-- Peguam pakar membincangkan kes perundangan baharu di Nevada
WASHINGTON, 10 April 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis 10 April, Pasukan Petugas Amerika Argentina akan mengadakan telepersidangan akhbar. Tujuan telepersidangan ini adalah untuk menyampaikan kemas kini tentang kurangnya ketelusan kerajaan Argentina dalam beberapa bidang yang penting, bermula dengan berita terkini Lazaro Baez, rakan sekutu dan setiawan Presiden Argentina Cristina Kirchner, yang menggunakan negeri Nevada untuk melaburkan secara haram wang negara yang telah dicuri.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140409/DC02099LOGO
Seperti yang dilaporkan oleh pihak media pada minggu ini, ahli ATFA NML Capital sedang memohon perintah mahkamah bagi mendesak 123 syarikat yang berkaitan dengan Baez untuk menyediakan dokumen yang boleh membantu mencari aset negara Argentina yang telah dicuri. Hubungan Baez dengan presiden Argentina sudah sedia diketahui. Beliau kini di bawah siasatan oleh pihak pendakwa Argentina kerana menggelapkan dana negara sebanyak lebih $65 juta dan memindahkan dana itu keluar dari Argentina melalui syarikat beliau di Nevada dan di tempat lain. Jika Baez disabitkan atas kesalahan penggelapan wang, sebarang dana curi yang dapat ditemui akan menjadi hak milik Argentina dan dapat digunakan untuk membayar kos perbicaraan mahkamah AS yang ditanggung NML.
"Argentina telah menggunakan strategi rumit bagi melindungi asetnya, dan mahkamah telah menuduhnya berkelakuan tidak jujur tentang perkara ini," kata Robert Shapiro, Pengerusi ATFA.
Pengerusi bersama ATFA, Duta Nancy Soderberg, turut merujuk kepada laporan berita minggu ini yang menunjukkan para pegawai Argentina akan bertemu dengan para pelabur berpotensi di Washington, D.C. El Cronista melaporkan Menteri Ekonomi Axel Kicilloff merancang untuk bertemu dengan "ahli perniagaan yang mempunyai syarikat di Argentina atau mereka yang ingin melabur dalam negara ini."
"Argentina enggan berbincang semeja pun dengan pihak Amerika dan pemegang bon asing lain, dan ia memaklumkan hakim Amerika yang ia tidak akan mematuhi perintah mahkamah. Sehingga ia mengubah sikapnya, ia tidak akan dapat menarik pelaburan yang diperlukan untuk pertumbuhan yang mantap," kata Soderberg.
**Peguam Robert Cohen akan muncul sebagai tetamu telepersidangan itu bagi menjawab sebarang persoalan tentang usul untuk mendesak serta kes menentang Baez di Nevada.
Perkara: |
Aktiviti Pelaburan Wang Haram Argentina di Nevada |
Bila: |
Khamis, 10 April 2014 |
Siapa: |
Robert Shapiro dan Nancy Soderberg |
Tetamu Istimewa: |
Robert Cohen |
Nombor panggilan bebas tol: Amerika Syarikat/Kanada: 1-800-895-0231 atau +1-785-424-1054; Argentina: 0-800-666-0250; Mexico: 001-800-514-6145; Brazil: 0-800-891-6744
ID Persidangan: ATFA
(Sila ambil perhatian, jika peserta antarabangsa tidak dapat mengakses telepersidangan ini menggunakan nombor antarabangsa bebas tol untuk negara mereka, sila dail menggunakan nombor tol (785))
NOTA: Maklum balas diperlukan. Sila hantarkan e-mel maklum balas anda kepada media@atfa.org
Robert Cohen ialah Rakan Kongsi Dechert LLP, dan merupakan ketua bersama perkhidmatan resolusi pertikaian antarabangsa global di firma itu. Beliau telah berkhidmat beberapa kali dalam Jawatankuasa Polisi firma itu. Pengalaman beliau selama lebih 40 tahun termasuklah litigasi (termasuk perbicaraan juri), penimbangtaraan serta pengantaraan pertikaian komersil rumit, selalunya dalam dimensi antarabangsa. En. Cohen sering kali diiktiraf oleh Benchmark Litigation sebagai "Bintang Litigasi", baru-baru ini dalam bidang antitrust, harta intelek dan juga litigasi komersil am.
Latar belakang Pasukan Petugas Amerika Argentina
Pasukan Petugas Amerika Argentina (ATFA) ialah persekutuan organisasi yang bersatu demi penyelarasan yang adil dan saksama untuk kegagalan pembayaran hutang kerajaan Argentina pada tahun 2001 dan penstrukturan semula yang dijalankan berikutan itu. Ahli kami bekerja dengan penggubal undang-undang, pihak media, dan pihak berkepentingan lain bagi menggalakkan kerajaan Amerika Syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penyelesaian melalui rundingan dengan kerajaan Argentina bagi memenuhi kepentingan pihak berkepentingan Amerika.