omniture

Dekan IBSS Berbicara Tentang Strategi Pendidikan Tinggi Baharu untuk China di TEDxSuzhou

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2014-04-10 16:30 91

SUZHOU, China9 April 2014 /PRNewswire/ -- Profesor Sarah Dixon, dekan Fakulti Perniagaan Antarabangsa Suzhou (IBSS), telah mempersoalkan keadaan semasa pendidikan tinggi tradisional di China semasa acara TEDx baru-baru ini di Suzhou.

Acara tahun ini yang bertema 'Loncatan Kreatif' telah menyaksikan 11 penceramah membentangkan idea mereka kepada hadirin berbilang budaya, yang terdiri daripada para profesional muda. Profesor Dixon telah mengembangkan lagi tema ini untuk meliputi keperluan kreativiti dan fleksibiliti yang lebih besar dalam sistem pendidikan China.

Dekan Dixon menganalisis loncatan kreatif dalam pendidikan dengan menggunakan analogi 'lompat teng-teng, lompat katak atau lompat tinggi' bagi mewakili konsep 'tradisi lawan inovasi meningkat lawan inovasi pemecah pasaran', dengan tiga isu yang memacu keperluan untuk pembaharuan pendidikan: anjakan ekonomi global, teknologi pemecah pasaran dan juga model perniagaan baharu, serta pembangunan mampan.

Kemudian, Profesor Dixon menilai masalah dan penyelesaian proses pendidikan China seperti kesan Peperiksaan Kemasukan Kolej China, "Gaokao", terhadap kreativiti pendidikan, di samping kekangan yang disebabkan oleh kongkongan ibu bapa, pedagogi, silo pengurusan, infrastruktur, dan juga fakulti yang leka.

"Apakah kelemahan Gaokao? Ia hanya mengajar anda untuk lulus peperiksaan, dan hanya ada satu jawapan yang betul," kata Profesor Dixon. "Apa penyelesaiannya? Kita perlu tunjuk terdapat lebih satu jawapan yang betul." Beliau menegaskan lagi para pelajar IBSS digalakkan untuk membangunkan pelbagai penyelesaian cabaran perniagaan, manakala "pembelajaran berteraskan minat" pula adalah penting kerana menggunakan minat para pelajar serta perkara yang dipentingkan oleh mereka: "Jika anda membuatkan pembelajaran lebih menarik, pelajar akan lebih memahami perkaitannya."

Profesor Dixon menyimpulkan dengan menggesa hadirin supaya "keluar daripada zon selesa anda" dengan melakukan beberapa loncatan kreatif: daripada pemikiran yang tetap kepada "pembebasan minda", daripada penerimaan keadaan semasa kepada penerimaan cabaran, daripada pasif kepada aktif, dan daripada peniruan kepada inovasi sebenar.

Latar belakang IBSS

Setelah ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai fakulti perniagaan eksklusif Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU), IBSS menawarkan adunan amalan akademik Barat dan China yang tersendiri. IBSS terletak di Suzhou, salah satu pusat komersil yang berkembang pesat di koridor Timur China yang semakin maju, serta ingin menjadi peneraju antarabangsa daripada segi pendidikan dan penyelidikan perniagaan.

Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool ialah universiti antarabangsa yang telah ditubuhkan bersama oleh institusi yang menerajui dari China dan UK. Sebagai usaha sama bebas China-Britain, XJTLU ialah perintis dalam bidang pendidikan tinggi di China.

Ketahui Lebih Lanjut:

xjtlu.edu.cn/en/

Ikuti kami:

facebook.com/xjtlu 
weibo.com/xjtlu 
twitter.com/xjtlu

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: