omniture

JA Solar Lancar Modul Generasi-Seterusnya DeepBlue 4.0 Pro

JA Solar Technology Co., Ltd.
2023-05-29 08:04 42

-Menggunakan Wafer Silikon Segi Empat Tepat Lebih Besar untuk Kefleksibelan Modul Maksimum-

BEIJING, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, JA Solar melancarkan modul jenis-n baharunya DeepBlue 4.0 Pro di SNEC 2023. Berdasarkan kepada saiz baharu wafer silikon segi empat tepat generasi seterusnya, modul ini menggamit perhatian industri.

Modul ini menyesuaikan sel yang dipotong daripada saiz wafer silikon segi empat tepat jenis-n generasi seterusnya yang dibangunkan sendiri oleh JA Solar yang menampilkan ciri jangka hayat panjang dan kandungan oksigen rendah. Digabungkan dengan teknologi sel Bycium+ kontak pempasifan jenis-n berkecekapan tinggi, Voltan Litar Terbuka (Voc) sel mencapai 725mV dan kecekapan sel bagi pengeluaran besar-besaran mencapai 25.3%. Selain itu, DeepBlue 4.0 mengintegrasikan teknologi SMBB, teknologi pengkapsulan berketumpatan tinggi dan teknologi lain meningkatkan kualiti dan kecekapan, mengupayakan kuasa modul 72-sel mencapai 630W dengan kecekapan modul melebihi 22.5%. Berbanding modul 78-sel siri 182 arus perdana (2465mm x 1134mm) dalam industri, kuasa kami adalah lebih baik dan dalam masa yang sama mengurangkan voltan kerja dimensi baharu sebanyak 7.6%, yang mengurangkan kos BOS untuk sistem dan risiko tompok panas modul.

Sorotan utama DeepBlue 4.0 Pro ialah wafer silikon 182mm x 199mm yang mengupayakan aplikasi di bawah pelbagai senario. Berbeza daripada saiz wafer silikon segi empat tepat yang lain, wafer silikon segi empat tepat 182mm x 199mm dapat mengekalkan lebar 1134mm sambil memenuhi empat panjang arus perdana modul: 1762mm, 2333mm, 2384mm dan 2465mm melalui kaedah pemotongan yang berbeza. DeepBlue 4.0 Pro memenuhi kehendak senario aplikasi yang berbeza seperti bumbung kediaman, sistem bumbung komersial dan industri serta loji janakuasa utiliti.

Sama seperti DeepBlue 4.0 X terdahulu, DeepBlue 4.0 Pro memiliki kapasiti penjanaan kuasa yang sangat baik dan prestasi yang andal. Berdasarkan kepada teknologi sel Bycium+, DeepBlue 4.0 Pro memiliki ciri-ciri penjanaan kuasa yang luar biasa seperti degradasi yang lebih rendah, pekali suhu yang lebih baik, perolehan penjanaan dwimuka yang lebih tinggi dan prestasi iradians lebih rendah yang lebih baik. Berbanding dengan modul jenis-p konvensional, keputusan ujian lapangan satu-tahun daripada JA Solar dan TÜV NORD menunjukkan bahawa modul jenis-n dengan sel Bycium+ mempunyai perolehan penjanaan elektrik kira-kira 3.9%, membuktikan sepenuhnya kapasiti penjanaan kuasanya. Di samping itu, DeepBlue 4.0 Pro telah lulus pelbagai ujian penuaan yang ketat dan semua keputusan memenuhi syarat-syarat ujian piawaian IEC.

Industri ini telahpun meluluskan secara komprehensif prestasi penjanaan kuasa, prestasi keselamatan dan keandalan dalam pelbagai senario aplikasi DeepBlue 4.0 Pro. Semasa pelancaran, modul ini telah memperoleh pensijilan yang kritikal ini: sijil TÜV SÜD daripada TÜV SÜD, sijil kakisan kabus Garam, sijil kakisan Amonia serta sijil Debu dan pasir daripada TÜV NORD, serta Sijil untuk Produk Fotovolta Golden Sun, Pensijilan Keandalan Beban Salji Tak-seragam Fotovolta dan Sijil Keserasian Sistem Rak Fleksibel Fotovolta daripada CGC.

Falsafah reka bentuk produk JA Solar ialah "disesuaikan untuk meningkatkan nilai pelanggan" dan kos BOS yang lebih baik serta LCOE DeepBlue 4.0 Pro menunaikan janji ini. Mengintegrasikan kelebihan seperti kecekapan tinggi, kuasa tinggi, kapasiti penjanaan kuasa lebih baik dan keandalan tinggi, DeepBlue 4.0 Pro boleh menjana keuntungan yang lebih besar untuk pelanggan. Apabila dibandingkan dengan modul jenis-p dalam senario aplikasi yang berbeza, jenis projek dan kaedah pemasangan, kos BOS DeepBlue 4.0 Pro boleh dikurangkan kira-kira sebanyak 2%-4.5% dan LCOE boleh dikurangkan kira-kira sebanyak 2.5%-6%. Berbanding versi asal modul jenis-n, kos BOS DeepBlue 4.0 Pro boleh dikurangkan kira-kira sebanyak 1.4%-2.8% dan LCOE boleh dikurangkan kira-kira sebanyak 0.7%-1.6%.

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news