omniture

Terokai Lingkungan Baharu: Bakery China 2023 Labuhkan Tirai di Shanghai

Bakery China
2023-05-31 17:18 121

SHANGHAI, 31 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Bakery China ke-25, pameran terbesar dalam industri bakeri dan konfeksioneri di seluruh dunia, melabuhkan tirai di Shanghai, yang menandakan kejayaan penting dari segi pemulihan industri ini. Pameran ini menarik minat lebih daripada 2,000 pengeluar jenama dari 30 negara dan wilayah serta lebih 380,000 kunjungan dari 109 negara dan wilayah, bagi meninjau peluang baharu untuk pembangunan industri.

"Bakery China berdedikasi untuk mencipta platform pertukaran perdagangan domestik dan antarabangsa untuk industri ini sejak penubuhannya. Sempena ulang tahun ke-25 Bakery China, kami secara rasminya berpindah ke tempat baharu - NECC, Shanghai. Menerusi langkah ini, matlamat lami adalah untuk mencipta platform yang lebih tersegmen, pelbagai dan mudah untuk pertukaran perdagangan yang akan membawa kami ke peringkat seterusnya dan meningkatkan perdagangan perniagaan, komunikasi industri serta perkongsian ilmu. Setiap peserta akan benar-benar merasai kemajuan dan inovasi industri bakeri China yang rancak," kata Zhang Jiu Kui, Pengerusi China Association of Bakery and Confectionery Industry.

Tahun ini, pameran ini meliputi kawasan seluas lebih 280,000 meter persegi, melebihi kemuncak pameran-pameran terdahulu sebanyak 30% dengan tetapan dan skala yang dioptimumkan. Lebih daripada 2000 peserta pameran, termasuk beberapa jenama terkenal seperti Arla, DMK, Sinodis, Vandemoortele, Bridor, GEA, Fritsch, Panasonic, Linxis, Intralox, Rademaker dan Rondo, melancarkan lebih daripada 10,000 produk baharu di lapangan.

Peserta pameran dan rakan industri telah menyaksikan trend baharu dalam industri hasil bakeri dan konfeksioneri, seperti fokus yang meningkat ke atas matriks produk oleh lebih banyak jenama, serta kebangkitan gaya baharu rerotian Cina dan hasil bakeri prabuat.

Bakery China 2023 On-site Photo
Bakery China 2023 On-site Photo

Bakery China telah menjadi saluran yang penting untuk komunikasi pintar industri dan rentas industri. Acara ini turut menampilkan lebih 100 persidangan, aktiviti bertema, pertandingan dan pertunjukan demo yang diadakan baik secara dalam talian mahupun luar talian. Pelbagai pertandingan industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti World Bakery Competition China, Louis Roosevelt Cup China, World Chocolate Maters China dsb., diadakan untuk memupuk bakat dalam industri bakeri. Selain itu, Bakery China Innovation Award disampaikan untuk mengiktiraf produk yang paling inovatif dalam industri ini, dikuasakan oleh jenama Bakery China.

iBakeryChina ialah platform dalam talian untuk pemadanan dalam talian, komunikasi, perburuan bakat, trend pasaran dan pertukaran pemikiran. Setakat ini, lebih 3,000 kedai dalam talian syarikat telahpun dilancarkan, dengan lebih 13,000 produk sedia untuk dibeli dan lebih 500,000 pembeli, untuk menyediakan penyelesaian e-dagang dalam talian perindustrian dalam industri bakeri.

Latar Belakang Bakery China 

Bakery China, dianjurkan oleh China Association of Bakery and Confectionery Industry and Bakery China Exhibitions Co., Ltd. dilancarkan pada tahun 1997. Bakery China ialah acara terkemuka di APAC yang menawarkan perkhidmatan kepada seluruh rantaian nilai pasaran bakeri dan konfeksioneri.

Source: Bakery China
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Food/Beverages Household Products Retail Trade show news