omniture

Teknologi MVNE LTE Plintron Membolehkan MVNO berada dalam Liga 4G di UK

Plintron Global Technology Solutions Pvt. Ltd
2014-04-09 17:54 142

CHENNAI, India, 9 April 2014 /PRNewswire/ -- Plintron, infrastruktur telekom berasaskan awan berbilang negara terbesar di dunia untuk MNO, MVNO serta Syarikat, telah mengumumkan pada hari ini teknologi 4G sudah lengkap untuk Lycamobile, penyedia global terbesar untuk panggilan mudah alih antarabangsa berkos rendah. Kesudahan projek ini menandakan komitmen Plintron agar mahu sentiasa memajukan penyelesaian Teknologi dalam dunia terhubung perkhidmatan komunikasi mudah alih.

Logo

Pelancaran 4G/LTE ini menandakan kelebihan perniagaan dalam ruang MVNO (Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih) untuk Plintron, yang juga merupakan MVNE (Pemboleh Rangkaian Maya Mudah Alih) berbilang negara terbesar di dunia. Pengeluaran besar-besaran yang sedang dijalankan untuk penyelesaian 4G termasuklah HSS (Pelayan Pelanggan Kediaman) yang membantu fungsi berkesan pengurusan mobiliti, sokongan penetapan sesi dan panggilan, pengesahan pengguna serta kelulusan akses. Pengeluaran besar-besaran ini termasuklah penyelesaian PCRF (Fungsi Peraturan Pengecasan dan Polisi) dan PGW (Gerbang Rangkaian Data Bingkisan). Dengan perkhidmatan Generasi Keempat/Evolusi Jangka Panjang Plintron, para pelanggan Lycamobile di UK kini boleh menikmati pengalaman mudah alih berkelajuan tinggi.

Subhashree Radhakrishnan, Pengasas Bersama & Pengarah, Plintron, berkata, "Plintron sangat gembira kerana berpeluang untuk sentiasa menyediakan penyelesaian teknologi canggih dalam dunia mudah alih yang sentiasa meriah. Dengan tersebarnya penggunaan peranti mudah alih secara pesat, inovasi berterusan dan kemajuan teknologi berprestasi tinggi dan andal untuk rangkaian mudah alih sudah menjadi keperluan wajib. Inisiatif loncatan ke hadapan ini mengukuhkan lagi kuasa teknologi Plintron dalam medan komunikasi mudah alih. Teknologi 4G menambah nilai kepada platform MVNE sedia utuh kami yang menyokong sejumlah besar pelanggan mudah alih asas pada peringkat global. Pelancaran ini menunjukkan kesediaan kami untuk menawarkan teknologi 4G secara global di lebih banyak negara."

Subaskaran Allirajah, Pengerusi Lycamobile Group, pula berkata, "Kami komited untuk memastikan ahli keluarga dan rakan terhubung lebih rapat, sambil berusaha untuk menyediakan teknologi terkini untuk para pelanggan kami. Kami gembira dapat menawarkan perkhidmatan 4G yang akan membolehkan para pelanggan memuat turun kandungan hampir tujuh kali lebih pantas berbanding sebelum ini di samping turut menawarkan sambungan yang lebih andal."

Latar belakang Plintron

Plintron ialah infrastruktur telekom berasaskan awan berbilang negara terbesar di dunia untuk MNO, MVNO serta Syarikat. Ia juga merupakan MVNE berbilang negara terbesar. Plintron mempunyai rekod pengeluaran besar-besaran industri telekomunikasi yang paling menyeluruh bagi semua domain tersebut manakala aliran perniagaan mereka termasuklah MVNA, MVNE, M2M, Mobile Wallet serta Money Cards, lalu menyediakan video, data dan suara bertumpu merentasi UK, Eropah, Australia dan juga AS. Kini, syarikat ini berkhidmat di 18 negara dan menghubungkan para pelanggan seluruh dunia. Pasaran yang mantap termasuklah di United Kingdom/Eropah, Australia dan kini di AS. http://www.plintron.com

Carian Kata: Plintron LTE, 4G, LTE, 4th Generation, Long Term Evolution, Plintron, MVNE, MVNO, Telecommunications, Telecom, Mobile Communications, Mobile Technology, Subhashree Radhakrishnan, Subaskaran Allirajah, Lycamobile, MVNE UKMVNE EuropeMobile Virtual Network Enabler, Mobile Virtual Network Operator

Maklumat Perhubungan Media @ Plintron

Cik Riya Rangan
Ketua – Pemasaran & Komunikasi Global
UK : +44(0)207-536-6450 Samb - 6872
India : +91-8056040133
E-mel : riya.rs@plintron.com

Sumber: Plintron Global Technology Solutions Pvt. Ltd

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130701/625268

Source: Plintron Global Technology Solutions Pvt. Ltd
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services