omniture

RS Components Tawarkan Ketersediaan Eksklusif Kit Makmal Perintang Ketersambungan TE

RS Components
2014-04-04 14:00 134

25 kit sediakan pelbagai ciri pengukuran rintangan bagi pengurusan kuasa, ketepatan tinggi, serta aplikasi perindustrian dan kegunaan am

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan eksklusif 25 kit makmal perintang berdasarkan pilihan utama siri perintang tetap Ketersambungan TE.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Kit makmal perintang TE menggunakan sama ada teknologi perintang filem tipis atau filem tebal serta menawarkan ciri istimewa yang menyediakan platform pengukuran rintangan yang berkesan kos untuk pelbagai aplikasi.

Enam daripada kit tersebut dibina berdasarkan siri RL73 TE – perintang pengesanan semasa filem tebal pelekatan permukaan (SMD) dengan rintangan Ohm rendah yang mengurangkan penggunaan kuasa dalam rekaan bekalan kuasa voltan rendah serta aplikasi pengurusan bateri. Peranti ini mempunyai ciri unsur rintangan gilap logam khas serta lapisan halangan nikel di bawah pateri bagi memanjangkan jangka hayat terminal.

Lapan kit lagi pula adalah berdasarkan siri perintang ketepatan dengan kestabilan tinggi RN73 yang menawarkan kepelbagaian pelepasan kuasa yang berkaitan dengan saiz cip antara 0402 hingga 2512. Pekali suhu rintangan (TCR) peranti ini menurun kepada 5ppm/°C, manakala toleransi rintangan adalah amat rendah iaitu pada 0.01 peratus. Perintang SMD filem tipis ini dihasilkan daripada tiga lapisan percikan bagi menghasilkan prestasi yang optimum.

Persekitaran pembangunan ketepatan dengan kestabilan tinggi turut ditawarkan oleh sembilan kit makmal dengan ciri siri CPF TE. Perintang dengan filem tipis ini menyediakan TCR sehingga 15ppm/°C dan toleransi rintangan sebanyak 0.01 peratus.

Kesemua kit ini yang berdasarkan peranti RN73 dan CPF berketepatan tinggi dinyatakan dalam piawaian grid nilai IEC 63 E96 dan E24 Persatuan Industri Elektronik (EIA) yang merupakan nilai terpilih untuk keperluan toleransi rapat dan ketepatan tinggi. Kedua-dua siri perintang mempunyai dimensi fizikal yang tepat dan seragam bagi memudahkan penempatan seperti dalam telemetri, litar pengesanan, komunikasi, kawalan perindustrian dan juga aplikasi perubatan.

Bagi kegunaan perindustrian dan kegunaan am, kit berdasarkan siri CRG filem tebal berkuasa tinggi adalah amat bersesuaian, dengan memberikan julat rintangan yang luas daripada 1 hingga 10M Ohm serta toleransi antara 1 hingga 5 peratus.

Kit makmal perintang berasaskan siri A 3521 melengkapkan set ini, dengan kosnya yang rendah serta berkuasa tinggi. Peranti SMD ini adalah sesuai untuk penempatan auto dalam aplikasi kelantangan, termasuklah operasi berfrekuensi tinggi disebabkan oleh struktur plumbum yang pendek.

Keseluruhan rangkaian yang terdiri daripada 25 kit makmal perintang Ketersambungan TE boleh didapati secara eksklusif daripada RS Components untuk penghantaran pada hari yang sama melalui http://www.rs-components.com.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran sehingga 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuk komponen elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh hasil sebanyak GBP 1.24 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web di http://www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services