omniture

TrinaTracker Tandatangani Perjanjian Penjejak Solar 510MW untuk Projek Solar Uzbekistan

TrinaTracker
2023-05-31 14:22 51

CHANGZHOU, China, 31 Mei 2023 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia penyelesaian penjejak solar pintar terkemuka di bawah Trina Solar Co., Ltd. (SHA: 688599), baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Dongfang Electric International Corporation ("DEC International") bagi menyediakan penjejak solar 510MW untuk projek solar di Uzbekistan. Majlis menandatangani kontrak diadakan pada hari pertama Persidangan & Pameran Penjanaan Kuasa Fotovolta dan Tenaga Pintar Antarabangsa (Ekspo Kuasa PV SNEC) ke-16 yang diadakan di Shanghai mulai 24-26 Mei 2023.


Menurut kontrak tersebut, TrinaTracker akan membekalkan penjejak solar Vanguard 1P kepada loji janakuasa solar Jizzakh dan Samarkand di Uzbekistan. Sebaik sahaja disambungkan ke grid, kedua-dua projek akan menjana 1.1 terawatt-jam (TWj) tenaga elektrik boleh baharu setiap tahun, mengurangkan purata tahunan sekitar 110,000 tan metrik emisi CO2. Kedua-duanya merupakan projek penting bagi menyokong agenda kerajaan untuk beralih kepada ekonomi hijau di negara ini.

Ini merupakan projek kedua TrinaTracker dipilih sebagai pembekal eksklusif untuk loji solar di Uzbekistan bagi menyokong sasaran pembangunan kuasa solar negara ini iaitu 4GW menjelang 2026 dan 5GW menjelang 2030. Negara ini bermatlamat untuk membangunkan loji janakuasa solar berkualiti tinggi dalam usaha untuk memaksimumkan faedah tenaga solar dalam sistem tenaga. Sebelum ini TrinaTracker menyediakan 2618 set penjejak solar untuk Projek Solar Nur Navoi 100 MW, loji janakuasa solar pertama negara ini yang dirasmikan pada Ogos 2021. Sementara itu, pemilihan TrinaTracker sekali lagi sebagai satu-satunya pembekal penjejak mencerminkan prestasi produk yang cemerlang daripada projek-projek terdahulu, serta penerimaan pasaran tempatan yang lebih luas, membangun berdasarkan asas kukuh Syarikat ini untuk pembangunan yang selanjutnya di Uzbekistan.

"Trina Solar mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam industri solar dan memegang kedudukan sebagai syarikat peringkat tertinggi secara konsisten. Ini memberi keyakinan kepada pemilik dan pemaju projek baik dari perspektif produk mahupun penjenamaan," kata Wang Ai, naib presiden DEC International. "TrinaTracker sudahpun memiliki pengalaman yang berjaya di Uzbekistan dan penyelesaian kitar hayat 'produk+perkhidmatan' mereka terbukti bagus, maka kami yakin pembinaan projek-projek Jizzakh dan Samarkand dengan kerjasama TrinaTracker akan turut berjaya."

Source: TrinaTracker
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news