omniture

tiket.com Lancar Tiket Multi-Currency untuk Tingkatkan Lagi Transaksi Antarabangsa

tiket.com
2023-05-23 21:29 108

JAKARTA, Indonesia, 23 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Memandangkan keghairahan untuk bercuti dan melancong ke luar negara meningkat, tiket.com selaku Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) pertama di Indonesia, melancarkan ciri Tiket Multi-Currency baharu. Pelanggan di serata dunia kini berupaya untuk membuat transaksi dalam 16 mata wang berbeza, termasuk Rupiah Indonesia (IDR), Dolar Australia (AUD), Dolar Kanada (CAD), Swiss Franc (CHF), Yuan Cina (CNY), Euro (EUR), Pound Sterling (GBP), Dolar Hong Kong (HKD), Yen (JPY), Ringgit Malaysia (MYR), Dolar New Zealand (NZD), Peso Filipina (PHP), Dolar Singapura (SGD), Baht Thai (THB), Dolar AS (USD) dan Dong Vietnam (VND). Tiket Multi-Currency boleh digunakan untuk membuat pembelian dalam semua produk tiket.com seperti penginapan, penerbangan dan tempat tarikan melalui tiket To Do.

Tiket Multi-Currency can be used for purchases in all tiket.com products such as accommodation, flights, and attractions in tiket To Do. Customers, especially those based overseas, can now configure their home currency through their tiket.com profile settings, which will be instantly displayed in all products, making payments and refunds.
Tiket Multi-Currency can be used for purchases in all tiket.com products such as accommodation, flights, and attractions in tiket To Do. Customers, especially those based overseas, can now configure their home currency through their tiket.com profile settings, which will be instantly displayed in all products, making payments and refunds.

Pelanggan, terutamanya mereka yang menetap di luar negara, kini boleh mengkonfigurasi mata wang negara asal mereka melalui tetapan profil tiket.com mereka, yang akan dipaparkan serta-merta pada semua produk, membuat pembayaran dan pembayaran balik. Tiket Multi-Currency membolehkan pelanggan memotong sebarang kos tambahan ekoran kadar pertukaran asing, yang juga termasuk kos pentadbiran kad kredit apabila menukar kepada mana-mana mata wang. Sebaliknya, mereka boleh menggunakan kos tambahan berkenaan apabila membuat transaksi perjalanan, lalu menjadikannya penyelesaian mesra bajet untuk melancong.

Gaery Undarsa, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran, tiket.com berkata, "Sebagai manifestasi komitmen tiket.com untuk menjadi penyelesaian gaya hidup dan perjalanan sehenti dengan fokus berpusatkan pelanggan, bukan sahaja untuk rakyat Indonesia, tetapi juga untuk pelancong asing, kami melancarkan ciri Tiket Multi-Currency baharu. Pelancaran ciri ini dibuat pada waktu yang tepat tatkala trend pelancongan, baik pelancongan masuk mahupun keluar, semakin memuncak dalam suku pertama tahun 2023. Di tiket.com, kami akan terus menyediakan penyelesaian dan inovasi bagi memenuhi keperluan semua pelancong, seterusnya menjadikan perjalanan lebih mudah dan dapat mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Ciri Tiket Multi-Currency baharu ialah hasil daripada kolaborasi antara tiket.com dan Stripe (Asia Pacific), platform infrastruktur kewangan untuk perniagaan. Stripe membolehkan pelanggan luar negara tiket.com membuat pembayaran dalam 15 mata wang asing, iaitu USD, SGD, MYR, THB, PHP, VND, EUR, GBP, AUD, NZD, JPY, CAD, CHF dan HKD. Menerusi kolaborasi ini, pelanggan tiket.com juga akan mendapat manfaat daripada sekuriti Stripe, penyelesaian pencegahan penipuan Radar–Stripe, yang dilatih menggunakan data merentas berjuta-juta syarikat global. tiket.com akan meningkatkan pengalaman penggguna (UX) untuk pelancong dari banyak negara bagi menjadikan transaksi yang selamat dan lancar di tiket.com.

"Walaupun kami sering menyebut tentang 'pelancongan balas dendam', saya teruja untuk melihat perjalanan dan pelancongan kembali secara sepenuhnya," kata Sarita Singh, Pengarah Urusan untuk Asia Tenggara di Stripe. "Sama ada perjalanan bersejarah ke Pulau Pinang atau percutian kesejahteraan diri di Phuket, kami berbangga dapat bekerjasama dengan tiket.com bagi membolehkan pelancong menggunakan Tiket Multi-Currency untuk mengakses pengembaraan baharu dengan mata wang negara asal mereka."

"Dengan adanya Tiket Multi-Currency, kami berharap dapat membuka jalan untuk memperkenalkan tiket.com kepada pelancong antarabangsa, agar mereka dapat menikmati kemudahan merancang perjalanan mereka dengan penyelesaian sehenti daripada tiket.com," simpul Gaery.

 

Source: tiket.com
Keywords: Travel