SINGAPURA, 22 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Lazada Group telah melancarkan lazadasolutions.com iaitu laman sesawang e-pembelajaran baharu oleh platform e-Dagang tersebut yang menawarkan kursus pandu-diri Lazada Sponsored Solutions (LSS) yang mudah dan singkat untuk dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja, dengan pilihan untuk menerima pensijilan Lazada Sponsored Solutions SMART setelah menyempurnakan modul pembelajaran utama.
Lazada merupakan platform e-Dagang pertama di rantau Asia Tenggara yang melancarkan program pensijilan-kendiri
Laman sesawang tersebut turut menampilkan kajian kes tentang aplikasi dunia sebenar LSS oleh perniagaan dalam talian di platform Lazada. Ianya menyasarkan kepada jenama, penjual dan agensi untuk memahami dan menggunakan LSS dengan lebih baik, serta memperolehi kredibiliti dan pengiktirafan di atas kemahiran dan kepakaran mereka dalam mengembangkan perniagaan.
"Kami berbesar hati dapat menjadi platform e-Dagang pertama di rantau Asia Tenggara yang melancarkan dan memacu program pensijilan-kendiri pada skala tersebut. Misi Lazada adalah untuk terus giat memangkin kemajuan menerusi perdagangan serta teknologi, justeru itu lazadasolutions.com pastinya menyerlahkan komitmen ke arah memperkasakan jenama, penjual dan agensi rakan kongsi kami dengan menyediakan pendidikan serta pensijilan berkualiti demi membolehkan mereka berkembang dan berjaya di platform kami," kata Chandana Sunder, Naib Presiden Kanan, LazMall Marketing Solutions, Lazada Group.
Kursus-kursus lazadasolutions.com telah distrukturkan dengan anggaran purata masa lengkap untuk setiap modul, bagi membolehkan para pengguna belajar mengikut kadar kemampuan masing-masing. Program pensijilan Lazada Solutions SMART boleh diakses secara percuma menerusi sebarang peranti bagi membolehkan sesiapa sahaja mendapat perakuan tanpa mengira tahap pengetahuan atau kebiasaan mereka dengan Lazada Sponsored Solutions. Pustaka pelajaran percuma dan panduan belajar laman sesawang tersebut mudah dinavigasi bagi mengenal pasti modul pembelajaran yang relevan untuk setiap pengguna.
Pensijilan untuk meningkatkan kredibiliti
Pensijilan Lazada Solutions SMART Certification membolehkan para pengguna untuk mengesahkan kecekapan mereka dalam Lazada Sponsored Solutions dan ia kini tersedia pada tahap Beginner, manakala tahap Advanced dan Expert akan menyusul kelak. Para pengguna juga boleh mendapatkan lencana digital Lazada Sponsored Solutions untuk dipaparkan pada profil sosial mereka seperti LinkedIn selepas berjaya menyelesaikan penilaian pensijilan.
Tersedia dalam lima bahasa Asia Tenggara dalam masa terdekat
Semua kursus, pensijilan dan bahan pendidikan kini tersedia dalam Bahasa Inggeris, manakala versi Bahasa Cina, Bahasa Indonesia, Bahasa Thai dan Bahasa Vietnam dijadualkan untuk dilancarkan pada pertengahan tahun ini.
Kunjungi lazadasolutions.com sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Lazada Sponsored Solutions dan mulakan proses pensijilan anda hari ini!
Mengenai Lazada Group
Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 11 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.
Dengan visi untuk mencapai GMV tahunan sebanyak USD100 bilion, Lazada bertekad untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030 dan menjadi platform eDagang terbaik yang boleh mengupayakan pelbagai jenama serta penjual untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka
lazadasolutions.com memperkasakan para pengguna dengan kemahiran dan perakuan kelayakan untuk mengembangkan perniagaan di Lazada
lazadasolutions.com menawarkan kursus e-pembelajaran dan pensijilan-kendiri demi membantu para pengguna untuk lebih memahami dan memaksimumkan penggunaan Lazada Sponsored Solutions