SEOUL, Korea Selatan, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa Pusat R&D Coway berpangkalan di Seoul, Environmental Technology Research Institute telah menerima sijil Witnessed Manufacturer's Testing for Certification (WMTC) daripada CSA. Coway secara rasminya menjadi makmal saksi berkelayakan-CSA.
CSA Group ialah sebuah organisasi global yang mengkhusus terhadap keselamatan, kebaikan sosial dan kemampanan. Mereka merupakan peneraju bagi pembangunan piawaian Amerika Utara dan dalam pengujian, pemeriksaan dan pensijilan produk di seluruh dunia. CSA Group juga merupakan makmal ujian yang diiktiraf di peringkat kebangsaan (NRTL) di Amerika Syarikat, serta diakreditasi oleh Standards Council of Canada (SCC) yang merupakan suara Kanada untuk piawaian dan akreditasi. CSA Group memberi pensijilan untuk lebih 360 kategori piawaian CSA/ANSI/IEC/UL yang berkaitan dengan pelbagai jenis produk termasuk produk elektronik dan elektrik.
CSA menilai keupayaan analitis makmal ujian mengikut kriteria penilaian yang ketat dan memberikan kelayakan makmal ujian yang ditetapkan.
Susulan penilaian yang teliti terhadap keupayaan analitis makmal ujian mengikut kriteria penilaian yang ketat, CSA Group memberi sijil WMTC kepada Pusat R&D Coway kerana memenuhi piawaian antarabangsa sebagai makmal ujian keselamatan produk. Pensijilan ini membolehkan Coway menguji produk baharu di dalam Pusat R&Dnya sendiri.
"Kelayakan kami sebagai makmal saksi CSA menunjukkan bahawa sistem ujian dalaman Coway mematuhi keperluan global yang tertinggi, membolehkan kami bertindak pantas bagi memperoleh pensijilan CSA dalam pasaran Amerika Utara," kata Park Chan-Jeong, ketua Coway Environmental Technology Research Institute. "Pada masa akan datang, kami akan terus menyediakan produk andal kepada pelanggan kami sambil menyumbang kepada keselamatan produk sebagai sebuah makmal ujian pensijilan keselamatan global yang komprehensif."
Selain daripada kelayakan CSA, Coway Environmental Technology Research Institute telahpun diiktiraf untuk keupayaan ujian dan analisisnya oleh banyak badan pensijilan lain. Ini termasuk kelulusan sebagai makmal ujian ketetapan TÜV SÜD, TSP (Penyedia Perkhidmatan Teknikal) oleh WQA (Water Quality Association), sebuah makmal ujian antarabangsa dengan akreditasi daripada KOLAS (Korea Laboratory Accreditation Scheme) dan agensi pemeriksaan kualiti air minum oleh Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan.
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa dengan perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.