omniture

Asia Tech x Singapore, acara teknologi utama wilayah akan himpunkan lebih 17,000 pemimpin global dan pembuat keputusan bagi membentuk masa depan digital global yang inklusif

Infocomm Media Development Authority of Singapore and Informa Tech
2023-05-29 09:01 118

Edisi ke-3 ATxSG akan meneroka tema-tema seperti AI Generatif, Web 3.0 serta Digital x Kemampanan.

SINGAPURA, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Dianjurkan di Singapura, Asia Tech x Singapore (ATxSG), acara teknologi utama wilayah ini akan menghimpunkan lebih daripada 17,000 pemimpin global dan pembuat keputusan industri daripada seluruh ekosistem teknologi global. Diadakan mulai 6 hingga 9 Jun, edisi ketiga ATxSG akan memberi tumpuan kepada peluang dan cabaran dalam domain digital dan meneroka persimpangan yang kritikal antara teknologi, ekonomi dan masyarakat.


ATxSG dibarisi oleh ATxSummit (6 - 7 Jun) eksklusif dan berdasarkan jemputan sahaja di Capella Singapore dan diserikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, En. Lawrence Wong, sebagai Tetamu Kehormat dengan barisan yang dihormati dengan lebih 50 penceramah serta 2,000 tetamu secara global.

"Perubahan dinamik dalam domain digital ini yang diubah oleh teknologi baru muncul seperti AI Generatif, Web 3.0, kemampanan digital akan terus mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain. Tatkala Asia terus menjadi kawasan pertumbuhan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, kita harus mencari keseimbangan yang dirancang antara persimpanan kritikal teknologi, ekonomi dan masyarakat bagi memastikan teknologi dimanfaatkan dengan cara yang dipercayai dan mampan. Kami berharap dapat menjadi tuan rumah kepada pemimpin global, kapten industri dan penginovasi untuk membincangkan beberapa isu yang paling mendesak pada hari ini, di Singapura," kata En. Kiren Kumar, Timbalan Ketua Eksekutif, Infocomm Media Development Authority Singapura.

ATxAI dan Persidangan SG Women in Tech (7 Jun)

Masa depan teknologi AI, kepercayaan terhadap AI dan bagaimana AI dapat dimanfaatkan untuk kebaikan sosial akan diteroka dalam persidangan ini bersama Puan Josephine Teo, Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, sebagai Tetamu Kehormat.

ATxEnterprise (7-9 Jun)

ATxEnterprise, dianjurkan oleh Informa Tech, mencakupi empat dewan dengan lebih daripada 600 peserta pameran dari 94 negara di Singapore EXPO. Para tetamu daripada sektor kerajaan, perniagaan dan industri akan turut mendengar daripada lebih 300 penceramah semasa 11 trek persidangan.

ATxEnterprise merangkumi BroadcastAsia, CommunicAsia, SatelliteAsia (bersempena dengan Euroconsult) dan TechXLR8Asia, diketuai oleh rakan-rakan kongsi strategik NUS dan Invest in Canada.

Menteri Negara Kanan Singapura, Kementerian Komunikasi dan Maklumat & Kementerian Kesihatan, Dr Janil Puthuchearyakan menyampaikan ucapan pembukaan di persidangan ini. Edisi ini akan menampilkan lebih 40 pavilion kumpulan termasuk Kanada, China, Perancis, Israel, Sepanyol, Korea Selatan, Poland dan AS.

"Kami teruja untuk menganjurkan ATxSG dengan kerjasama bersama IMDA. Dengan barisan mantap penceramah dan lebih ramai peserta pameran berbanding dalam edisi-edisi terdahulu, kami tidak sabar-sabar untuk menyatukan semula komuniti teknologi global di Singapura bagi memupuk perkongsian, menemui penyelesaian inovatif dan mencetuskan hubungan baharu, melalui peluang perangkaian B2B dan pengalaman peribadi yang ditingkatkan untuk semua hadirin. Kami berharap dapat menjalin hubungan antara penjual antarabangsa dengan pembeli Asia serantau melalui keupayaan pemadanan kami," kata En Tom Cuthell, Naib Presiden, Festival Global, Informa Tech.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: asiatechxsg.com.

Untuk pertanyaan media:
Emel: Aung_Thi_Ha@Imda.gov.sg 

Hill+Knowlton Strategies 
Emel: HKATxSG@hkstrategies.com

Lampiran

 


 

Source: Infocomm Media Development Authority of Singapore and Informa Tech
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications