omniture

Big Data Expo 2023: Menggabungkan Teknologi Digital dengan Budaya

Huanqiu.com
2023-05-29 17:51 63

GUIYANG, China, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh Huanqiu.com:

Big Data Expo 2023 yang amat dinanti-nantikan, berlangsung mulai 26 hingga 28 Mei di Guiyang, membawakan pelbagai pencapaian teknologi perintis yang menakrifkan semula perhubungan antara budaya dan teknologi. Tatkala teknologi digital seperti data raya, pengkomputeran awan dan AI berkembang dengan pesat, ia mendorong sektor kebudayaan menuju era baharu kreativiti dan pengedaran, seterusnya mencetuskan banyak peluang untuk pengembangan budaya.

Teknologi yang menyediakan pengalaman imersif, seperti xR dan tayangan holografik, bukan sahaja mentransformasikan cara produk-produk budaya digunakan, tetapi juga bagaimana ia dihasilkan. Shenzhen Absen Optoelectronic, pengeluar paparan LED terkemuka, mempamerkan produk terbaik dan penyelesaian inovatif di Ekspo itu, lalu membolehkan pengunjung mengalami sendiri visual yang menawan hati.

Sorotan utama di reruai Absen ialah pentas penggambaran maya, yang menggunakan terutamanya skrin paparan LED daripada Absen untuk menghasilkan visual pratakrif, lantas mencipta suasana yang tersendiri. Tatkala pengunjung melangkah ke atas pentas, mereka dibawa ke dalam adegan tersebut melalui pemprosesan berteknologi tinggi, seterusnya mengalami tontonan sensori yang imersif.

Pentas maya Absen menggunakan teknologi penggambaran maya "xR" sebagai sokongan teknikal untuk menyampaikan pengalaman imersif kepada penonton. xR merujuk kepada realiti lanjutan yang terdiri daripada VR (realiti maya), AR (realiti imbuhan) dan MR (realiti campuran). Teknologi ini menjadi semakin prevalen dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, penghasilan filem dan perdagangan langsung. Satu aplikasi yang jelas ialah studio penggambaran maya, yang mana skrin LED dan teknologi penggambaran maya bergabung untuk meniru "adegan" tertentu secara digital. Ini membolehkan pelakon membuat persembahan secara langsung dalam persekitaran maya AR, membawa kepada penjimatan yang ketara dari segi masa dan kos pengeluaran.

Membincangkan tentang rasional untuk menceburkan diri dalam bidang penggambaran maya xR, pengarah Absen menyatakan "xR menawarkan gerbang ke metasemesta, mengintegrasikan pelbagai jenis realiti maya. Ia menonjolkan teknologi perintis dalam sektor perfileman dan televisyen, meningkatkan kecekapan penggambaran industri secara keseluruhan dan memupuk pertumbuhan. Melihatkan potensinya yang amat besar, xR akan turut menghubungkan industri ini dengan yang lain termasuk pendidikan, pembuatan pintar dan bekalan tenaga. Tidak dinafikan, ini menandakan trend yang akan datang dalam evolusi industri paparan."

Selain daripada inovasi yang terhasil oleh teknologi penggambaran mayanya, Absen turut memperkayakan pengalaman baharu budaya digital dalam pelancongan bertemakan budaya. Sebagai contoh, Absen memainkan peranan penting dalam pembinaan tempat tarikan bertema di kawasan penting Universal Beijing Resort. Ia mencipta pengalaman imersif semua sensori, berbilang dimensi dengan teknologi paparan LED termaju. Performing Arts Center of Guiyang Grand Theatre mendapat manfaat daripada pentas yang dihiasi dengan skrin LED boleh alih dan pentas berputar empat sisi, lalu menawarkan kepada penonton dengan hiburan visual yang hebat. Di samping itu, Absen telah mempengaruhi industri pameran, terutamanya di Sci-Tech Cultural Center, Daerah Wannian, Bandar Shangrao, Wilayah Jiangxi. Di sini, meja pasir digital (CAVE) Absen yang imersif dan skrin pintar virtualisasi data berskala besar telah menukar pusat itu menjadi mercu tanda sains, teknologi dan budaya baharu. Pengarah Absen berkata, "Kami menyasarkan untuk menggunakan teknologi paparan LED bagi merevolusikan kandungan, model dan mod perniagaan, mencipta tarikan budaya yang imersif dan terus meningkatkan pengalaman audio-visual pengunjung."

Intellectual Property Publishing House di Big Data Expo 2023 (Sumber Intellectual Property Publishing House).
Intellectual Property Publishing House di Big Data Expo 2023 (Sumber Intellectual Property Publishing House).

Dalam era digital, kemajuan teknologi dan kandungan memacu evolusi industri kebudayaan.  Lantaran itu, permintaan terhadap perlindungan harta intelek menjadi lebih mendesak.

Di Ekspo itu, Intellectual Property Publishing House mempersembahkan China IPR Big Data and Intelligent Service System (Inspiro). Pengarah syarikat penerbitan tersebut menjelaskan, "Kami telah mengumpulkan 491 kumpulan data, mencapai kapasiti 383T+ dan jumlah sebanyak 1 bilion+. Inspiro mengintegrasikan sumber data, termasuk paten domestik dan asing, cap dagangan, kes dan standard harta intelek, jurnal saintifik, petunjuk geografi, varieti tumbuhan baharu dan reka bentuk susun atur litar bersepadu. Inspiro menjalankan pelbagai fungsi seperti dapatan kembali maklumat, analisis, amaran awal dan pengurusan projek dalam data raya."

Menggunakan virtualisasi data yang interaktif serta pemantauan dan analisis data, Inspiro menyampaikan perhubungan data yang rumit dan pandangan berpandukan data dengan cara yang mudah difahami.

Pengarah menyatakan selanjutnya, "Syarikat penerbitan ini ditugaskan untuk mengawasi harta intelek sepanjang kitaran hayatnya. Dari saat buku, lukisan atau karya lain dicipta, kami mengurus pengesahan keasliannya dan perlindungan, realisasi dan pelanggaran hak harta intelek."

Pendigitalan budaya kini merupakan satu strategi negara. Di Guizhou, pendigitalan memperkayakan perkhidmatan budaya awam, lalu memenuhi pelbagai keperluan. Perpustakaan meningkatkan pengalaman membaca melalui teknologi seperti panduan robot, sumber digital dan realiti maya. Tempat-tempat kebudayaan seperti muzium, dihubungkan ke "awan", menyediakan kepada khalayak dengan pengalaman imersif dan baharu melalui persembahan dan pameran awan. Aplikasi "Travel Guizhou with One Code" yang mengumpulkan maklumat tentang tempat tarikan pelancongan Guizhou, mengupayakan pengalaman pelancongan pintar yang lancar. Evolusi berpandukan data dalam industri kebudayaan menghasilkan manfaat untuk lebih ramai orang.

Source: Huanqiu.com
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news Data Analytics