omniture

Kuasa panda bawa daya tarikan tersendiri kepada sukan universiti

Executive Committee of the Chengdu 2021 FISU World University Games
2023-05-29 12:25 59

CHENGDU, China, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Sukan Universiti Dunia Musim Panas (Summer World University Games) ke-31 bakal bermula di Chengdu, wilayah Sichuan mulai 28 Julai hingga 8 Ogos, memaparkan daya tarikan unik "Bandar Panda" serta membawakan pesta sukan untuk atlet dan tetamu.

The giant pandas at the Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding.
The giant pandas at the Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding.

Sichuan, Barat Daya China merupakan tempat asal panda gergasi. Ibu kota Chengdu merupakan satu-satunya metropolis besar di dunia yang mana kedua-dua panda dalam kurungan dan panda liar boleh ditemui.

Ditubuhkan pada tahun 1987, Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding mempunyai populasi panda dalam kurungan yang terbesar di dunia. Pangkalan tersebut, yang menempatkan lebih daripada 230 ekor panda gergasi, mensimulasikan habitat semula jadinya, menerusi tasik, anak sungai, hutan buluh dan padang rumput di mana pengunjung boleh melihat panda yang berbeza umur bermula daripada bayi panda hingga panda dewasa.

Di pangkalan itu, terdapat seekor panda gergasi bernama Zhima yang semakin mendapat perhatian daripada orang ramai di serata dunia lantaran identiti istimewanya - imej sebenar maskot Chengdu Universiade, Rongbao.

Seekor panda gergasi jantan yang gemar memanjat pokok, Zhima dipilih sebagai imej sebenar Rongbao pada Ogos 2020 selepas satu undian global.

Sebagai habitat panda gergasi di alam liar, bahagian Chengdu dalam Taman Negara Panda Gergasi menempatkan 73 ekor panda gergasi liar, menurut tinjauan panda gergasi negara keempat.

Panda telah diintegrasikan secara mendalam ke dalam aliran utama budaya Chengdu, lalu menjadi salah satu kualiti utamanya yang paling terkenal. Semasa Chengdu Universiade, bandar tersebut akan menggunakan panda sebagai medium untuk menunjukkan sepenuhnya daya tarikan budaya uniknya kepada dunia.

Chengdu merupakan pusat tumpuan tapak-tapak warisan dunia termasuk Gunung Qingcheng, Dujiangyan dan habitat panda gergasi, tempat tarikan humanistik seperti Muzium Tapak Jinsha dan Tokong Wuhou serta warisan budaya tak ketara seperti Opera Sichuan dan sulaman Shu.

Sebagai "bandar gastronomi" yang dianugerahkan oleh UNESCO, Chengdu merupakan tempat asal hidangan klasik Sichuan seperti ayam Kung Pao dan tauhu Mapo serta terkenal dengan periuk panas pedasnya dan snek yang lazat dan pelbagai.  

Aktiviti-aktiviti yang menampilkan warisan budaya tak ketara China dan budaya tradisional Cina akan diadakan semasa Universiade, kata pegawai-pegawai di Jawatankuasa Eksekutif Sukan Universiti Dunia FISU 2021 Chengdu.

15 stesen pertukaran budaya akan ditubuhkan dan 10 laluan pengalaman butik akan dilancarkan untuk membantu tetamu global menghargai daya tarikan unik Sichuan dan juga Chengdu.

Source: Executive Committee of the Chengdu 2021 FISU World University Games
Keywords: Sporting Events Sports Travel Animals/Pets Future Events