omniture

BiosafeTerima Pendaftaran Penuh di China

Biosafe Group
2014-04-08 07:00 97

EYSINS, Switzerland, April 8, 2014 /PRNewswire/ -- Biosafedengan bangganya mengumumkan ia baru sahaja menerima pendaftaran rasmi kit pakai buang guna sekali yang dihasilkannya, denganFDA China. Berikutan kelulusan awal mesin pemprosesan sel Sepax Syarikat tersebut, Biosafe kini akan melancarkan jualan produknya di Republik Rakyat China.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140407/679480 )

Olivier Waridel, Ketua Pegawai Eksekutif Biosafe Group mengulas: "Kami merupakan satu-satunya syarikat dalam bidang ini yang telah menerima kelulusan CFDA bagi kedua-dua peralatan dan kit. Kini, kami amat teruja untuk menawarkan produk kamiyang menerajuiindustri di seluruh Republik Rakyat China dan telah pun menubuhkan syarikat subsidiari yang berpusat di Shanghai pada tahun 2012. Kami sudahpun berhubung dengan sejumlah syarikat dan institusi utama di China, yang kini boleh mendapatkan teknologi canggihkami. Kami melihat peluang yang besar dalam pasaran perbankan darah tali pusat dan juga pasaran perubatan pertumbuhan semula."

PerantiSepaxBiosafeyang digunakan bersama kit pakai buang guna sekali proprietarinya, menawarkan penggunaan yang meluas dalam perbankan darah tali pusat serta dalam bidang perubatan pertumbuhan semulayang kian pesat berkembang. Ia digunakan dalam persekitaran penjagaan yang penting seperti kardiovaskular dan ortopedik, manakala dalam prosesbioteknologi dan farmaseutikal, ia menyediakan platform pemprosesan sel yang serba boleh. Biosafe turut menyediakan pelbagai produk pelengkap, seperti Smart-Max yang diperkenalkan baru-baru ini yang membantu penyediaan produk bersel.

Latar Belakang Biosafe Group

Setelah ditubuhkan pada tahun 1997, Biosafe Group adalahaktif dalam usaha mereka bentuk, menghasilkan dan turut memasarkan sistem pemprosesan sel automatik. Sebagai syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Switzerland, Biosafe Group beroperasi menerusi syarikat subsidiari serantau (Geneva, Houston, Hong-Kong, Shanghai dan juga São Paulo) dan kini berada di lebih 50 negara sama ada secara terus mahupun melalui pihak pengedar.

Bagimaklumat lanjut:

Christopher Bolton
Ketua Pegawai Kewangan
Biosafe Group SA
+41-22-365-27-27
christopher.bolton@biosafe.ch
http://www.biosafe.ch

Sumber: Biosafe Group

Source: Biosafe Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals FDA Approval