GUANGZHOU, China, 4 April 2014 /PRNewswire/ -- Juan Sabata mengetahui segalanya tentang kapasiti Pesta Canton untuk mewujudkan perniagaan baharu. Setelah menyertai acara dagangan paling berprestij di China buat julung kalinya pada tahun lalu, ketua firma reka bentuk Anima dari Sepanyol itu mula menerima pelbagai tempahan daripada syarikat China bagi menghasilkan produk baharu.
"Kami berasa amat gembira," kata Sabata, setelah menerima tempahan bagi mereka bentuk pembersih vakum baharu untuk syarikat di Suzhou. "Saya amat sibuk, tetapi gembira. Keputusan untuk menyertai Pesta Canton telah menyibukkan kami dengan pelbagai peluang perniagaan baharu."
Ekonomi China didapati sedang mengalami peningkatan nilai yang pesat, dengan berlakunya transformasi daripada "Buatan China" kepada "Dicipta di China". Pesta Canton ke-115 akan mempercepat transformasi ini, sebagai acara yang bakal bermula di bandar Guangzhou pada 15 April ini.
Kehebatan reka bentuk produk telah menjadi salah satu tanda pengenalan Pesta ini. Menerusi pelbagai acara "Rekaan Menggalakkan Dagangan" yang terus berjaya, Pesta Canton kini memantapkan kedudukannya sebagai salah satu forum yang menerajui di Asia bagi mempromosikan dagangan reka bentuk.
Selain menganjurkan Anugerah Pesta Canton (CF) serta Pusat Promosi Dagangan dan Reka Bentuk Produk (PDC) Pesta Canton yang biasa diadakan, Pesta Canton ke-115 ini akan turut memperkenalkan "Acara Gandingan untuk 10 Firma Reka Bentuk Industri dan Pempamer Pesta Canton Teratas China". Acara yang akan berlangsung pada 17 April ini akan menghimpunkan para pengeluar paling mantap serta firma reka bentuk yang menerajui di China. Pesta ini akan turut memaparkan empat siri forum bertemakan strategi reka bentuk, pemasaran jenama, maklumat fesyen dan juga inovasi teknologi.
Semakin ramai pengeksport China kini menumpukan usaha mereka terhadap kecemerlangan reka bentuk untuk bersaing mendapatkan tempahan pada peringkat antarabangsa. Setelah diperkenalkan pada tahun 2013, kejayaan Anugerah CF Pesta Canton yang berterusan ialah petanda peningkatan kualiti inovasi dalam kalangan pengeluar China, dan ini dilihat sebagai arah aliran yang diiktiraf oleh pakar reka bentuk dari luar negara dan juga syarikat yang ingin mendapatkan produk canggih yang terkini.
Mula diperkenalkan di Pesta Canton ke-109, PDC bertindak sebagai platform pertukaran antara institut reka bentuk antarabangsa dan para pengeluar dari China. Kejayaan PDC terbukti melalui angka yang diperoleh. Lebih 50 syarikat reka bentuk dari seluruh dunia terlibat secara aktif melalui PDC pada Peringkat 1 di Pesta Canton ke-114 tahun lalu. Ia berjaya menarik perhatian 6,387 pelanggan berpotensi dan 1,178 daripadanya menunjukkan minat mendalam untuk menandatangani kontrak.
Bagi maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp