omniture

Kajian Mendapati AI dan Teknologi Baru Muncul Meningkatkan Ketegangan tatkala Wartawan Menghadapi Cabaran yang Semakin Meningkat untuk Mengekalkan Ketepatan dan Kebenaran

PR Newswire
2023-05-25 10:44 127

Laporan Keadaan Media 2023 Cision menonjolkan cabaran dan peluang dalam landskap media yang berubah dengan pantas

HONG KONG, 25 Mei 2023 /PRNewswire/ -- "Ketepatan" dan "mengekalkan kredibiliti sebagai sumber berita dipercayai" merupakan kebimbangan utama para wartawan, memandangkan mereka meramalkan peningkatan mendadak ChatGPT dan aplikasi berpandukan kecerdasan buatan akan menjadikan kewartawanan autentik jauh lebih mencabar untuk masa depan.

Cision, platform perisikan dan komunikasi pengguna serta media komprehensif yang membolehkan golongan profesional perhubungan awam, pemasaran dan komunikasi di seluruh dunia memahami, mempengaruhi dan memperkuat kisah mereka, mengeluarkan dapatan ini sebagai sebahagian daripada Laporan Keadaan Media (State of Media Report) tahunan ke-14nya.

Laporan tersebut, yang membawakan respons daripada lebih 3,100 wartawan daripada 17 pasaran global, mengemukakan kebimbangan wartawan tentang ketepatan berita dan kandungan serta cabaran harian mereka untuk memerangi maklumat yang salah. "Memastikan kandungan yang tepat" dinamakan sebagai keutamaan tertinggi oleh wartawan (58%) dan apa yang mereka anggap sebagai keutamaan terpenting untuk organisasi mereka (43%). Lebih daripada satu perempat wartawan (27%) memberi respons bahawa cabaran terbesar mereka adalah mengekalkan kredibiliti sebagai sumber berita yang dipercayai. Selanjutnya, apabila ditanyakan tentang generasi wartawan masa depan, banyak respons yang memfokuskan untuk mengurangkan "berat sebelah" dan memisahkan "fakta daripada pendapat."

Penemuan ini memperkukuh peluang untuk wartawan dan golongan prosesional komunikasi membina perkongsian berasaskan kepercayaan yang autentik, memajukan objektif bersama iaitu penceritaan yang tepat dan jujur di tengah-tengah landskap media yang berubah-ubah.

Apa yang anda percaya merupakan cabaran terbesar untuk KEWARTAWANAN sejak 12 bulan yang lalu?


"Kini lebih daripada sebelum ini, wartawan mencari data yang munasabah dan sumber tidak berat sebelah yang boleh dipercayai. Golongan profesional komunikasi boleh dan harus membantu mereka. Dengan saling bekerjasama, pada saat gangguan yang genting ini, wartawan dan komunikator boleh melindungi bahkan memartabatkan bidang kewartawanan," kata Putney Cloos, Ketua Pegawai Pemasaran Cision.

Masa Depan Keadaan Media

Pada bahagian permulaan Laporan Keadaan Media, responden diminta untuk berkongsi perspektif berpandangan jauh mengenai disiplin kewartawanan. Tema-tema utama termasuk mengekalkan ketepatan, mengurangkan berat sebelah dan beradaptasi kepada industri yang semakin bergantung kepada teknologi dan data. Ramai wartawan turut menyebut tentang peluang dan kesulitan AI:

  • "Inovasi seperti ChatGPT tidak akan berhenti, namun wartawan yang bersembunyi daripadanya berada dalam keadaan yang merugikan."
  • "Memandangkan AI lebih banyak melakukan penulisan sebenar, wartawan yang berjaya ialah mereka yang boleh melakukan perkara-perkara bersifat manusiawi seperti menceritakan kisah peribadi dan mencari kesimpulan asal dalam set data dan trend data dengan baik."
  • "… Berupaya menggunakan AI Generatif bagi meningkatkan hasil kerja mereka dan kekal relevan."

Evolusi Data dan Media Sosial

Data menjadi pemacu utama dalam bidang kewartawanan, memandangkan 40% wartawan berkata mereka lebih bergantung kepada data pada tahun ini dan 66% berkata menyediakan data dan sumber pakar merupakan salah satu cara yang boleh menjadikan tugas mereka lebih mudah oleh komunikator.

Platform media sosial menyediakan tempat untuk wartawan dan golongan profesional komunikasi mengumpul data serta berinteraksi dan mempromosikan hasil kerja mereka sendiri. Wartawan bermatlamat untuk menambah audiens mereka di LinkedIn dan Instagram pada tahun hadapan dan dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan mereka pada Twitter memetik perubahan kepada platform yang dibuat oleh kepimpinan baharu. Jangkaan mereka berhubung peningkatan penggunaan Instagram, TikTok dan YouTube disebabkan oleh peningkatan populariti dan menuju ke mana-mana audiens mereka berada.


"Komunikasi merupakan, dan akan terus menjadi pemacu kemajuan yang kritikal untuk jenama, syarikat, organisasi dan masyarakat. Kisah-kisah yang kami ceritakan dan cara kami menceritakannya penting. Dengan saling bekerjasama, wartawan serta golongan profesional PR dan Komunikasi boleh mengemudi masa depan, memelihara seni kewartawanan dan mengekalkan kepercayaan audiens yang mendapat khidmat kami," kata Cloos.

Muat turun Laporan Keadaan Media 2023

Metodologi

Cision menjalankan tinjauan Keadaan Media 2023 pada Februari dan Mac 2023. Tinjauan diemelkan kepada ahli-ahli Cision Media Database, yang disemak oleh pasukan penyelidikan media syarikat ini bagi mengesahkan kedudukan mereka sebagai ahli profesional media, pempengaruh dan penulis blog. Kami turut menyoal selidik ahli-ahli daripada pangkalan data HARO (Help a Reporter Out) kami dan menjadikan tinjauan tersebut tersedia kepada golongan profesional media dalam pangkalan data PR Newswire for Journalists. Tinjauan pada tahun ini mengumpul respons daripada 3,132 responden dalam 17 pasaran di seluruh dunia: A.S., Kanada, UK, Perancis, Jerman, Finland, Sweden, Itali, Sepanyol, Portugal, China, Australia, Singapura, Malaysia, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong.

Bahasa tinjauan diterjemahkan dan disetempatkan untuk setiap pasaran dan keputusannya dipadankan secara bersama untuk menghasilkan laporan global ini.

Latar Belakang Cision

Cision ialah platform perisikan dan komunikasi pengguna serta media komprehensif yang membolehkan golongan profesional perhubungan awam, pemasaran dan komunikasi di serata dunia memahami, mempengaruhi dan memperkuat cerita mereka. Sebagai peneraju pasaran, Cision membolehkan generasi pemimpin yang seterusnya beroperasi secara strategik dalam landskap media moden di mana kejayaan syarikat dipengaruhi secara langsung oleh pendapat umum. Cision mempunyai pejabat di 24 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC serta menawarkan rangkaian penyelesaian yang terbaik dalam kelas, termasuk PR Newswire, Brandwatch, Cision Communications Cloud® dan Cision Insights. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.cision.asia dan ikuti PR Newswire APAC di LinkedIn. 

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research