omniture

Shanghai Electric dan Rakan-rakan Kongsi Indonesia Berkolaborasi Majukan Infrastruktur Kuasa Hijau dan Stabil

Shanghai Electric
2023-05-29 07:43 56

JAKARTA, Indonesia, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE:601727), Cik Leng Weiqing, sebagai sebahagian daripada delegasi peringkat tinggi enam perusahaan Shanghai yang utama, diketuai oleh datuk bandar, En. Gong Zheng semasa Simposium Pelaburan Luar Negara Shanghai-Jakarta, membincangkan dan berkongsi ilmu bersama institusi-institusi tempatan berhubung operasi pelbagai loji janakuasa di Indonesia, termasuk Loji Janakuasa Arang Batu Java 7, Stesen Kuasa Chilaza dan Taman Perindustrian Qingshan yang telah menyumbang dengan ketara kepada sekuriti dan kestabilan tenaga tempatan serta global dan dalam masa yang sama menjana keuntungan besar melalui dorongan terhadap penggunaan dan kemampanan tenaga hijau.

"Kami amat berbangga dengan kolaborasi baru-baru ini dengan rakan-rakan kongsi Indonesia kami yang membantu menjamin kestabilan tenaga, apatah lagi peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup, untuk pelbagai komuniti di seluruh Indonesia," kata Leng. "Kebanyakan peralatan yang disediakan, dikendalikan dan diselenggara oleh Shanghai Electric yang menjalankan servisnya di Indonesia memberi sumbangan positif kepada sekuriti tenaga tempatan sekali gus menyumbang kepada peningkatan paras dan penggunaan tenaga serta mata pencarian rakyat."

Di samping itu, pembangunan perniagaan Syarikat ini dalam pelbagai bidang termasuk operasi dan penyelenggaraan tiga unit kuasa terma di Taman Perindustrian Weda Bay, projek kejuruteraan kok Nanjing Iron and Steel Group dengan keluaran tahunannya mencecah 2.6 juta tan, serta usaha sama dengan kilang penukar haba penyaman udara automobil.

Projek tenaga dan penyelesaian rendah karbon inovatif Shanghai Electric memberi sumbangan amat besar kepada masyarakat setempat di Indonesia

Loji Janakuasa Arang Batu Java 7 ialah projek kuasa arang batu 2100MW yang terletak di Banten, Indonesia. Shanghai Electric memulakan pembinaan projek pada tahun 2016 dan seterusnya memasuki operasi komersial pada Disember 2019. Stesen Kuasa Chilaza, dikendalikan dan diselenggara oleh Shanghai Electric untuk fasa keduanya, menduduki tempat teratas bagi kecekapan penjanaan kuasa antara loji-loji janakuasa arang batu di Pulau Jawa, Indonesia. Pencapaian yang luar biasa ini memantapkan kedudukannya sebagai loji janakuasa persendirian yang terbaik di negara ini. Susulan sambungannya baru-baru ini ke grid awal bulan ini, kemudahan ini muncul sebagai asas yang teguh, memberi jaminan yang yang meyakinkan bagi kestabilan grid kuasa tempatan. Satu lagi projek utama, Taman Perindustrian Qingshan, merupakan penembusan pertama Syarikat ini ke pasaran pengekokan berskala besar antarabangsa dan maka ia amat penting kerana ia memberi galakan sepenuhnya strategi pengantarabangsaan Shanghai Electric.

Skop luas Shanghai Electric meliputi barisan pengeluaran bateri litium, alat ganti auto, barisan pengeluaran pesawat besar, lif dan pemampat penyaman udara. Tumpuan khusus Shanghai Electric pada inovasi teknologi dan penglibatan dalam pengeluaran dan operasi sistem alihan rel dan peralatan perindustrian yang lain, serta perkhidmatan bersepadu, memperkasa peluang kerjasama pasaran antarabangsa dan pembangunan teknologi perindustrian hijau dan karbon-rendah di peringkat global.

Shanghai Electric mengembangkan perniagaan kejuruteraannya dengan aktif di luar China. Ia telah menyiapkan lebih 100 projek kejuruteraan kuasa dengan jumlah nilai kontrak mencecah lebih 250 bilion yuan (AS$ 35.76 bilion), yang menyumbang satu pertiga daripada jualan peralatan kuasa syarikat ini di luar negara. Syarikat ini turut memperoleh 100% ekuiti dalam Nedschroef di Belanda, berkembang ke dalam industri pengetat automotif berkualiti tertinggi dan memperoleh 100% ekuiti dalam Broetje Automation, Jerman, berkembang ke dalam industri pembuatan peralatan penerbangan berkualiti terbaik.

Untuk maklumat lanjut tentang simposium, sila kunjungi https://www.chinadailyhk.com/article/328064; atau untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Shanghai Electric dan perniagaannya di seluruh dunia, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan karbon-rendah dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2023 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities