omniture

SOFAR PowerMaster: Pengubah Keadaan untuk ESS Utiliti dengan Kuasa Teknologi Perintis

SOFAR
2023-05-26 08:38 74

SHANGHAI, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- SOFAR, pembekal terkemuka global bagi penyelesaian PV & ESS, mendedahkan inovasi ESS utiliti terkininya SOFAR PowerMaster yang dirangkumkan dengan penemuan teknologi termaju di SNEC 2023.


Pelancaran PowerMaster yang dibangunkan sendiri sepenuhnya menandakan satu pencapaian penting bagi rangkaian komprehensif penyelesaian PV & ESS syarikat ini untuk semua senario. Ia boleh dilihat sebagai portfolio dengan 5 penemuan revolusi utama yang mempelopori sektor ESS utiliti, berupaya menangani masalah berterusan yang utama melalui peningkatan hasil kuasa pada kos yang lebih rendah serta selamat dan beroperasi sepanjang masa.

Sistem Penyejukan Hibrid Terkemuka Industri

Kombinasi inovatif sistem penyejukan udara dan cecair menyediakan pemantauan pintar yang boleh mengurangkan kehilangan pelesapan haba kira-kira sebanyak 30% dan mengelakkan pemeluwapan dalam ruang bateri, seterusnya merealisasikan penyejukan yang cekap dan konsisten. Selain daripada aspek ini, sistem ini didatangkan dengan perbezaan suhu bateri lebih rendah iaitu ≤2.5℃, berupaya mengekalkan sel bateri dalam julat suhu optimum dan membantu melanjutkan jangka hayat bateri sebanyak 14%.

Keselamatan Terbukti Terunggul

Mendukung keutamaan keselamatan yang ketat, SOFAR PowerMaster dilengkapi dengan sistem keselamatan 3+2 termasuk FFS ganda tiga (sistem penindasan kebakaran), emisi gas mudah terbakar dan reka bentuk kalis letupan untuk mengelakkan pembakaran sekunder. Sementara itu, reka bentuk keselamatan terbina dalam melindungi sel dengan berkesan terhadap voltan tinggi atau arus litar pintas, memastikan operasi yang stabil sepanjang masa.

Pengembangan Fleksibel

Reka bentuk modular adalah sangat adaptif dan berupaya mengembangkan kapasiti storan ruang tunggal sehingga 3.93MWj, yang ideal untuk keperluan fleksibel pengembangan kapasiti. Di samping itu, pengurusan peringkat-rak pintar meningkatkan kapasiti pelepasan sistem sebanyak 7%. Berdasarkan topologi tiga peringkat dan 99% kecekapan penukaran maksimum, sistem ini mengekalkan kehilangan yang sedikit dan prestasi kuasa optimum.

Kos Dioptimum dengan LCOS Lebih Rendah

Reka bentuk yang sangat bersepadu dan pengurusan yang diperhalusi meningkatkan lagi hasil kuasa dan menawarkan LCOS yang lebih rendah untuk pelabur berbanding sistem storan tenaga tradisional. Serasi dengan sel 320Ah, ia meminimumkan kos pelaburan awal dan mengupayakan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi. Justeru itu, SOFAR PowerMaster dijangka menjadi salah satu pilihan yang paling bijak untuk storan tenaga dalam sektor utiliti.

Kawalan Pintar

Bagi memperkemas proses pengurusan, SOFAR PowerMaster mengguna pakai kawalan penyelarasan automatik waktu sebenar yang menjamin PCS beroperasi pada kuasa penuh. Di samping itu, algoritma kawalan pintar menjadikan kapasiti sistem yang fleksibel dan boleh dilaraskan dapat dilaksanakan.

Yu Feng, Naib Presiden SOFAR, menyatakan bahawa SOFAR PowerMaster dijangka memberi inspirasi kepada revolusi teknologi dalam sektor ESS utiliti kerana dibangunkan sendiri sepenuhnya berdasarkan kepada pengumpulan kekuatan R&D selama sepuluh tahun. "Sebagai pengusaha yang terkemuka dalam pasaran storan tenaga global, SOFAR diiktiraf oleh pelanggan di seluruh dunia. Di samping itu, dengan kerjasama TÜV Rheinland, kami telah memulakan pembangunan kertas putih ESS utiliti. Kami teruja dengan apa yang bakal terhasil sambil memfokuskan untuk menyampaikan penemuan teknologi termaju untuk membangunkan masyarakat yang lebih mampan buat semua," tambah beliau.

Latar Belakang SOFAR

SOFAR ialah pembekal terkemuka global bagi penyelesaian PV solar dan storan tenaga serta komited untuk menjadi peneraju penyelesaian tenaga digital dengan portfolio komprehensif termasuk penyongsang PV, penyongsang hibrid, sistem storan bateri, storan tenaga pusat dan penyelesaian pengurusan tenaga pintar untuk kegunaan kediaman, C&I serta skala utiliti. Menjelang tahun 2021, SOFAR memasuki senarai Pembekal Penyongsang Hibrid Global 5 TERATAS, mewujudkan jaringan R&D global dengan tiga pusat R&D serta dua pangkalan pembuatan. Pada tahun 2022, kapasiti pengeluaran tahunan SOFAR mencecah 10GW untuk penyongsang PV & storan serta 1GWj untuk bateri. Menjelang tahun 2022, SOFAR menghantar lebih 18GW penyongsang ke lebih 100 negara dan wilayah di serata dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang SOFAR dengan mengunjungi: https://www.sofarsolar.com/.

 

Source: SOFAR
Keywords: Electrical Utilities Electronic Components Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news