Usaha Menggalakkan Pemakanan Seimbang dan Gaya Hidup Aktif dan Sihat di 30 Bandar oleh Pakar Pemakanan dan Kesihatan yang Menerajui Bidang Masing-masing
HONG KONG, 9 April 2014 /PRNewswire/ -- Herbalife, syarikat nutrisi global, mengumumkan pelancaran lawatan kesejahteraan yang pertama seumpamanya di Asia Pasifik . Lawatan ini melibatkan tujuh ahli Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife (NAB) serta pengarah pendidikan kecergasannya bagi mengunjungi sejumlah 30 bandar di Australia, New Zealand, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapura, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam dan juga Kemboja pada bulan April ini. Dengan kecenderungan obesiti dan penuaan yang semakin meningkat, lawatan kesejahteraan Herbalife bertujuan untuk menyampaikan maklumat berharga kepada masyarakat mengenai pemakanan, gaya hidup sihat serta aktiviti fizikal memandangkan populasi dunia sedang berhadapan dengan peralihan pemakanan global.
En. William M. Rahn, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Herbalife Asia Pasifik, berkata, "Lawatan kesejahteraan Asia Pasifik ini memperlihatkan komitmen kami untuk mendorong orang ramai ke arah gaya hidup sihat dan aktif melalui pendidikan, latihan, serta produk nutrisi utama. Memandangkan masalah obesiti berada pada kadar yang membimbangkan, kami akan memainkan peranan yang lebih proaktif bagi membantu masyarakat mengatasi masalah kesihatan ini dan seterusnya dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat."
Ahli Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife (NAB) yang terlibat dalam lawatan kesejahteraan ini terdiri daripada pakar global yang menerajui bidang pemakanan dan kesihatan iaitu Dr Julian Alvarez Garcia (perubatan sukan dan fisiologi sukan), Dr. Banu Cayci (obesiti, senaman, antioksidan), Dr. Marco De Angelis (perubatan sukan), Dr. Carel le Roux (perubatan metabolik), Dr. Nataniel Viuniski (pakar pediatrik dan pakar pemakanan), Dr. Jonathan Yarom (doktor sukan, perubatan pencegahan) serta Dr. Rocio Medina, naib presiden latihan pemakanan sedunia di Herbalife (pemakanan dan obesiti). Samantha Clayton, Pengarah Kecergasan Herbalife, yang juga merupakan bekas pelari pecut yang suka bersaing dan pakar kecergasan akan turut terlibat dalam lawatan kesejahteraan ini bagi mendidik dan melatih para Pengedar Herbalife serta masyarakat awam tentang prinsip gaya hidup sihat dan kecergasan.
Para doktor akan melawat bandar tersebut bagi membuat pembentangan di beberapa seminar kesihatan yang dianjurkan oleh Herbalife tentang prinsip pemakanan yang lebih baik, kepentingan kekerapan aktiviti fizikal dan juga beberapa pilihan gaya hidup sihat sebagai kaedah untuk menangani secara proaktif masalah obesiti yang kini sedang melanda seluruh dunia, termasuklah rantau Asia Pasifik. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 1.4 bilion individu dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan sekurang-kurangnya 2.8 juta individu dewasa maut setiap tahun akibat berat badan berlebihan atau obesiti, yang berkait rapat dengan beberapa penyakit kronik gaya hidup seperti diabetes dan penyakit jantung. Di Asia Pasifik, masalah obesiti terus meningkat pantas dengan beberapa negara dijangka akan mempunyai kadar obesiti yang paling pantas meningkat antara tahun 2010 dan 2020 – populasi individu obes dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan di Vietnam akan meningkat sebanyak 225%, Hong Kong sebanyak 178%, India sebanyak 100%, Korea Selatan sebanyak 80.7%, New Zealand sebanyak 52% manakala Indonesia pula sebanyak 50%. (Sumber: Euromonitor International)
Latar Belakang Herbalife Ltd.
Herbalife Ltd. (NYSE: HLF) merupakan syarikat pemakanan global yang menjual pelbagai produk pengurusan berat badan, pemakanan serta penjagaan diri yang bertujuan untuk menyokong gaya hidup yang sihat. Produk Herbalife dijual di lebih 90 negara kepada dan melalui rangkaian pengedar bebas. Syarikat ini turut menyokong Yayasan Keluarga Herbalife dan program Casa Herbalife bagi membantu menyediakan pemakanan yang seimbang kepada kanak-kanak. Laman web Herbalife yang mengandungi maklumat kewangan serta maklumat lain tentang syarikat tersebut boleh dilayari di http://www.herbalife.com .
Pertanyaan Media:
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
DID: +852-3589-2643
E-mel: dalieal@herbalife.com
SUMBER: Herbalife Asia Pasifik