar semula bahan buangan ini, IPC Shopping Centre turut menjadi pusat beli-belah pertama dan satu-satunya yang bekerjasama dengan Arus Oil bagi memperkenalkan kategori bahan kitar semula baharu. Para pembeli boleh mengitar semula minyak masak terpakai mereka di RBBC pusat beli-belah tersebut pada hari tertentu bagi mendapatkan pulangan tunai tambahan RM1.40/kg menerusi aplikasi Arus Oil. Dengan memasukkan kod promo eksklusif 'IPCCUS2023' di bawah ruangan profil dalam aplikasi Arus Oil, para pembeli boleh menikmati ganjaran pulangan tunai yang lebih tinggi RM1.90/kg. 90 pembeli pertama yang mengitar semula juga akan menerima satu Jerry Can (tong minyak) percuma apabila mereka menunjukkan keahlian Arus Oil atau Tack Club mereka di gerai Arus Oil yang terletak bersebelahan dengan RBBC pada tarikh kutipan berikut mulai 10:00 pagi hingga 8:00 malam:

  • 27 Mei, 3 Jun, 24 Jun, 8 Julai, 29 Julai, 26 Ogos, 23 September 2023

Tambahan pula, IPC Shopping Centre juga menjalin kerjasama dengan Alliance Bank untuk memberikan ganjaran kepada pemegang kad kredit bank tersebut yang mengambil bahagian dalam kempen kitar semula bahan buangan. Pemegang kad kredit tersebut akan menerima sebuah beg kanvas tambahan apabila mereka berjaya mengitar semula sekurang-kurangnya 6kg bahan buangan. Ahli IPC Tack Club yang memegang kad Alliance Bank boleh menebus ganjaran ini di i-Kaunter, Aras G dengan menunjukkan kad kredit atau kad maya Alliance Bank.

Bagi memupuk semangat kitar semula, para pembeli juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan acara menarik serta menyeronokkan sepanjang bulan tersebut. Antara aktiviti tersebut termasuklah bengkel hujung minggu Små Club di Funland, Aras 2, yang berlangsung dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk mendidik si kecil mengenai kepentingan kitar semula sejak usia muda. Bahan-bahan yang dihasilkan daripada bengkel itu kemudiannya akan digunakan untuk menghiasi ruang pameran Gåva yang terletak di Aras 2 yang menggunakan bunga-bunga kertas kitar semula bagi menghasilkan sebuah arca seni bunga-buangan mekar. Arca ini turut melambangkan ikrar kepada usaha untuk melindung Bumi menerusi pelaksanaan inisiatif hijau dalam kehidupan kita sehari-hari.

Selain daripada itu, para pembeli juga boleh menyatakan sokongan mereka secara maya dengan memuat naik foto-foto ke akaun Facebook atau Instagram mereka menggunakan tanda pagar #IPCGavaGreen. Ini membolehkan mereka memaparkan aksi si kecil menjaga alam sekitar di rumah dan pada masa yang sama, mereka berpeluang untuk menebus pek pelekat percuma di i-Kaunter, Aras G. Bagi mereka yang berminat untuk menjadikan rumah mereka lebih hijau, IPC juga akan menganjurkan bazar tanaman dan gaya hidup bermula pada 28 Julai hingga 6 Ogos di Midland, Aras G.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen 'Gåva with Your Recyclables' IPC Shopping Centre, sila kunjungi ipc.com.my dan ikuti Facebook dan Instagram IPC untuk promosi, acara dan maklumat terkini. 

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Entertainment Retail New products/services