omniture

TCL Anjurkan Pelancaran Asia-Pasifik untuk Pamerkan Inovasi Terkini Diwujudkan untuk Luaskan Imaginasi dan Cetuskan Keghairahan

TCL Electronics
2023-05-25 17:00 32

TCL mendedahkan perkembangan terkini jenama yang mengujakan dan rangkaian produk baharu termasuk TV QLED LED Mini, Bar Bunyi dan Perkakas Domestik

BANGKOK, 25 Mei 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama televisyen 2 TERKEMUKA di dunia dan jenama televisyen 98-inci TERKEMUKA, hari ini memperkenalkan produk-produk berbilang kategorinya yang terkini untuk pasaran Asia Pasifik di sebuah majlis pelancaran eksklusif di Bangkok. Bermula daripada kualiti gambar yang menakjubkan dengan TV LED Mini Siri C 2023 dan TV QLED, hingga penyaman udara FreshIN+ serta sejumlah besar perkakas domestik dinaik taraf untuk mengupayakan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih mudah, barisan produk terkini TCL menekankan komitmennya untuk membawakan inovasi teknologi yang paling baik kepada pengguna di rantau ini.

TCL Mengungguli Kedudukan Jenama TV 2 Terkemuka Menikmati Kejayaan Besar di seluruh Asia Pasifik

Sebagai Jenama TV 2 TERKEMUKA di dunia menurut laporan set TV Global terkini OMDIA, TCL terus menempa namanya merentas seluruh pelosok dunia, dengan tumpuan di rantau Asia Pasifik. Jenama ini berbangga menjadi jenama TV No.1 di Australia dan Filipina, serta jenama TV No.2 di Myanmar dan Indonesia. Dalam pasaran-pasaran utama yang lain, seperti Thailand, TCL mengumumkan mereka mendaki kedudukan dengan pantas, bukti kepada komitmennya untuk menyediakan kepada berjuta-juta pelanggan APAC dengan penyelesaian teknologi inovatif yang layak mereka terima.

Meluaskan Imaginasi Melalui Teknologi Paparan Inovatif – Memperkenalkan Generasi Terkini LED Mini TCL dengan Siri C 2023

Perintis dan peneraju bagi teknologi LED Mini, TCL dengan bangganya memperkenalkan teknologi generasi terkininya kepada khalayak di APAC. C845 ialah penambahan terbaru kepada barisan TV LED Mini TCL dengan lebih banyak zon pemalapan setempat berfungsi untuk menyediakan dimensi kontras tidak terhingga, kecekapan tinggi dan LED Mini sudut bercahaya lebar demi mencapai paras kecerahan tertinggi setakat ini bagi HDR 2000 nit yang tersedia dalam model 55'', 65'', 75'' dan 85'' serta disokong oleh AiPQ Processor 3.0, C845 TCL menyampaikan kualiti gambar luar biasa digabungkan dengan bunyi tiada tandingan hasil daripada Dolby Vision IQ & Dolby Atmos.

Warna Tak Terkira Banyaknya dan Hiburan Tak Berkesudahan dengan TV QLED C745 & C645 Serba Baharu

Bagi pemain permainan video, TCL memperkenalkan C745 TCL baharunya yang menggabungkan QLED dengan teknologi Pemalapan Setempat Tindanan Penuh, HDR 4K dan kadar segar semula yang utama dalam industri iaitu 144Hz VRR serta Pemecut Permainan 240Hz untuk kualiti gambar HDR yang lancar, tajam dan berwarna-warni. C645 TCL baharu dilengkapi dengan teknologi QLED TCL untuk ekspresi warna luar biasa, diperakui dengan Dolby Vision dan Dolby Atmos serta disertakan dengan Pemecut Permainan 120 HZ, menjadikannya pilihan nilai yang sangat baik buat mereka yang tercari-cari pengalaman hiburan rumah yang berkualiti tinggi dan interaktif.

TCL turut mendedahkan Bar Bunyi Dolby Audio Siri S64 pemenang Red Dot Award 2023 baharu, yang berganding secara sempurna dengan TV TCL bagi menjamin audio yang begitu lancar dengan nada bass diperkaya walaupun dengan kelantangan yang dinaikkan.

Perkakas Domestik Dipertingkat untuk Gaya Hidup Lebih Sihat, Lebih Mudah

TCL turut melancarkan rangkaian produk baharu untuk rumah dengan tujuan untuk mengupayakan gaya hidup terhubung yang lancar dan sihat.

Jenama ini berkongsi perkembangan terkini bagi Penyaman Udara, dengan siri Gentle Cool inovatif, menerusi reka bentuk baharunya yang bergaya, minimalis dan mudah dibersihkan serta Siri FreshIN+ baharu yang lengkap dengan sistem penggantian udara dua hala yang pertama dalam industri yang bukan sahaja membawa masuk udara segar, bahkan membuang keluar udara berkualiti rendah demi persekitaran dalaman yang lebih sihat.

TCL turut memperkenalkan tawaran peti ais dan mesin basuh terkini kepada pengguna Asia bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih mudah.

Membangunkan Teknologi Mampan untuk Orang Ramai dan Planet: Komitmen TCL

Sebagai sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, TCL komited terhadap penyelesaian teknologi yang bertanggungjawab dari segi sosial, mempunyai impak yang rendah ke atas alam sekitar serta dibangunkan dan dikilangkan dengan cara yang paling lestari.

Seperti yang ditekankan dalam Laporan ESG TCL, TCL berjanji untuk melakukan pengurangan yang ketara demi menambah baik kesan alam sekitarnya. Menjelang tahun 2025, TCL menyasarkan untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak 18%, penggunaan air sebanyak 27%, penggunaan elektrik sebanyak 14%, penggunaan gas asli sebanyak 70% dan penggunaan EPS sebanyak 10% serta penggunaan bahan-bahan pembungkusan besar sebanyak 6% dalam usaha untuk melindungi masa depan planet kita.

Mencetuskan Keghairahan dalam Sukan; TCL Menekankan Penajaan Baharu untuk Pasaran Asia Pasifik

TCL telah lama menjadi jaguh sukan, menjadikannya bahagian yang penting dalam strategi globalnya memandangkan ia menyasarkan untuk memantapkan pengaruhnya di serata dunia. Di Asia Pasifik, TCL mengumumkan bahawa ia menyokong beberapa pasukan dan acara terkemuka di seluruh rantau ini.

TCL berbangga dapat membawa kejohanan bola keranjang terbesar di dunia ke Filipina menjelang FIBA Basketball World Cup 2023 akan datang yang akan dihoskan oleh beberapa negara di Asia buat julung kali dalam sejarahnya.

Selain bola keranjang, TCL telah menjalin beberapa perkongsian yang telahpun mantap dengan beberapa pasukan bola sepak terkemuka di dunia termasuk pasukan kebangsaan Sepanyol dan Itali serta dengan salah satu kelab bola sepak yang paling ikonik di dunia – Arsenal, yang mempunyai kumpulan peminat Asia yang besar. Memenuhi keperluan peminat sukan Australia, TCL juga merupakan penaja megah bagi Australian Football League dan pasukan kriket Melbourne Renegades.

Melalui rancangan penajaan bercita-cita tinggi ini, TCL berharap dapat menunjukkan selanjutnya komitmennya kepada Asia Pasifik, menawarkan kepada pelanggan di rantau ini dengan akses kepada inovasi serta pengalaman terkini dan terhebat.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Television New products/services