omniture

Monopoly Dreams™ Hong Kong Berbangga Atas Kemenangan

Monopoly Dreams
2023-05-25 21:32 12

Licensing International Asian Awards – Inisiatif Berasaskan Lokasi atau Pengalaman Tahunan

HONG KONG, 25 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Bersiap sedia untuk inisiatif yang semakin meningkat bagi memanjakan pengunjung, Monopoly Dreams Hong Kong™ dengan bangganya mengumumkan ia meraih Licensing International Asian Awards 2023 – kategori Inisiatif Berasaskan-Lokasi atau Pengalaman Tahunan. Menyemak semula usaha peningkatannya yang tidak berkesudahan, bermula daripada RoboButler hujung tahun lalu hinggalah "Greetings From The Future" Postcard Treats baru-baru ini, Monopoly Dreams sememangnya layak menerima anugerah berprestij ini.


Dianjurkan oleh Licensing International dan Hong Kong Trade Development Council, Licensing International Asian Awards mengiktiraf tahap pencapaian yang tertinggi dalam industri pelesenan di Asia, bagi meraikan kecemerlangan, inovasi dan kreativiti merentas kesemua aspek industri ini.

"Kami berasa gembira menerima Licensing International Asian Awards 2023. Bukan sahaja usaha kami dalam peningkatan dan inovasi diperhatikan, tetapi juga kesungguhan seluruh pasukan kakitangan kami dalam menyampaikan perkhidmatan cemerlang turut diiktiraf. Kami akan terus berusaha sebaik mungkin untuk menghiburkan setiap pengunjung Monopoly Dreams, berharap dapat menjadikan impian mereka indah buat selama-lamanya," ujar Cik Vicky Au, Ketua Pegawai Eksekutif Monopoly Dreams™. "Industri pelancongan menyaksikan pemulihan secara beransur-ansur lantaran serangan COVID-19. Angka pengunjung semakin meningkat. Kami sangat gembira untuk mendedahkan rancangan kami untuk membuka satu lagi Monopoly Dreams™ tidak lama lagi di Melbourne, Australia. Kami percaya ini akan melengkapkan kemudahan Hong Kong kami untuk memenuhi keperluan pengunjung di seluruh Asia hingga ke rantau Australasia."

Latar Belakang MONOPOLY DREAMS HONG KONG™

Monopoly Dreams Hong Kong™ ialah tempat tarikan bertema MONOPOLY yang pertama di dunia, serta tempat tarikan pelancong yang serba baharu di Hong Kong. Ia terletak di tempat pelancongan yang paling popular – Peak, yang merupakan surat ikatan hak milik yang paling mahal dan "raja harta" terulung dalam MONOPOLY Edisi Hong Kong. Unsur-unsur klasik MONOPOLY seperti Stesen Kereta Api, Bekalan Air, dan Perbankan Utama akan bersedia untuk memberi pengalaman MONOPOLY yang terbaik kepada pengunjung. Semua orang boleh mencuba nasib mereka dan mengejar impian mereka dalam MONOPOLY DREAMS. Ayuh Kita Miliki Kesemuanya Bersama-sama.

Untuk butiran dan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Monopoly Dreams™ : www.monopolydreams.com

Source: Monopoly Dreams
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Awards