- Mengiktiraf Inovator Teknologi
ANN ARBOR, Michigan, CHICAGO, dan NICE, Perancis, 4 April 2014 /PRNewswire/ -- Pencalonan Anugerah Inovasi COMET 2014 mula dibuka, bagi memberikan pengiktirafan tertinggi untuk inovasi dalam bidang teknologi hiburan dan komunikasi (COMET). Anugerah ini amat didambakan oleh para penyedia teknologi dan perkhidmatan yang membantu kita memanfaatkan teknologi dan bagaimana kita berkomunikasi sebagai masyarakat global.
Pipeline hari ini mengumumkan ia telah menambahkan hadiah yang bernilai lebih $50,000 termasuklah perkhidmatan pengiklanan selama satu tahun bagi pemenang kategori "Penyedia Teknologi Terbaik". Selain itu, Pipeline turut melanjutkan tarikh akhir untuk calon baharu sehingga 17 April 2014. Calon sedia ada boleh memasuki kategori ini dan kategori lain pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir penyerahan dengan menghantarnya menerusi e-mel comet14@pipelinepub.com.
Pertandingan ini adalah terbuka untuk penyedia teknologi yang membangunkan inovasi serta penyedia perkhidmatan yang memanfaatkannya. Syarikat berkaitan digalakkan untuk menyerahkan Borang Pencalonan Rasmi secepat mungkin bagi memastikan tempoh yang cukup untuk menyiapkan penyerahan mereka.
Program Anugerah COMET 2014 telah pun mencapai lebih 200 pencalonan, mewakili lebih 100 syarikat dalam 10 bidang inovasi. Anugerah ini turut dinilai oleh para eksekutif kanan penyedia perkhidmatan dan juga penganalisis industri utama.
"Dengan anugerah inovasi COMET ini, kami dapat memperoleh pengesahan sasaran pasaran luar dan objektif pada saat perkembangan kami yang penting," kata Benedict Enweani, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Ontology. "Sebagai contoh, pendedahan dan pengesahan inovasi kami oleh penyedia perkhidmatan global yang menerajui serta pihak berkepentingan industri utama menyediakan kredibiliti tersendiri yang seterusnya dapat membantu kami mencapai pengaturan yang strategik menerusi syarikat kumpulan T-Mobile dan Vodafone."
Para juri dan peserta hadir bersama-sama di majlis permaidani merah bagi penerimaan anugerah dan juga untuk menjalinkan hubungan dengan para inovator yang menerajui di dunia.
"Saya amat kagum dengan kualiti pertandingan ini; usaha mereka yang terlibat benar-benar dapat membawakan teknologi inovatif kepada persada pasaran telekomunikasi," kata David Lindsay III, Ketua Arkitek BT Global Services yang telah memainkan peranan dalam Panel Penghakiman untuk program anugerah Pipeline 2013. "Ini merupakan peluang yang menarik untuk dapat bertemu dengan para finalis, berbincang hasil usaha mereka dan melihat para inovator teknikal berkumpul bersama-sama di majlis penyampaian Anugerah tersebut bagi menerima pengiktirafan sebagai yang terbaik, antara yang terbaik."
Majlis tersebut akan berlangsung pada hari Ahad, 1 Jun 2014 di Nice, Perancis di hotel Le Negresco lima bintang. Tiket mula dijual kepada semua, manakala para peserta pula menerima tiket percuma untuk menghadiri majlis tersebut.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program anugerah, penerimaan, pencalonan, juri atau maklumat penajaan, sila layari: http://www.pipelinepub.com/info/2014_innovation_awards.php
Maklumat tambahan:
Latar Belakang Pipeline Publishing:
Pipeline Publishing, L.L.C. menerbitkan majalah Pipeline, sumber global yang menerajui bagi maklumat dan berita teknologi komunikasi. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pipeline, sila layari www.pipelinepub.com atau langgan melalui www.pipelinepub.com/info/subscribe.php.
Maklumat Perhubungan Media:
Scott St. John
Editor Eksekutif
Pipeline
scott@pipelinepub.com
+1 (734) 707-4988 samb. 100