omniture

Tianlong Bantu Hospital di Thailand Mengesan Hepatitis Awal dengan Penyelesaian Diagnostik Molekul

Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
2023-05-26 15:43 13

XI'AN, China, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Tianlong, sebuah syarikat teknologi-tinggi inovatif yang mengkhusus dalam produk diagnostik molekul di China, bekerjasama dengan hospital awam di utara Thailand bagi membina langkah-langkah pengesanan untuk hepatitis C (HCV) dan hepatitis B (HBV), serta untuk diagnosis dan rawatan awal virus tersebut. Secara global, lebih daripada 350 juta orang hidup dengan hepatitis virus dan 9 dalam sepuluh orang yang menghidap hepatitis tidak mengetahui diagnosis mereka. Penyelesaian pengesanan HCV&HBV Tianlong dapat membantu mengurangkan penularan penyakit ini dengan mengupayakan diagnosis awal serta rawatan sewajarnya.

Penyelesaian Tianlong telahpun diaplikasikan di hospital-hospital Thailand
Penyelesaian Tianlong telahpun diaplikasikan di hospital-hospital Thailand

Sejak Oktober 2022, penyelesaian pengesanan HCV&HBV Tianlong telahpun dipasang dengan jayanya di hospital-hospital awam di Thailand. Syarikat ini telah mencapai perjanjian selama 7 tahun dengan hospital tempatan dan penyelesaiannya akan dapat dilihat di lebih banyak hospital tempatan pada masa akan datang. Reagen HCV&HBV Tianlong, serasi dengan pengekstrak asid nukleiknya PANA9600S dan sistem PCR Gentier 96, menyediakan ujian pantas dengan kepekaan tinggi, yang telah mendapat pujian tinggi daripada pengguna kelas atasan.

"Tianlong boleh memberi respons yang tepat pada masanya baik secara dalam talian mahupun luar talian apabila kami memerlukan sokongan teknikal. Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produk Tianlong dan kami akan mengalu-alukan lebih banyak kerjasama pada masa akan datang," kata seorang wakil hospital tempatan di Thailand.

Penyelesaian STI daripada Tianlong akan turut diaplikasikan di Thailand dalam masa terdekat untuk membantu mencegah dan mengawal jangkitan seksual (STI).

Tianlong komited untuk memperluaskan kehadirannya di Thailand dan bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi setempat bagi menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggannya. Syarikat ini percaya bahawa penyelesaian diagnostik molekul untuk hepatitis dan penyakit-penyakit lain akan menjadi semakin popular dalam pasaran setempat, seterusnya membantu meningkatkan kesihatan serta kesejahteraan penduduk tempatan.

Latar Belakang Tianlong

Tianlong ialah sebuah syarikat teknologi-tinggi inovatif yang mengkhusus dalam produk diagnostik molekul di China. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Tianlong menumpukan perhatiannya untuk menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu kepada golongan profesional di seluruh dunia. Syarikat ini memiliki pelbagai jenis produk, bermula daripada peranti hingga reagen, termasuk pengekstrak asid nukleik, sistem PCR waktu sebenar, sistem diagnosis molekul semua-dalam-satu, sistem pemprosesan sampel, sistem pengendalian cecair dan 300 jenis reagen yang serasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Tianlong dan halamannya di LinkedInFacebook dan Twitter.

Untuk pertanyaan maklumat produk atau korporat, sila hubungi inquiry@medtl.com

Source: Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals