omniture

Peneraju Iklan Global bersidang di Beijing pada 8-10 Mei 2014

The International Advertising Association
2014-04-09 20:53 116

-- Para peneraju usahawan China bakal berucap di Kongres Sedunia IAA ke-43

NEW YORK, 9 April 2014 /PRNewswire/ -- Persatuan Pengiklanan Antarabangsa (IAA) menganjurkan Kongres Sedunia IAA ke-43, bermula pada 8 hingga 10 Mei 2014, bertempat di Pusat Konvensyen Kebangsaan China, Beijing.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140408/DC01175LOGO

Sir Martin Sorrell, Ketua Pegawai Eksekutif, WPP Plc mengetuai barisan jurucakap global yang terdiri daripada syarikat dan jenama China mahupun antarabangsa.

Selaku Presiden Sedunia dan Pengerusi IAA, Faris Abouhamad menyatakan "Menerusi tema Inovasi dan Evolusi, perwakilan dari empat puluh negara akan mempelajari bagaimana jenama, agensi, media, futuris dan ahli ekonomi menangani segala cabaran yang perlu dihadapi dalam industri pengiklanan pada masa kini". Topik yang akan dibentangkan termasuklah: bagaimana jenama memikirkan semula media untuk kekal di hadapan, kemunculan pembelian media secara automatik, pandangan masa depan media, pembaharuan jenama di China, langkah seterusnya ke arah kandungan asli, pembaharuan model pelanggan/agensi, prospek pengaturan diri, wawasan inovasi daripada syarikat gergasi Internet China, perkara yang perlu dan tidak perlu dalam pasaran pengguna terbesar dunia, apakah yang difahami dengan mudah alih di China serta pandangan alaf berkenaan segala-galanya!

Para pembentang terdiri daripada: Ian Alwill, Biro Piawaian Australia; Tim Andree, Dentsu Aegis Network; Bharat Avalani, Unilever; Scott Beaumont, Google; Bhaskar Bhat, Titan Company; Dr Jeffrey Cole, Pusat Masa Depan Digital, USC Annenberg School; Jean-Marie Dru, TBWA; Serge Dumont, Omnicom; Zhang Gouhua, SAIC; He Haiming, CCTV; Jeff Han, Tencent; Andy Hart, Microsoft; Ben Hughes, Financial Times; Lei Jun, Xiaomi Tech; Zeng Liang, Baidu; Carla Michelotti, Leo Burnett; Angela Mills Wade, EPC; Zhong Ming, Institut Kehidupan Hakuhodo; Tomaz Mok, McCann Guanming China; Rob Norman, WPP; Greg Paull, R3; Doug Pearce, OMG China; Matt Seiler, IPG Mediabrands; Li Shufu, Geely Automobile Holdings; Atifa Silk, Campaign Asia-Pacific; T.B. Song, Ogilvy & Mather Rantau Besar China; Rose Tsou, Yahoo!; Andrew Ward, Etihad Airways; Xiong Xiaoge, IDG; Li Ya, Phoenix New Media serta Chen Yan, Focus Media.

Lebih 1,000 perwakilan dari empat puluh negara dijangka hadir di persidangan global penting ini. Acara ini dipersembahkan oleh Persatuan Pengiklanan Antarabangsa dan Persatuan Pengiklanan China serta dianjurkan bersama Bahagian Pentadbiran Industri dan Perdagangan Negeri serta Kerajaan Perbandaran Bandar raya Beijing. Perwakilan tersebut akan dapat menikmati program petang yang menarik di tempat istimewa seperti Dewan Besar Rakyat dan Kota Larangan.

Untuk mendaftar: www.iaa75.org/beijing
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Michael Lee, Pengarah Urusan IAA, michael.lee@iaaglobal.org
Telefon: +1-646-722-2612
IAA: www.iaaglobal.org

Source: The International Advertising Association
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology