BEIJING, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai pangkalan perindustrian yang penting di Wilayah Hunan, China tengah, bandar Hengyang telah menggalakkan transformasi sektor pembuatannya ke arah pembangunan pintar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membawakan rantaian nilai tertinggi dan teknologi berkejituan tinggi.
Menampung 37 daripada kesemua 41 sektor perindustrian, Hengyang ialah salah sebuah bandar dengan kategori perindustrian yang paling lengkap di Hunan. Hasil daripada usahanya yang berterusan dalam mengetengahkan kualiti pembuatan, keluaran dalam negara kasar (KDNK) bandar itu mengungguli nilai 400 bilion yuan (kira-kira 56.56 bilion dolar A.S.) buat julung kalinya pada tahun 2022.
Menekankan pembuatan termaju sebagai tonggak industri bandar berkenaan, Hengyang telah menggalakkan peralihan sektor-sektor utamanya ke arah pembangunan berkualiti tertinggi, penaiktarafan pintar dan pertumbuhan bersepadu.
Sebagai contoh, bandar tersebut kekal menjadi kuasa utama dalam sektor penghantaran dan transformasi kuasa yang didayakan oleh teknologi 5G. Hengyang Smart Valley tekal menyokong penaiktarafan perusahaan tempatan, meningkatkan penempatan unit pembuatan pintar, talian penghantaran dan loji.
Didorong oleh usaha inovatif firma-firma tradisional tempatan seperti Hengyang Valin Steel Tube Co., Ltd. (HYST) dan Hengfei Cable Co., Ltd., serta perusahaan-perusahaan baharu termasuk Kaixin Special Material Technology Co., Ltd. dan Hengyang Huayi Machinery Co., Ltd., bandar tersebut menyaksikan momentum yang kukuh dan kevitalan pembangunan perindustrian.
Foto menunjukkan projek transmisi dan transformasi kuasa TBEA Hengyang Transformer Co., Ltd. di Vientiane, Laos.
TBEA Hengyang Transformer Co., Ltd. telahpun mengambil bahagian dalam pembinaan 28 projek arus ulang-alik (AC) voltan-ultra-tinggi (UHV) dan arus terus (DC). Melaksanakan satu siri tugas penyelidikan saintifik dan teknologi penting, syarikat ini terlibat dalam pelbagai projek tenaga utama termasuk projek demonstrasi eksperimen AC UHV 1000kV yang pertama di dunia, melindungi pembangunan wilayah timur dan barat China yang seimbang dan mampan.'
HYST merupakan satu lagi contoh yang menggalakkan pembangunan berpandukan inovasi, dengan saluran paip bawah laut yang dibangunkan sendiri untuk kegunaan khas mengisi jurang teknikal dalam pasaran domestik dan produknya diaplikasikan pada platform penerokaan minyak luar pesisir bertaraf dunia seperti Bluewhale I dan sebagainya. Setakat ini, syarikat ini memegang 19 teknologi teras utama dan 21 rekod dunia dan kebangsaan.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334294.html