CYBERJAYA, Malaysia, 10 April 2014 /PRNewswire/ -- Pameran Harta Tanah Unggul Cyberjaya yang amat dinanti-nantikan telah kembali sekali lagi bagi membawakan anda harta tanah yang terbaik di Cyberjaya.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140409/8521402100 )
Pameran Harta Tanah Unggul Cyberjaya 2014 dijadualkan untuk diadakan pada 19 dan 20 April di Cyberview Resort & Spa, yang akan menyediakan peluang hebat kepada para pembeli dan pelabur harta tanah untuk membeli kediaman impian mereka atau melakukan pelaburan komersil mereka yang seterusnya dengan pilihan pembangunan kediaman dan komersil yang mengagumkan.
Acara selama 2 hari itu dianjurkan bersama oleh 8 pemaju harta tanah terkemuka dalam usaha berganding bahu yang terpuji bagi menyediakan platform yang sempurna untuk para pembeli dan pelabur harta tanah menemui harta tanah yang terbaik di Cyberjaya di bawah satu bumbung. Para pemaju yang mengambil bahagian ialah Setia Haruman, SP Setia, MCT Consortium, UEM Sunrise, Kumpulan EMKAY, Glomac, Paramount Property (Cjaya) serta Areca Properties.
"Kejayaan 2 pameran terdahulu pada tahun 2012 dan 2013 telah menggalakkan kami untuk terus menganjurkan Pameran Harta Tanah Unggul Cyberjaya 2014. Kami percaya inisiatif ini telah mendatangkan manfaat kepada orang ramai serta pemaju yang mengambil bahagian. Pemilik dan pelabur harta tanah yang berpotensi tentu akan seronok dengan pelbagai harta tanah yang ditawarkan daripada para pemaju yang terbaik. Segala-galanya termasuk unit kediaman mahupun unit komersil," kata En. YK Liew, Ketua Jualan & Pemasaran, Setia Haruman Sdn Bhd.
Diketuai oleh Setia Haruman, Pemaju Utama Cyberjaya, Pameran Harta Tanah Unggul Cyberjaya 2014 akan mempersembahkan unit kediaman termasuk banglo, rumah berkembar, rumah teres sehinggalah unit pejabat dalam rumah, kondominium, apartmen serta unit kedai/pejabat runcit dan komersil beralamatkan tempat eksklusif bandar pintar Cyberjaya. Orang awam akan turut mendapat peluang untuk melihat pelbagai unit rumah pameran yang dibuka dan dapat menyaksikan sendiri mengapa tempat ini menjadi pilihan untuk didiami, belajar, bekerja serta beriadah.
Ceramah harta tanah eksklusif akan diadakan sewaktu pameran itu termasuklah oleh Dato Danny Goh, (Pengarah Eksekutif MCT Consortium), penulis Ahyat Ishak, dan Sudhev Sreetharan daripada Setia Haruman, yang akan menyampaikan maklumat tentang pembangunan serta acara terkini di Cyberjaya. Aktiviti serta acara cabutan ceria yang menyeronokkan akan turut diadakan, dengan hadiah lumayan (iPad Air 32GB, Komputer riba Lenovo, Samsung Grand Galaxy 2), dan juga demonstrasi masakan istimewa oleh Dato Chef Wan, yang dianjurkan selama dua hari untuk dinikmati keluarga serta kanak-kanak.