omniture

Huawei Memutuskan untuk Revolusikan Storan Data Global, dengan Pengumuman OlympusMons Challenge 2023

Huawei
2023-05-29 13:32 118

MUNICH, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mendedahkan OlympusMons Challenges 2023 dan para pemenang OlympusMons Awards 2022 di Forum Infrastruktur Data Inovatif (Forum IDI) 2023 dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada saintis global untuk menangani masalah teknikal dalam storan data.

Inovasi teknologi memerlukan penemuan teori serta ciptaan teknologi, prototaip dan aplikasi, kesemuanya bergantung pada kolaborasi merentas industri, komuniti akademik dan institut penyelidikan. Huawei mengumumkan OlympusMons Challenges selama empat tahun berturut-turut, membantu membimbing hala tuju penyelidikan dalam bidang storan data global. Dengan mengatasi cabaran teknikal yang utama, Huawei berhasrat untuk mempraktikkan penyelidikan saintifik peringkat tinggi dan menjurus kepada kolaborasi yang saling menguntungkan.

Pasukan Profesor Onur Mutlu di ETH Zurich, yang memenangi OlympusMons Awards 2022, mengkaji sistem storan tertumpu dan rangkaian pengkomputeran berpusatkan data, membangunkan algoritma pengoptimuman adaptif inovatif yang mempercepatkan penaiktarafan seni bina storan.

Di sidang kemuncak ini, Huawei mengumumkan dua cabaran utama untuk OlympusMons Awards 2023: Storan dengan Kecekapan Kos Setiap-Bit Tertinggi dan Kebingkasan Data serta Perkhidmatan Berorientasikan ke arah Persekitaran Berbilang-Awan. Huawei berharap dapat bekerjasama dengan komuniti akademik untuk membina sistem storan data berkualiti tinggi yang dicirikan oleh seni bina storan bertumpukan data, penggunaan data yang cekap dan teknologi tadbir urus untuk aplikasi baharu, kebingkasan data dan perlindungan yang proaktif.

Joan Serra-Sagristà, Profesor daripada Jabatan Kejuruteraan Maklumat dan Komunikasi, Autonomous University of Barcelona, memperkenalkan Pertandingan Pemampatan Data Global (GDCC) kali ketiga yang dianjurkan secara bersama oleh universiti ini dan Huawei, mengundang jurutera perisian, penyelidik, pelajar dan peminat untuk mengambil bahagian. Pertandingan itu akan merangkumi lapan cabaran utama yang dikhususkan untuk algoritma pemampanan tak hilang dengan jumlah wang hadiah sebanyak 171,000 euro yang telahpun disediakan. Individu dan pasukan yang mencapai kadar dan prestasi pemampatan tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Dr. Cheng Zhuo, Ketua Pakar Penyelidikan Teknikal Huawei Data Storage menyampaikan ucaptama di acara ini, bertajuk "Inovasi Ke Arah Seni Bina Storan Generasi-Seterusnya", mengambil maklum bahawa tatkala perusahaan mencapai pendigitalan pada garis masa yang dipercepatkan, inovasi storan data akan diteruskan dalam enam bidang penting: kapasiti, prestasi dan keandalan, kecekapan, kebingkasan serta ekosistem berbilang awam.


Pembangunan industri storan data memerlukan kolaborasi yang meluas dan Huawei Data Storage akan terus bekerjasama dengan industri dan dunia akademik bagi membangunkan penyelesaian masa depan yang pintar, digital dan mampan.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Awards Trade show news Data Analytics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)