SCHINDELLEGI, Switzerland, 8 April 2014 /PRNewswire/ -- Penyedia Perkhidmatan Internet Switzerland, Backbone Solutions AG telah melancarkan laman web http://www.securerack.com, penyelesaian IaaS (Infrastruktur sebagai Perkhidmatan) baharu yang mematuhi keperluan keselamatan tertinggi dan turut menyediakan perkhidmatan untuk syarikat kecil, sederhana dan juga besar pada peringkat global. SecureRack menyediakan pusat data maya untuk para pelanggannya di Switzerland.
Himpunan sumber yang anjal membolehkan para pelanggan untuk menyesuaikan infrastruktur IT mereka yang dinamik pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa dan juga untuk menggunakan seberapa banyak pelayan seperti yang dikehendaki.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140325/675097)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140325/675097-a)
Keanjalan dan keselamatan merupakan antara isu semasa yang paling penting dalam sektor IT pada masa kini. Sumber yang diperlukan untuk mengendalikan infrastruktur IT di pusat pengkomputeran moden Switzerland dengan keperluan keselamatan tertinggi disediakan dalam bentuk pusat data maya. SecureRack menawarkan produk vDatacenter, himpunan sumber anjal yang membolehkan syarikat untuk mengendalikan pusat data maya mengikut keperluan masing-masing. Pelbagai sistem operasi dan lebih 100 templat pelayan untuk konfigurasi pelayan turut disediakan. Himpunan sumber boleh didapati dengan hanya EUR 24.50 bagi setiap bulan.
Kesemua data ditempatkan secara eksklusif di Switzerland dan dilindungi secara profesional oleh pelbagai tembok api dan juga teknologi penyulitan yang sangat moden.
Switzerland sebagai lokasi
Tahap keselamatan sah yang tinggi, undang-undang perlindungan data yang mantap serta tradisi Switzerland terhadap kerahsiaan dan keberkecualian menjadikan Switzerland sebagai lokasi yang sesuai untuk pusat data maya anda. Switzerland tidak menganggotai Kesatuan Eropah, lalu menjadikannya tidak terikat kepada sebarang perjanjian pertukaran data dengan negara lain.
Produk yang disediakan di http://www.securerack.com tidak dikekang oleh pakej perkhidmatan yang telah ditetapkan mahupun pelayan individu, sebaliknya menyediakan penyelesaian yang membolehkan para pelanggan untuk menyediakan sendiri himpunan sumber mereka menurut keperluan masing-masing (CPU, RAM, DISK). Kesemua himpunan ini boleh digunakan untuk menyediakan, mengendalikan serta memadamkan sejumlah pelayan tanpa melibatkan kos tambahan. Dengan ini, para pelanggan mempunyai keanjalan penuh untuk memanfaatkan produk yang ditawarkan.
Lebih 100 templat pelayan disediakan
SecureRack bukan sahaja menyediakan pelbagai sistem operasi seperti Linux atau Windows untuk para pelanggannya, malahan lebih 100 templat pelayan turut ditawarkan dengan aplikasi yang biasa digunakan. Pelanggan dapat memanfaatkannya untuk menghasilkan pelayan dengan ciri yang dikehendaki dalam masa yang singkat.
"Templat pelayan kami amat berbeza berbanding yang dihasilkan oleh para pesaing kami dan turut menambahkan nilai yang signifikan untuk para pelanggan kami. Pelayan yang telah pun dikonfigurasi dengan aplikasi tertentu sedia untuk digunakan dalam masa yang singkat. Pihak berminat juga akan menerima potongan sebanyak 50% selama satu bulan bagi menguji SecureRack vDatacenter dengan menghasilkan dan turut menggunakan sebarang jumlah pelayan. Penyediaan vDatacenter hanya mengambil masa selama lima minit dan turut dikendalikan secara dalam talian menerusi laman web kami http://www.securerack.com," kata Marcel Gmür, Ketua Pegawai Operasi Backbone Solutions AG.
Latar Belakang SecureRack
SecureRack merupakan produk yang dihasilkan oleh Backbone Solutions AG. Syarikat Switzerland ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan dimiliki sepenuhnya oleh Switzerland. Backbone Solutions AG menyediakan penyelesaian profesional untuk bidang VoIP, Awan (IaaS) dan juga ketersambungan. Produk VoIP panggilan SIP telah menjadikan syarikat ini sebagai salah satu penyedia penyelesaian VoIP yang menerajui di Switzerland. Lebih 40 000 pelanggan persendirian dan perniagaan kini memilih penyelesaian yang dihasilkan oleh Backbone Solutions AG.
Maklumat perhubungan akhbar
SecureRack oleh
Backbone Solutions AG
Marcel Gmür
Chaltenbodenstrasse 4b
CH-8834 Schindellegi
Tel. +41-44-512-88-99
Faks +41-44-512-88-90
pr@securerack.com
http://www.securerack.com
SUMBER SecureRack