omniture

Abdul Basit Igtet Bakal Bertanding Untuk Jawatan Presiden Libya

Independent Libya Foundation
2014-04-10 22:11 105

TRIPOLI, Libya, 10 April 2014 /PRNewswire/ -- Abdul Basit Igtet, ahli perniagaan dan penulis "A Plan for Libya", telah mengesahkan pada hari ini beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden Libya. En. Igtet mengulas:

"Objektif utama saya adalah untuk membolehkan rakyat Libya membina masa depan mereka di negara yang berfungsi dengan baik dan makmur. Saya telah menyimpulkan cara terbaik untuk saya merealisasikan matlamat ini adalah dengan bertanding untuk jawatan Presiden sebaik sahaja perlembagaan baharu dibentuk iaitu apabila rakyat Libya berpeluang untuk membuat pilihan menerusi sistem demokrasi.

Saya benar-benar percaya Presiden yang baharu perlulah bertindak sebagai Presiden seluruh negara ini dan bukan untuk Tripoli sahaja. Sebaik sahaja dilantik, saya akan membuka beberapa pejabat di lima bandar utama di luar ibu negara agar dapat mendengar luahan dan memberi maklum balas kepada seluruh rakyat.

Saya sedia maklum rakyat Libya amat mementingkan aspek keselamatan dan juga perkhidmatan asas seperti perumahan, jalan raya, sekolah serta hospital. Namun begitu, masalah di sesuatu bandar adalah berlainan dengan masalah di bandar yang lain. Oleh itu, bermula dalam tempoh dua minggu ini, saya berhasrat untuk membuat lawatan ke seluruh negara bagi mendapatkan pandangan rakyat tempatan. Saya akan membawa pasukan profesional bersama saya. Mereka juga akan mendengar dan turut membuat penyesuaian dalam merangka rancangan dasar kami mengikut keperluan semasa.

Kepada seluruh rakyat Libya, saya menegaskan keutamaan kami seharusnya merupakan keutamaan anda, inilah maksud demokrasi sebenar. Jawatan Presiden saya akan menjadi Jawatan Presiden anda. Presiden anda untuk Libya milik anda."

http://www.basitigtet.com/     
https://www.facebook.com/BIgtet     
https://twitter.com/BasitIgtet

Source: Independent Libya Foundation
Keywords: Advocacy Group Opinion Not for profit