omniture

Subsidiari Yili Westland Milk Products Mengadakan Upacara Pecah Tanah untuk Kilang Laktoferin di New Zealand

Yili Group
2023-05-29 08:36 45

HOKITIKA, New Zealand, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pada 23 Mei, subsidiari Yili, Westland Milk Products mengadakan upacara pecah tanah untuk pembinaan kilang laktoferin bernilai NZD 70 juta (USD 42.58 juta) di Hokitika, New Zealand. Upacara tersebut dihadiri oleh Menteri Perdagangan, Eksport dan Pertanian New Zealand dan Ahli Parlimen Tasman Pantai Barat, Damien O'Connor; Ketua Pengarah Kementerian Industri Utama, Ray Smith; Duta China ke New Zealand, Wang Xiao Long; dan Konsul-Jeneral China di Christchurch, He Ying.

Upacara pecah tanah - Subsidiari Yili Westland Milk Products Mengadakan Upacara Pecah Tanah untuk Kilang Laktoferin di New Zealand
Upacara pecah tanah - Subsidiari Yili Westland Milk Products Mengadakan Upacara Pecah Tanah untuk Kilang Laktoferin di New Zealand

Ketua Pegawai Eksekutif Westland Richard Wyeth mengalu-alukan tetamu dan memberi gambaran keseluruhan kepada mereka berhubung latar belakang projek laktoferin. Pengarah Residen Yili Westland, Zhiqiang Li, berbicara tentang kelebihan pasaran global yang akan diperoleh oleh kedua-dua Westland dan Yili daripada pelaburan dalam kilang laktoferin baharu.

Pelaburan itu akan membolehkan Yili berada antara tiga syarikat global terkemuka yang terbaik dalam kategori laktoferin, dengan bahagian pasaran mencapai kira-kira 10 peratus.

"Pelancaran program laktoferin hari ini akan memastikan Westland menjadi salah satu pengeluar terkemuka dunia bagi bahan-bahan bioaktif yang sangat berharga," Li memberitahu tetamu jemputan. "Pelaburan tersebut turut menandakan komitmen Yili untuk menjadi peneraju global dalam sektor bahan-bahan tenusu bioaktif bernilai tinggi."

"Kami merupakan salah satu yang pertama memasarkan dengan bahan protein yang amat khusus ini dan sejak 20 tahun yang lalu telah membina reputasi sebagai pengeluar produk berkualiti luar biasa," kata Wyeth. "Rancangan inovasi bahan-bahan bioaktif kami begitu maju dan kami teruja untuk berada selangkah lebih hampir bagi membawa konsep ini kepada pengkomersialan."

Westland Milk Products di Hokitika, New Zealand
Westland Milk Products di Hokitika, New Zealand

Laktoferin, protein semula jadi berbilang fungsi, menawarkan faedah imun serta fungsi antibakteria dan antioksidan dan kini digunakan secara meluas dalam makanan, produk farmaseutikal serta dalam industri-industri lain. Sebagai perusahaan berorientasikan pengguna, Yili telah menjangkakan keperluan pengguna untuk produk seperti laktoferin dan bertekad untuk membawakan lebih banyak produk yang berkhasiat dan sihat ke pasaran global. Syarikat ini melaburkan sumber yang banyak dalam R&D bagi menangani cabaran pengekstrakan laktoferin.

Selama bertahun-tahun, Yili berjaya membangunkan teknologi pengekstrakan dan perlindungan laktoferin berarahnya sendiri yang dapat meningkatkan kualiti bahan-bahan protein dengan ketara serta meningkatkan kecekapan pengekstrakan.

Menurut penganalisis, laktoferin merupakan sumber yang sangat penting dan terhad untuk industri tenusu. Justeru itu, projek ini merupakan langkah yang penting dalam usaha Yili untuk mengatasi halangan teknologi teras, memperkukuh pengaruh globalnya dan membangunkan susun atur strategik jangka panjang.

Acara pecah tanah itu turut dihadiri oleh tetamu-tetamu ternama yang lain, termasuk: Menteri-Penasihat Kedutaan China di New Zealand, Chen Zhiyang; Setiausaha Pertama di Bahagian Komersial Kedutaan China di New Zealand, Pan Jiansheng; Konsul di Konsulat-Jeneral China di Christchurch, Xu Li; Naib-Konsul di Konsulat-Jeneral China di Christchurch, Li Muqing; Pengarah Pengurusan Industri dan Pihak Berkepentingan di MPI, Steve Cunningham; Datuk Bandar Buller, Jamie Cleine; Ketua Pegawai Eksekutif Development West Coast, Heath Milne; dan Timbalan Datuk Bandar Westland, Ashley Cassin.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Beverages Construction/Building Food/Beverages Health Care/Hospital Retail Corporate Expansion