omniture

Impian Askar Afghanistan Menghidupkan Nafas Layar Perak untuk Filem Aksi Global Besar-besaran 'The Janus Project'

Nebulae Entertainment
2014-04-03 19:24 157

SALT LAKE CITY, 3 April 2014 /PRNewswire/ -- Nathan Nearman, Pegawai Perisikan Balas dan Veteran Afghanistan, memanfaatkan perkhidmatan ketenteraan khusus beliau selama bertahun-tahun dengan misi baharu: menterjemahkan impian sepanjang hayat beliau ke dalam industri pembikinan filem yang mencabar dan membawa hiburan yang menguja dan menggegarkan lapangan komersil. Kini semua impian itu sedang meletus menjadi realiti layar perak dengan pelancaran lakon layar asli untuk menjadi pembikinan filem yang mendapat pujian setelah sinopsis wayang itu ditayangkan semasa pertemuan CinemaCon yang berprestij antara pembikin filem dan pempamer seluruh dunia di Caesar's Hotel di Las Vegas.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140402/CG96292LOGO 

Nebulae Entertainment telah menjadualkan filem aksi psikologi fantasi Nearman "The Janus Project" agar memulakan proses penerbitan di Utah pada 1 Jun, seperti yang diumumkan oleh Steve Bown, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Nebulae Entertainment. "Inilah filem pertama daripada enam belas filem yang akan diterbitkan dalam beberapa tahun akan datang. Setiap filem mempunyai genre berbeza, setiap filem adalah asli dan setiap filem akan memastikan dunia akan jatuh cinta dengan Hollywood sekali lagi!"

"Dengan belanjawan lebih $30 juta dan strategi pemasaran tersendiri yang dirancang agar dapat menarik lagi minat pelabur seluruh dunia, maklum balas yang didapati daripada peneraju veteran industri filem yang melawat kami di tapak pameran kami di CinemaCon telah menyalakan api harapan kami untuk masa hadapan," kata Bown. "Kami menghormati tradisi tetapi tidak terikat olehnya, maka inovasi pemasaran kami bakal memberi kejutan kepada dunia Hollywood."

Meluaskan lagi konsep pemasaran tersendiri itu, Nathan Nearman pula berkata, "Nebulae Entertainment, dengan kerjasama Dubli, akan menjual tiket di laman web filem kami, www.thejanusprojectfilm.com, bagi filem yang paling dinanti-nantikan sepanjang tahun ini bagi pratonton milikan khas 24 jam sebelum ia ditayangkan di pawagam lain secara serentak. Tiket filem itu mula dijual sebelum proses penerbitan filem itu pada bulan Jun. Jualan tiket sebelum pelancaran melalui web ini tidak pernah dilakukan di Hollywood. Skop kami adalah untuk jutaan orang seluruh dunia yang sudah pun berbaris menantikan masa untuk menjadi sebahagian daripada sejarah. Tiket akan ditawarkan selama 40 hari, 1 April hingga 10 Mei 2014 pada harga $4 dolar sahaja. Anda boleh menjadi antara yang pertama untuk menonton filem asli dan menguja ini sebelum ia mula ditayangkan di pawagam," kata Nearman. "Menontonnya di laman web juga akan meningkatkan insentif untuk menontonnya lagi dan lagi di layar utama sambil kami merevolusikan cara filem melakukan perniagaan."

"Kami yakin filem ini akan mengaut lebih $500 juta daripada segi jualan pawagam kerana kepadatan pasaran global serta jalan cerita yang hebat," beliau berkata lagi. Kutipan pecah panggung "The Janus Project" akan dicetuskan melalui strategi akar umbi dan pemasaran lain yang dirancang bagi menarik lebih ramai orang ke pawagam. Bersama app yang akan dilancarkan oleh Nebulae ke seluruh dunia serentak dengan pelancaran DVD/Blu-Ray cerita itu nanti, ini akan terus membina momentum bagi kejayaan filem ini. Nearman turut berkata, "Kami juga akan melancarkan novel 'The Janus Project' serentak dengan tayangan pawagam filem ini. Sedutan khas siri kedua susulan filem ini juga akan diselitkan sekali semasa filem itu ditayangkan di pawagam kelak."

Dengan mengambil kira pemilihan pelakon semasa dengan statistik perniagaan, terdapat strategi pecah panggung yang sedang dirancang dengan watak utama bakal diberikan kepada bintang drama pecah panggung Emily O'Brien dan Adam Gregory.

Emily O'Brien yang menerima pencalonan Anugerah Daytime Emmy sebanyak tiga kali telah dilahirkan di England. Beliau dikenali dengan watak beliau sebagai Jana Hawkes Fisher dalam "The Young and the Restless."

Adam Gregory, yang telah dilahirkan di Cincinnati, Ohio, melakonkan watak Ty Collins dalam rancangan "90210" saluran CW dan turut berlakon dalam drama siang CBS "The Bold and The Beautiful" sehingga lewat tahun 2013. Para peminat beliau berharap beliau akan memunculkan diri sekali lagi dalam drama siang tersebut. Ashley Tisdale telah menjemput Gregory dalam video muzik beliau "It's Alright, It's Ok." Gregory dan isteri beliau Sheridan Nicole, telah menyambut kelahiran anak lelaki mereka Kannon Gregory pada 8 Januari 2013.

Sebagai pelakon bersama dalam "The Janus Project", pasangan berkarisma dan mempesonakan ini menghidupkan skrin dalam sinopsis cerita wayang konsep menguja yang ditayangkan semasa CinemaCon Musim Bunga 2014. Pengkritik filem Judy Thorburn daripada majalah "Las Vegas Round the Clock" memberitahu para penerbit yang filem aksi itu menggentarkan jiwa. "Sinopsis filem terbaik yang saya pernah tonton" menyumbang kepada harapan yang semakin menggunung untuk tayangan filem ini kelak.

Khabar angin positif sudah pun menyelubungi isu pemilihan pelakon tambahan untuk filem itu, termasuk bintang terkenal. "Watak yang beraneka, tema berbilang aspek, dan cerita asli yang begitu mantap akan menarik bakat Hollywood. Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan mendekati dan mengusulkan watak ini kepada sebilangan nama terkenal," kata Brooke Bentley, pengarah pemilihan pelakon untuk filem itu. "Filem bersejarah dan asli ini menarik perhatian para pelakon yang bersesuaian dan kami sangat gembira dengan kemajuan filem ini."

Orang penting Nebulae Entertainment termasuklah Mark Victor Hansen, yang dikenali sebagai pengasas dan pencipta bersama "Chicken Soup for the Soul" dan penulis bersama dengan Mark Allen daripada "Cracking the Millionaire Code." Bob Nicoll, penulis "Remember the Ice," juga telah menyertai pasukan Nebulae. "Nearman telah menghimpunkan pasukan dan membina syarikat berdasarkan tenaga positif yang menyemai idea kreatif yang paling mengagumkan dan kemudiannya ditukarkan menjadi karya agung bagi dinikmati dunia. Memang sangat berinspirasi apabila kita melihat prosesnya membuahkan hasil," menurut Nicoll.

Rakaman di lokasi yang bermula pada 1 Jun 2014 akan bertempat di Utah dan juga di kampus Universiti Utah Valley serta beberapa lokasi lain di Salt Lake City dan di sekelilingnya. "Nebulae Entertainment mempunyai hak rakaman filem yang pertama dan eksklusif di sini. Persekitaran Universiti Utah Valley memang dikenali dengan aktiviti luarnya yang dijalankan sepanjang tahun termasuk kembara jalan kaki, berkhemah, pendakian batuan, luncur air dan luncur salji, serta berkanu. Berlatarkan tempat yang menakjubkan ini, aspek luaran adegan filem besar-besaran ini akan ditukarkan menjadi imej memukau puak kultus zaman pra-Rom purba, yang menjadi pelopor kumpulan Illuminati dengan paparan menakutkan persatuan rahsia yang dikenali sebagai Vera Ipsum Liani "Vii", diselang-selikan dengan drama kampus Universiti romantik dan menepati masa," kata Bown.

Ini akan menjadi filem dengan peruntukan besar-besaran yang pertama dirakamkan sepenuhnya di Utah. "Terdapat begitu ramai pembikin filem berbakat di Utah dan sudah bertahun-tahun kami menantikan projek seperti ini. The Janus Project bukan sahaja bakal merevolusikan dunia, tetapi akan meletakkan industri filem Utah yang hebat di mata dunia, seperti yang sepatutnya!" kata Tara Starling, jurusolek selama 14 tahun, dengan penuh semangat.

Hubungan Nearman dengan rakan tentera beliau di Afghanistan serta di seluruh dunia akan memberi penghargaan dengan dana yang diperuntukkan daripada Nebulae Entertainment dan barisan filem mantap kepada rakan kongsi dermawan seperti Final Honors, www.finalhonors.org, organisasi tanpa untung yang menyokong keluarga mereka yang terkorban di medan perang bagi menghormati mereka dan menyediakan faedah serta peluang yang terlepas ataupun yang tidak ditawarkan langsung. "Wawasan Nearman untuk menghidupkan kisah hebat di layar perak dan turut menyokong tujuan amal dengan hasilnya nanti ialah salah satu daripada banyak perkara yang menarik perhatian ramai kepada Nebulae Entertainment," kata Greg Johnson, peguam Nebulae Entertainment dan veteran perang Afghanistan.

Orang utama Nebulae Entertainment termasuklah: Nathan D. Nearman, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Komersil, Linda Bown, Ketua Pegawai Operasi/Pengurus Perniagaan, Steve Bown, Naib Presiden Kanan Pemasaran/Jualan, Bob Nicoll, Naib Presiden Jualan, Greg Johnson, Ketua Pegawai Perundangan, Brooke Bentley, Pembantu Eksekutif/Pemilihan Pelakon, Dillon Graves, Pengarah Media Sosial dan Kreatif, Brei Hofeldt, Pengurus Pemasaran/Perangkaian Sosial, Savanna Lujan, Pakar Media Sosial dan Blog serta pasukan kreatif yang dihimpunkan oleh Denver Harward, Sean Gooley, dan juga Dennis Nearman.

Sila lawati www.thejanusprojectfilm.com untuk membeli tiket prajualan anda sekarang! Bagi maklumat lanjut sila hubungi

Pengarah Perhubungan Awam Eksklusif - Bruce Merrin Tel 702.367.0331 merrinpr@lvcoxmail.com 

www.celebrityspeakersentertainment.com

 

Source: Nebulae Entertainment
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Television