omniture

Simposium Pertukaran Penulis dan Cendekiawan Sino-Malaysia diadakan dengan jayanya

China National Publications Import and Export (Group) Co., Ltd.
2023-05-31 22:16 28

BEIJING, 31 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Simposium Pertukaran Penulis dan Cendekiawan Sino-Malaysia mengenai "Pembelajaran budaya secara bersama, Keindahan tamadun yang terpelbagai", dihoskan oleh National Press and Publication Administration of China, dianjurkan oleh China National Publications Import and Export (Group) Co., Ltd. dan dianjurkan secara bersama oleh Pusat Kebudayaan China di Kuala Lumpur, diadakan dengan jayanya pada 26 Mei. Seramai 11 orang penulis dan cendekiawan dari China dan Malaysia menghadiri acara itu. Sebagai salah satu siri acara China sebagai Tetamu Kehormat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023, simposium ini mendapat perhatian yang penuh semangat daripada pembaca tempatan, dengan lebih 200 pembaca mengambil bahagian.

Simposium itu menjemput Dato' Seri Dr. Hou Kok Chung dari Malaysia dan Profesor He Yaomin daripada Renmin University of China sebagai penceramah jemputan. NG Yean Leng, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) New Era University College of Malaysia mempengerusikan acara tersebut.

Dalam ucapan beliau, Profesor He Yaomin berkata, "Pertukaran yang semakin berkembang antara China dan Malaysia pada hari ini, dalam bidang ekonomi, pendidikaan dan budaya, tidak berlaku semalaman. Ia adalah hasil daripada usaha yang tidak putus-putus oleh kedua-dua negara sejak beberapa dekad yang lalu, bermula daripada kerjasama kerajaan kepada pertukaran sesama rakyat yang terus memupuk persefahaman dan saling hormat-menghormati melalui dialog yang tulus." Beliau berharap agar tamadun Asia, tamadun Timur dan tamadun Cina akan berkembang dengan lebih lanjut lagi pada masa depan.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Hou Kok Chung, menyatakan bahawa beliau berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertukaran pendidikan serta budaya antara China dan Malaysia dan turut menyaksikan pertukaran kerajaan dan pertukaran sesama rakyat antara kedua-dua negara, dan dengan sokongan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ketika itu, Dato' Seri Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pendidikan China ketika itu, Hao Ping, bersama-sama menggalakkan pengiktirafan bersama diploma China-Malaysia. Beliau berkata, "Nenek moyang kita datang ke Tanah Melayu lebih 100 tahun yang lalu dan bertapak di sini. Ini menjadikan Malaysia dan China 'jauh dan dekat' dari segi sejarah. Namun ketika itu, kita tidak selalu dapat berkomunikasi dengan bebas bersama rakan-rakan Cina kita seperti sekarang."

Dalam sesi ucaptama, memfokuskan kepada topik "Pertukaran Kesusasteraan", penulis Cina Liu Zhenyun dan Dong Xi, penulis Malaysia Dai Xiaohua dan Gong Wanhui berkongsi pandangan mereka.

Penulis Cina Liu Zhenyun berkata bahawa kesusasteraan mempunyai suatu keajaiban yang membuatkan orang ramai dapat berkenalan dengan pantas antara satu sama lain. Perbezaan budaya tidak dapat dielakkan, tetapi emosi asas orang ramai masih sama. Antara pelbagai pertukaran, komunikasi yang paling menjimatkan ialah pertukaran budaya. Buku merupakan pembawa pertukaran budaya yang amat diperlukan.

Penulis Cina Dong Xi berkata bahawa dalam karya beliau Life Without Language, beliau menulis sebuah kisah yang mana bapanya buta, anak lelakinya pekak dan menantu perempuannya bisu dan mereka membentuk sebuah keluarga yang "tidak dapat melihat, mendengar atau bertutur". Tiada komunikasi yang lebih sukar daripada antara mereka, tetapi setiap seorang daripada mereka dengan bantuan organ sihat yang lain dapat mencapai komunikasi yang mustahil dilakukan. Halangan komunikasi antara penulis Cina dan pembaca Malaysia adalah jauh lebih kecil daripada masalah antara mereka bertiga. Justeru itu, beliau percaya dan menjangkakan bahawa kisah-kisah yang dikarang oleh penulis Asia akan menjadi yang pertama dihargai oleh jiran terdekat mereka dan akan mempunyai keserasian yang baik berbanding pembaca Eropah dan Amerika.

Dai Xiaohua berkata, "Kesusasteraan merupakan salah satu alat untuk interaksi dan komunikasi spiritual antara negara-negara dunia dan salah satu cara untuk menggalakkan pembangunan tamadun di seluruh dunia. Kesusasteraan sesebuah negara hanya dapat mencapai kemajuan dan pembangunan yang besar melalui interaksi, pengaruh, penembusan bersama dan integrasi dengan sastera negara asing; namun begitu, tidak kira bagaimana ia bergabung, ia perlu memiliki keunikannya yang tersendiri. Hanya apabila ia memiliki keunikan, maka ia dapat berdiri teguh di dalam belantara sastera dunia."

Gong Wan Hui berkongsi dengan khalayak tentang ulasan perkembangan penerbitan Cina Malaysia dan kesusasteraan Cina Malaysia, terutamanya bagaimana kesusasteraan Cina Malaysia mendarat, berakar umbi dan berkembang di rantau ini dan bagaimana anak muda kini bereksperimen dengan bentuk kreativiti baharu, menghasilkan bentuk pertukaran sastera yang baharu.

Berhubung topik kedua "Warisan Budaya dan Pertumbuhan Belia", penulis Cina Xue Tao dan Ding Mo serta penulis Malaysia Khor Ewe Pin, Wong Sien Biang dan Liu Yulong dijemput untuk bertukar-tukar pandangan. Penulis Cina Xue Tao menyebut bahawa beliau telah melihat buku baharu diterbitkan oleh penulis ASEAN di pesta buku dan berminat khususnya untuk membaca kisah mereka, memahami dan belajar daripada pengalaman mereka. Apabila menyebut tentang kesusasteraan, beliau berkata, "Kelebihan sastera ialah ia menghubungkan pandangan dan hati manusia yang bertaburan. Saya sentiasa berbangga menjadi seorang penulis, kerana kata-kata kami mengalir ke dalam lautan sebagai setitis air, menyumbang ombak dan cahaya kepada tarian tamadun ini."

Berhubung perkembangan sastera kanak-kanak, penulis sastera kanak-kanak Malaysia Khor Ewe Pin berkata bahawa tempoh emas sastera kanak-kanak adalah dari tahun 2006 hingga 2016. Walau bagaimanapun, budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak Malaysia menjadi semakin menyedihkan, kerana tiada cadangan terhadap beberapa buah buku yang harus dibaca untuk kanak-kanak seperti di China. Beliau turut berkata" "Barangkali ekoran perubahan zaman, semua orang ketika ini menggunakan telefon bimbit dan membaca novel panjang memerlukan masa yang banyak, namun kini orang ramai sudah terbiasa membaca teks pendek, seperti puisi, mungkin puisi kanak-kanak dapat terus berkembang dalam era ini."

Bagi penerbitan sastera dalam talian, penulis dalam talian Cina Ding Mo menyatakan bahawa, "Memandangkan cerita China dicipta oleh orang ramai dan dibaca oleh semua, sastera dalam talian telah memasuki tahap pembangunan matang yang stabil dari segi prospek industri, skala pasaran, pengaruh budaya, kualiti kandungan dan pembangunan dalam seluruh rantaian industri." Dari pandangan budaya, beliau berkata bahawa sastera dalam talian, "sebagai perspektif budaya yang baharu dan unik di China, adalah sangat muda dan bertenaga serta dapat merentas semua peringkat umur dan budaya pembaca dan turut merentas sempadan negara, merapatkan jurang komunikasi antara dunia spiritual pembaca di China dan Malaysia."

Wong Sien Biang and Liu Yulong memperkenalkan secara berturut-turut kerja keras dan pencapaian Malaysia dalam pendidikan Cina, terutamanya promosi sastera kanak-kanak, memfokuskan tentang topik seperti kem membaca kanak-kanak membaca serta pengajaran dan penciptaan puisi kanak-kanak.

Simposium Pertukaran Penulis dan Cendekiawan Sino-Malaysia adalah sangat penting untuk memperdalam pertukaran sesama rakyat dan untuk menggalakkan pembelajaran budaya bersama antara China dan Malaysia. Kesusasteraan membawa emosi umum pembaca dari seluruh dunia dan penerbitan membina jambatan komunikasi budaya antara negara. Penulis dan cendekiawan menyatakan pandangan mereka yang mendalam tentang pertukaran sastera dan penerbitan Sino-Malaysia serta harapan mereka untuk memperdalam komunikasi budaya Sino-Malaysia.

Source: China National Publications Import and Export (Group) Co., Ltd.
Keywords: Art Education Entertainment Publishing/Information Service Trade show news