omniture

Memanfaatkan Sepenuhnya Setiap Sinar | Huawei Pamer Penyelesaian PV Pintar+ESS Semua-Senario di SNEC 2023

Huawei
2023-05-29 09:13 66

SHANGHAI, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Di Persidangan & Pameran Penjanaan Kuasa Fotovolta dan Tenaga Pintar Antarabangsa (SNEC 2023) ke-16 di Shanghai, Huawei mempamerkan penyelesaian PV Pintar+ Sistem Storan Tenaga (ESS) semua-senario generasi-seterusnya dan kisah kejayaan global syarikat. Penyelesaian ini direka bentuk untuk senario skala-utiliti, komersial dan perindustrian (C&I) serta kediaman.


I. Penyelesaian PV Pintar&ESS Utiliti: Mengupayakan PV sebagai Sumber Tenaga Utama

Loji janakuasa skala-utiliti adalah kompleks dan terpelbagai. Ia menampilkan perkadaran tinggi tenaga boleh baharu dan peralatan elektronik kuasa serta loji janakuasa ultra-besar peringkat-GW yang didatangkan dengan cabaran dari segi keselamatan, sambungan grid, operasi & penyelenggaraan (O&M) dan kecekapan penjanaan kuasa. Huawei membuat pengesyoran inovatif untuk mengintegrasikan elektronik kuasa dan teknologi digital, PV dan ESS, dan aliran tenaga dan data. Huawei bekerjasama dengan rakan kongsi ekosistem bagi membina Penyelesaian PV Pintar&ESS Utiliti yang menjamin sambungan grid yang stabil, keselamatan tertinggi, O&M pintar dan hasil yang tinggi.

Di Daerah Gonghe, Qinghai, China, Huawei mengambil bahagian dalam membina kampus PV 2.2 GW yang terbesar di dunia yang disambungkan ke talian penghantaran kuasa voltan-ultra-tinggi (UHV) yang pertama di dunia dengan 100% tenaga bersih. Talian tersebut menghantar tenaga bersih secara berterusan dari dataran tinggi barat laut ke dataran tengah. Di Sungai Yalong Sichuan, Huawei membantu membina sistem tenaga moden yang hijau, rendah karbon, selamat dan cekap untuk loji janakuasa hibrid hidro-solar 1 GW yang terbesar di dunia pada altitud tertinggi.

Huawei telah menetapkan trend penyongsang rentetan dan membentuk semula seni bina Smart String ESS. Smart String ESS Huawei yang inovatif mengintegrasikan elektrokimia, penyejukan, elektronik kuasa, teknologi digital dan reka bentuk keselamatan. Pengoptimuman peringkat pek dan pengurusan peringkat rak mengurangkan ketaktekalan dan ketidakpastian bateri litium dengan menggunakan teknologi elektronik kuasa. Keselamatan aktif empat-peringkat dan pengasingan pasif dua-peringkat mengupayakan pengurusan yang diperhalusi, lalu meningkatkan kapasiti dan standard keselamatan yang tersedia. Dengan pengiktirafan yang tinggi daripada pelanggan, penyelesaian ini diguna pakai dalam projek Laut Merah 1.3 GWj di Arab Saudi, projek ESS luar-grid terbesar di dunia yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh baharu.

II. Penyelesaian PV Pintar Komersial & Perindustrian: Penyelesaian Sehenti untuk Perniagaan Mampan

Pembangunan rendah karbon menjadi satu trend global. Semakin banyak perusahaan menyasarkan kos elektrik dan emisi karbon yang lebih rendah. Mereka berusaha untuk menggalakkan transformasi hijau bagi mengurangkan kos tenaga dan mencapai kebebasan tenaga. Bagi memenuhi keperluan berkenaan, Huawei mencadangkan seni bina "1+4" Pengoptimum+PV+ESS+Pengecas+Sistem Pengurusan. Penyelesaian ini menyampaikan keselamatan, keandalan dan hasil tenaga yang tinggi serta O&M yang mudah menggunakan teknologi pintar. Ia akan menjadi pilihan utama untuk loji PV dalam senario komersial dan perindustrian.

III. Penyelesaian PV Pintar Kediaman: Rumah Yang Sentiasa Bersinar

Penyelesaian PV Pintar Kediaman Huawei 4.0 mengoptimumkan hasil, penyimpanan, penggunaan dan keselamatan tenaga bagi memastikan kecukupan kendiri tenaga rumah.

Keselamatan merupakan asas bagi segala-gala yang kami lakukan. Dibina berdasarkan kepakaran sedia mantap Huawei dalam industri PV, penyelesaian ini menyediakan perlindungan keselamatan yang komprehensif dan amat kukuh untuk PV, ESS dan prestasi keserasian electromagnet (EMC) di atas dan di bawah bumbung. Di atas bumbung, penyelesaian ini menawarkan perlindungan arka pintar L4 (yang tertinggi dalam industri) dan penutupan pantas peringkat modul. Di bawah bumbung, peralatan mengalami perlindungan EMC seperti perkakas rumah hasil daripada inovasi teknologi. Selain daripada perlindungan keselamatan empat-peringkat, ESS dilindungi dengan sehingga 12 langkah perlindungan termasuk dwi perlindungan kecemasan.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus berinovasi dan bekerjasama dengan rakan kongsi, penggiat industri, kerajaan, organisasi industri dan organisasi piawaian untuk memacu pembangunan industri PV dan ESS yang berkualiti tinggi. Visi kami adalah untuk mempromosikan PV hijau sebagai sumber tenaga utama untuk setiap rumah dan perniagaan, lalu mempercepatkan keneutralan karbon demi masa depan yang lebih baik, lebih hijau.

 

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Environmental Issues New products/services Trade show news