omniture

Laman Web Rasmi RingConn Telah Dilancarkan pada 18.5

RingConn LLC
2023-05-25 01:00 72

WILMINGTON, Delaware, 25 Mei 2023 /PRNewswire/ -- RingConn, jenama kesihatan yang inovatif, teruja untuk mengumumkan pelancaran laman web rasminya, yang telah berjaya dilancarkan pada 18 Mei. Pencapaian ini menandakan komitmen RingConn untuk menyediakan penyelesaian kesihatan termaju kepada pelanggan untuk membantu mereka mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

Cincin Pintar RingConn dengan Bekas Pengecasan
Cincin Pintar RingConn dengan Bekas Pengecasan

"Kami sangat teruja untuk mendedahkan laman web rasmi kami," kata Prof. Wang, Ketua Pegawai Eksekutif RingConn. "Laman web ini berfungsi sebagai hab pusat kehadiran dalam talian kami, membolehkan pelanggan mengakses produk kami dengan mudah dan mengetahui tentang pelbagai faedah RingConn."

Selain itu, RingConn dengan bangganya berkongsi bahawa semua faedah pendanaan awam akan dihantar menjelang akhir bulan Mei. Dengan lebih 7,000 cincin telah dihantar, maklum balas yang diterima adalah sangat positif.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada penyokong awal kami, yang mana dengan sokongan mereka membuatkan kami mencapai kejayaan yang luar biasa semasa fasa pendanaan awam," akui Prof. Wang. "Maklum balas mereka telah memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan produk kami dan memastikan kami memenuhi keperluan pelanggan kami."

Semasa tempoh pendanaan awam, RingConn mengumpul $1.2 juta yang mengagumkan dalam masa 50 hari sahaja selepas berada dalam talian. Pencapaian luar biasa ini menekankan dedikasi syarikat untuk menyediakan produk kesihatan berkualiti tinggi yang menyumbang kepada keseimbangan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian kami semasa tempoh pendanaan awam," tegas Prof. Wang. "Kejayaan ini ialah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada penyokong awal kami. Kami berharap dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kesihatan yang inovatif kepada pelanggan kami dan memacu perubahan positif dalam industri."

Untuk maklumat lanjut tentang RingConn dan pelancarannya baru-baru ini, sila layari laman web rasmi di https://bit.ly/3Icbv38.

Hubungan Media:
Nama: Rucia WANG
Emel: rucia.wang@ringconn.com
Telefon: +86 185 7661 6820

 

Source: RingConn LLC
Keywords: Computer/Electronics