omniture

DAHON tingkatkan program e-Mobilitinya dengan Moped dan Motosikal

DAHON North America, Inc.
2023-05-26 14:49 226

Jenama basikal lipat terkemuka DAHON mendedahkan rangkaian baharu model motosikal dan Moped

OLNEY, Illinois, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- DAHON, peneraju global bagi basikal lipat dengan lebih 40 tahun dalam industri, merancang untuk memperluaskan rangkaian produknya ke dalam kategori baharu motosikal dan Moped. Susulan iklan acah yang dipaparkan di Pameran Kitaran Antarabangsa China (China International Cycle Fair) di Shanghai pada 5-8 Mei, jenama ini merancang untuk memperkenalkan buat julung kalinya 3 model terkini, motosikal - Macaw dan moped elektrik - Magpie serta Tailorbird, di INABIKE, sebuah pameran perdagangan eksekutif untuk industri motosikal di Indonesia, mulai 24 - 26 Mei, di bawah slogan "Go Electric, Go green, and Cut those CO2 Emissions!" ("Menuju Elektrik, Menuju hijau dan Kurangkan Emisi CO2!").

Dalam hala tuju baharu yang mengujakan, DAHON, selain daripada E-basikal sedia ada, berusaha untuk menunjukkan bahawa menuju ciri mesra alam tidak seharusnya melibatkan harga yang terlalu mahal. Tiga model (tidak berlipat) berkualiti yang terkini ini daripada kategori motosikal dan moped boleh didapati pada titik harga yang lebih menarik berbanding banyak model lain yang kini terdapat dalam pasaran dan ia memiliki emisi CO2 sifar, menawarkan alternatif ideal yang berkesan kos dan mesra alam kepada pengangkutan yang dipacu enjin pembakaran.

Motosikal elektrik MACAW DAHON
Motosikal elektrik MACAW DAHON

Memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu pada sukan luar dan mobiliti bandar yang pantas, Macaw membawakan jarak maksimum 80km (50 batu) pada cas penuh, dengan kelajuan tertinggi 100km/j di samping menggunakan hanya 6.19kW/j kuasa. Bateri litium-ion 72V/73aJ hanya mengambil masa 6 jam untuk mencapai kapasiti penuh, lebih pantas berbanding kebanyakan motosikal elektrik lain dengan standard yang sama.

Macaw yang bergaya dan hebat dikuasakan oleh motor 5000W dan kelajuannya boleh mencecah sehingga 120KM/J (75mph). Ia mempunyai saiz tayar depan dan belakang F: 110/70-17 R:140/70-16 dan dimensi L 715 (28") x W 2060 (81") x H 1140 (45").

Moped elektrik MAGPIE DAHON
Moped elektrik MAGPIE DAHON

Kedua-dua moped Magpie dan Tailorbird mempunyai jarak maksimum 110km (56 batu) pada cas penuh, di samping hanya menggunakan 2.7kW/j kuasa. Ia juga boleh dilengkapi dengan bateri asid plumbum 60v-72v /32Aj pilihan yang hanya mengambil masa 8 jam untuk mencapai kapasiti penuh.

Dikuasakan oleh motor 1000W, Magpie dan Tailorbird yang bergaya boleh mencapai sehingga 60km/j (37mph) dan dilengkapi dengan pengawal berkecekapan tinggi. Magpie mempunyai saiz tayar depan dan belakang F:80/90-14 R:90/90-14, dimensi L 700 (27") x W 1880 (74") x H 1220 (48"). Tailorbird mempunyai saiz tayar depan dan belakang F:90/90-12 R:90/90-12 dan dimensi L 700 (27") W 1850 (73") H 1090 (43"). Walau bagaimanapun, spesifikasi kedua-dua model ini adalah serupa, setiap satu mempunyai gayanya yang tersendiri; Magpie memiliki penampilan seakan-akan skuter, manakala Tailorbird menonjolkan gaya Vespa klasik, memenuhi keutamaan individu penunggang.

Moped elektrik TAILORBIRD DAHON
Moped elektrik TAILORBIRD DAHON

Langkah DAHON ke dalam kategori motosikal menunjukkan komitmen teguhnya untuk menyampaikan inovasi mesra alam. Berlatarbelakangkan Era e-Mobiliti, syarikat ini sedang memperkukuh usaha global untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil melalui produk inovatifnya untuk menampung semua keperluan perjalanan pelanggan bagi pengembaraan bandar.

Model-model ini dirancang untuk dilancarkan dalam pasaran Asia dan juga Amerika. Pasukan DAHON teruja untuk melancarkan model-model moped elektrik baharu itu di INABIKE di Indonesia dan pelanggan boleh mengunjungi mereka di reruai mereka: Dewan A7, A7D2-01. Sila emel Samantha@dahon.com untuk pertanyaan tentang model ini atau menempah pertemuan secara bersemuka di ekspo ini atau ekspo akan datang.

Source: DAHON North America, Inc.
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Sports Sports Equipment & Accessories Transportation New products/services