omniture

Paradise Vietnam Group perkenal kapal persiaran menjamu selera Paradise Delight tampilkan pertunjukan persembahan visual eksklusif di Halong Coast

Paradise Vietnam Group
2023-05-20 04:38 96

HA LONG, Vietnam, 20 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Paradise Vietnam Group - syarikat kapal persiaran kelas atasan dan peneraju dalam pelancongan maritim bertaraf dunia - dengan terujanya mengumumkan pelancaran kapal persiaran menjamu selera Paradise Delight pada penghujung April. Menampilkan hidangan pesona yang mewah dan pertunjukan persembahan visual, kapal persiaran Paradise Delight direka bentuk secara eksklusif untuk pelancong antarabangsa yang mencari pelayaran 5-bintang merentas pantai salah satu tapak warisan dunia – Teluk Ha Long, Vietnam.

 

Menjangkaui 80 meter penuh, Paradise Delight ialah salah satu kapal persiaran menjamu selera terbesar di tapak warisan UNESCO, Teluk Halong dengan kapasiti 360 orang tetamu. Kapal persiaran tersebut mempunyai bahagian dalaman Eropah yang sofistikated dengan tingkap kaca lengkung infiniti merangkumi dua buah restoran, menawarkan pemandangan yang tiada tandingan.

Restoran El Loto di dek utama menawarkan hidangan bufet yang begitu pelbagai, manakala El Jazmin di dek atas menyajikan kepada para tetamu dengan set menu yang diperhalusi secara teliti di ruang yang romantik. Selain daripada lebih 100 makanan istimewa Eurasia, termasuk makanan laut segar, ditangkap terus dari teluk dan pelbagai jenis wain premium, para tetamu boleh menikmati parti kanape Perancis dengan champagne.

Para tetamu boleh bersantai dengan bayu laut sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati wain mewah di Rosa Terrace atau di geladak matahari. Dengan satu-satunya Kids' Club di teluk tersebut, kanak-kanak juga boleh menikmati hidangan kegemaran mereka sambil bermain dengan kawan baharu dalam persekitaran yang selamat dan mempesonakan.

Para tetamu boleh duduk bersandar dan menikmati pertunjukan persembahan visual Vietnam perintis di atas kapal persiaran menjamu selera Halong. Melalui kombinasi antara muzik, lampu, laser dan tarian, pertunjukan tersebut mengimbau kembali legenda asal-usul Teluk Halong, memuncak dalam mitos naga yang turun, menggambarkan keindahan landskap tak berpenghujung serta kehidupan kampung terapung.

Sebagai alternatif, muzik secara langsung yang dipersembahkan di dek atas oleh kumpulan Filipina dalaman kami berjanji untuk mengakhiri malam itu dengan persembahan penuh perasaan.

Paradise Delight memulakan pelayaran harian mulai jam 10:00 - 14:00 dan 18:00 - 22:00. Perjalanan selama 4 jam itu berharga $66++ setiap orang dan kombo dua hari dan satu malam untuk pelayaran Paradise Delight & Paradise Suites hotel berharga $92++ setiap orang.

Latar Belakang Paradise Vietnam Group

Paradise Vietnam Group mempunyai kapal persiaran dan hotel terbesar dan paling mewah di Teluk Halong dan Teluk Lan Ha Bay, terutamanya Paradise Elegance, Paradise Peak, Paradise Sails, Paradise Grand (Lan Ha Bay) dan hotel butik Paradise Suites hotel di pulau Tuan Chau.

Talian utama: (+84) 98 656 75 45 (Viber, Whatsapp, Zalo)

Emel: info@paradisevietnam.com

Laman sesawang: https://paradisevietnam.com/  

 

 

 

 

Source: Paradise Vietnam Group
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel New products/services