omniture

Pengumuman The Shaw Laureates 2023

Shaw Prize
2023-05-31 17:23 56

HONG KONG, 31 Mei 2023 /PRNewswire/ -- The Shaw Prize in Astronomy dianugerahkan dalam bahagian yang sama rata kepada

Dari kiri ke kanan – Pegawai-pegawai The Shaw Prize Foundation: Cik Jenny Li (Ahli Lembaga), Prof Pak-Chung Ching (Ahli Majlis), Dr Raymond Chan (Pengerusi), Prof Kenneth Young (Pengerusi Majlis), Prof Wai-Yee Chan (Ahli Majlis) dan Cik Meage Choy (Ahli Lembaga).
Dari kiri ke kanan – Pegawai-pegawai The Shaw Prize Foundation: Cik Jenny Li (Ahli Lembaga), Prof Pak-Chung Ching (Ahli Majlis), Dr Raymond Chan (Pengerusi), Prof Kenneth Young (Pengerusi Majlis), Prof Wai-Yee Chan (Ahli Majlis) dan Cik Meage Choy (Ahli Lembaga).

Matthew Bailes
Pengarah Australian Research Council (ARC) Centre of Excellence for Gravitational Wave Discovery

Duncan Lorimer
Profesor dan Pengerusi Sementara Fizik dan Astronomi serta Dekan Bersekutu untuk Penyelidikan di Eberly College of Arts and Sciences di West Virginia University, AS dan

Maura McLaughlin
Profesor Terbilang Eberly Family bagi Fizik dan Astronomi di West Virginia University, AS

atas penemuan letusan radio pantas (FRB).

The Shaw Prize in Life Science and Medicine dianugerahkan dalam bahagian yang sama rata kepada

Patrick Cramer
Pengarah, Jabatan Biologi Molekul, Max Planck Institute for Multidisciplinary Sciences dan Presiden Lantikan Max Planck Society, Jerman dan

Eva Nogales
Profesor Terbilang bagi Biokimia, Biofizik dan Biologi Struktur, Jabatan Biologi Molekul dan Sel, University of California, Berkeley, AS

kerana mempelopori biologi struktur yang mengupayakan visualisasi, pada peringkat atom individu, mesin protein yang bertanggungjawab untuk transkripsi gen, salah satu proses asas kehidupan. Mereka mendedahkan mekanisme yang mendasari setiap langkah dalam transkripsi gen, bagaimana transkripsi gen yang betul mendorong kesihatan dan bagaimana nyahpengawalaturan menyebabkan penyakit.

The Shaw Prize in Mathematical Sciences dianugerahkan dalam bahagian yang sama rata kepada

Vladimir Drinfeld
Profesor Perkhidmatan Terbilang Harry Pratt Judson bagi Matematik di University of Chicago, AS dan

Shing-Tung Yau
Pengarah, Yau Mathematical Sciences Center di Tsinghua University, PRC

atas sumbangan mereka yang berkaitan dengan fizik matematik, geometri aritmetik, geometri pembezaan dan geometri Kähler.

Selasa, 30 Mei 2023. Pada sidang media hari ini di Hong Kong, The Shaw Prize Foundation mengumumkan Shaw Laureates bagi tahun 2023. Maklumat disiarkan di laman sesawang www.shawprize.org pada waktu Hong Kong 15:30 (GMT 07:30).

The Shaw Prize terdiri daripada tiga hadiah tahunan: Astronomi, Sains Hayat dan Perubatan serta Sains Matematik, masing-masing membawa anugerah wang sebanyak AS$1.2 juta. Ini akan menjadi tahun kedua puluh Hadiah ini dianugerahkan dan majlis penyampaian hadiah dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 12 November 2023 di Hong Kong.

Ini adalah salinan terjemahan. Untuk ketepatan akademik, sila rujuk versi bahasa Inggeris rasmi.

Source: Shaw Prize
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)