omniture

M Lhuillier dan J&T Express Tandatangani Perjanjian untuk Bawakan Penghantaran Seluruh Negara ke Setiap Pintu Penduduk Filipina

J&T Express
2023-05-31 09:47 73

BANDAR CEBU, Filipina, 31 Mei 2023 /PRNewswire/ -- M Lhuillier Financial Services dengan bangganya mengumumkan perkongsiannya dengan J&T Express, salah sebuah syarikat kurier yang paling dipercayai dan baru muncul di Filipina. Penandatanganan kontrak telahpun diadakan pada 18 Mei 2023 di La Vie Parisienne di Gorordo, Bandar Cebu.

Gambar penandatanganan kontrak
Gambar penandatanganan kontrak

Perkongsian ini akan membolehkan cawangan-cawangan M Lhuillier di seluruh negara menerima kiriman untuk dihantar ke mana-mana destinasi di Filipina, dipenuhi oleh J&T Express melalui jaringan kuriernya yang luas. Ini bererti warga Filipina, terutamanya PKS dan penjual dalam talian bebas yang berada di kawasan yang tiada akses kepada hab kurier, kini boleh menghantar barangan mereka di cawangan M Lhuillier yang berhampiran.

Menurut Michael Lhuillier, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif M Lhuillier Financial Services, "Kami teruja dengan perkongsian bersama J&T Express ini kerana ia membolehkan kami mengembangkan perkhidmatan kami melebihi kebiasaan M Lhuillier untuk sekian lama. Matlamat kami adalah untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan saluran yang mudah dan cekap untuk keperluan kurier mereka dan kami yakin bahawa perkongsian ini akan merealisasikan matlamat itu."

M Lhuillier berbangga untuk menyokong trend penjualan dan pembelian dalam talian yang semakin berkembang, memahami bahawa keperluan untuk penghantaran yang cekap penting untuk kejayaan industri yang semakin berkembang ini. Dengan bekerjasama bersama J&T Express, syarikat ini berusaha untuk merapatkan jurang dalam perkhidmatan kurier dengan menawarkan penyelesaian yang dipercayai untuk rangkaian perniagaan yang luas.

"Kami percaya perkongsian ini akan membantu memenuhi kehendak yang semakin meningkat terhadap penghantaran yang cekap, terutamanya dalam industri e-dagang dan meningkatkan pengalaman pelanggan keseluruhan," tambah Lhuillier.

Perkongsian ini melambangkan evolusi M Lhuillier daripada "kedai pajak gadai" dan "syarikat kiriman wang" kepada institusi berbilang aspek yang telah menceburi pelbagai perkhidmatan termasuk pemberian pinjaman, pertukaran wang, insurans, perjalanan dan lawatan, pemuatan telko dan kini perkhidmatan logistik.

Pelanggan boleh mengharapkan untuk melihat tawaran perkhidmatan baharu daripada kedua-dua syarikat bermula pada 19 Mei, dengan perkhidmatan tambahan akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini. Kemudahan terus menjadi daya penggerak di sebalik perkongsian ini, menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk pelanggan J&T sedia ada menghantar bungkusan tanpa perlu menempuh jarak perjalanan yang jauh untuk menghantar barang.

M Lhuillier mengiktiraf kepentingan perkongsian ini dan bersama J&T Express, mereka menyasarkan untuk menjadikan logistik lebih mudah diakses dan senang. Dengan merapatkan jurang antara perkhidmatan kurier dan kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, perkongsian ini pastinya akan menjadi pengubah keadaan dalam industri logistik.

 

Source: J&T Express
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Trucking and Road Transportation Contracts Licensing/marketing agreements Financial Technology